Followers

Friday, August 5, 2011

Tuesday, August 2, 2011

Felt Corsage In Progress

DIY-ing mood is back! Nak tunjuk walaupun tak siap lagi..tak mengabau! Kena hias tengah-tengah tu dulu.. Nak tengok full version? Jemput la datang majlis i, 2 oktober 2011 ni.. i boleh hadiahkan, buat banyak ni..

Love u all, 
INAL

Monday, August 1, 2011

Project terbengkalai, i need EOT

EOT: Extention Of Time

Hai sayangs,

Hari ni update blog lepas sahur, cuba tahan mata dari tidur, hehe. 'Felt Corsage Project' terbengkalai, salahkan diri sendiri, dushhh dushhhhh. nak minta EOT boleh? Hari tu dah beli 20 pcs plain felt via online, RM21, murah tak or harga normal? Jarang beli jadi tak tahu, grab je terus. Tapi macam tak berkenan nak teruskan sebab tone colors sangat striking. So kena tunggu Nana balik dari Korea, kirim kat die polkadot felt pastel color, matchkan supaya color striking tu boleh tone down sikit.


plain felt beli kat sini: Craft N Design kalau nak beli sila lah jenguk

Yang ni memang dah highlight kat Nana nak pastel color, taknak striking. Semua cantik-cantik, Korea kan terkenal dengan barang-barang sangat-comel-rasa-nak-gigit-satu-satu. Sangat rambang mata!! Cutenessssss!


Comel tak tahap  'sangat-comel-rasa-nak-gigit-satu-satu'? Or i perasan sorang-sorang?
Hehehehehehehe.


Cubaan pertama, menggunakan plain felt, polkadot net. Nanti nak try bentuk lain plak, tengok tahap kerajinan hohohohoho.


Semua barang dah ada, tinggal nak beli butang kain utk letak kat tengah-tengah bunga tu je. Doakan i rajin DIY-ing. Bulan puasa nak kurangkan taip panjang-panjang, banyakkan gambar,. barulah ceria! Bak kata orang, kurangkan bercakap. Sama ke?

Masih belum terlambat nak ucapkan Selamat Berpuasa! Love you all!

Friday, July 29, 2011

Risau

Hai,
Nak share ni, dalam banyak-banyak benda, I sangat risau tentang satu perkara. Huhuhuhu, risau sangat tapi lately i buat relax aje, malas nk stresskan kepala, huhuhuhu. Kalau I stress, apa-apa pon takleh buat, nak DIY, memang tak mood terus. Stay calm and relax, fuhhh fuhhhhhh. So I nak share dekat sini, apa yang bermain di kepala I sejak 2 menjak ni.

‘My DIY pelamin nanti apa hasilnya eh?’

Soalan ni selalu tak terjawab. Sobsob. I sangat takut my DIY pelamin akan turn out huduh! *minta dijauhkan*. Kalau ikutkan I nak hire vendor je, tapi butik area rumah I ni pelamin dia typical sangat (jengka), pastu I cerewet pula huhu. Takut hasilnya tak seperti yang I nak, end up mesti I akan fikir,’baik aku buat sendiri je…’. Bayar mahal mestila nak puas hati kan. Actually, I suka design simple, pelamin tanpa panel, bunga pon sikit-sikit, and lighting, cukup dah. Tapi persoalannya,.

Cukup ke tak deconya nanti?

Colors combinations okay ke tak?

Cukup tak kain backdrop yang dah beli tu?

Lighting and spotlight cukup tak?

Cemana nak pasang candelier kat siling mak ni?


Oh risaunya! Risaunya! I takut nanti I yang tak terbuat. Tak pasal-pasal nanti sehari sebelum majlis I tertonggeng-tonggeng siapkan pelamin. Perlu cari backup/tenaga kerja bantuan ni, huhuh.

I suka pelamin camni je. Simple but yet, so lovely. 

ignore bunga 6 bekas tu, bayangkan ada 2 je


Thursday, July 28, 2011

Teaser: my VVIP Part 2

Hai sayangs,

I bought this like a month ago. Hehehe, kononnya nak cari backup untuk VVIP doorgift, sebab takut tak cukup STAND PLATE yang i beli dulu. Yang tu agak exclusive sikit, sesuai utk rombongan pengantin lelaki. Doorgift untuk VVIP muda ganteng-ganteng (bestfriends), i nak belikan something yang comel and sweet gitu. 

So jatuh cinta pula dengan 'benda alah' ni. hehehe. Nak buat cemane, dari bertunang sehingga ke kawen, doorgift i semua dari porcelain. Memang tak boleh nak fikir idea lain dah, huhuhuhu. Sekali dah jatuh cinta, i takkan berpaling lagi. Ececehhhh~

Memandangkan hanging porcelain ni besar, i tak tahu nak packing cemana, nanti la i fikirkan. 
Ukuran dia 20cm x 21cm, besar kan? I love the colors, cream-vintage look! Bunga ni boleh gantung kat dinding, cantik giler! Hope nanti siapa dapat diorang akan letak dalam bilik/ruang tamu, bila tengok dengan harapan selalu la ingat kat i, amin!

Lagipun kenduri i buat kat kampung, jauh nak datang ceruk di tengah-tengah pahang. So they deserved something lavish from me, as a complement. And i hope this will make them more happier!


Love you all~


Wednesday, July 27, 2011

My Personalized Banner & Bunting


Yeay! Hati I sangat berbunga, hehehe. Senyum sampai telinga sampai pagi, Nak tau tak sebab apa?

Sebab ini lah! Tunjuk satu je dulu. Yang lagi dua design kena scroll sampai bawah.

banner

“JUJU, THANK YOU SOOOOO MUCH! I LOVE IT”


Ingat tak entry INI, I dapat empat bunting free dalam pakej kad jemputan, tapi masa ambil kad tu, I tak finalize design untuk bunting lagi. Sebab I bagitau diorang I nak design sendiri, takmo design typical yang ada kat kedai. Hehehe, biasalah, I mestila nak match dengan tema pastel I tu kan. Lagipun as designer, I deserve to have my so-called originally bunting for my big day, just for me only. *oh sooooo diva* Tapi memandangkan otak dah tepu, kerja sangat bertimbun dan kemalasan tahap 200x, I asyik postponed untuk design benda alah ni. Bila kedai call tanya bila nak print bunting, baru la menggelabah, hahahahaha. I NEED HELP! 

So, first name in mind is JUJU! She is my BFF, since uni time till now. Walaupun I dah lama tak jumpa dia, tak hang out sama-sama, selalu tenggelam timbul, tapi she’s always be my number one savior. Hugssss!

So one fine day, I YM juju bertanyakan adakah dia boleh designkan I bunting and she loved to, yeay! It’s been a honored to have her touch at my wedding. So I bagitahu dia apa yang I nak, colors, themes, wording, etc and anything else, I just let her choose for me. I know her taste, I know the style. So I know that I’ll love whatever output she create.

I want it to be simple, vintage, and pastel color. I didn’t mention any color to be bold, but this is what we call chemistry. She create it perfectly for me, tepat dengan tema BAJU untuk kenduri belah I dan bertandang, pink-peach color at my side, and green-tiffany blue color at his side. I’ll hang all four buntings at both events. So bunting ni mesti la general dan ada dua-dua tarikh. Cantik kan? Thanksssss a lot JUJU ku sayang!

 

potray me                               potray him

First picture tu pulak I nak print as banner untuk jadikan backdrop kat belakang meja beradap. Nanti I nak framekan supaya tegang baru gantung, Simple je meja beradap I kan? Pastu hiasan meja makan nak hiasan orkid putih je, hehehe. Then I nak print kecil saiz bunting landscape letak kat guestbook area. Just guna sama design je,. Tapi yang ni nanti sandarkan pada stand.

"Today is unfolding,. like a blossom with petals curled tightly 
concealing the beauty within..."


I sangat suka ayat ni, dulu guna untuk hiasan doorgift bertunang, now nak guna untuk kawen pula..kehkehkeh.

So overall idea okay ke tak? hehehehehe. Kalau sesiapa berminat nak design comel-comel camni, boleh la contact JUJU, i promise u will not regret at all!


LOL: but i wanna marry you!

Monday, July 25, 2011

My Awesomeness Weekend

Alhamdulillah pejam celik dah hampir 2 bulan i berpindah ke rumah ini. Hehehehe, I love my new life so far,. I found myself so serene n get used to be a wife so soon. (belajar la sikit-sikit kan, takyah rush nak tau semua benda). I’ve tried few recipes, just a simple one. Okeylah kot, perasan!

Okay, how I spent my last weekend?

My niece datang rumah straight away dari asrama, habiskan weekend kat sini, malas nak balik rumah sendiri katanya. I  tak kisah pon, maklumlah I Maksu, normal la tiba-tiba anak saudara nak datang tidur sini, I alu-alukan dengan tangan yang terbuka. Saturday evening, Durian treats! Ingat nak makan kat gerai je, baru lah feel tapi disebabkan langit yang mendung, beli bawak balik pastu kupas sendiri jela. Asalkan dapat makan okeylah kan. I’m not sure either badan I panas disebabkan durian or memang nak demam, tapi it’s sucks especially bila gosok gigi pon dah bersin 20x sebab sejuk sangat dalam toilet.

*sori dah mengarut. Once again,

How I spent my last weekend?

I dah berjaya tukar langsir lama ke langsir baru! Weeeee. Kain ni dah beli 2 bulan lepas, tapi tak sempat nak jahit, terlipat elok dalam bilik, so hari ni, I curi sikit masa jahit langsir ni, malas nak layan badan nak demam, biar berpeluh sikit. So cemana? Okey ke tak?


Ini langsir lama, sama color dengan dinding, my FMIL yang punya, memang langsir asal rumah ni dulu-dulu. Cantik lagi, i dah basuh dan simpan elok-elok dalam almari.


Ini langsir baru, jahit simple je, maklumlah tema rumah I lebih kepada modern look. Sorry la langsir tu keras lagi, i tak basuh pon terus pasang, tak sabar la. (maafkan kegelojohan i ye).Takpelah dengan harapan nanti langsir ni akan lembut dengan sendirinya. I love the embroidery, timbul kotak-kotak, moden kan, wanna see the detail?


I suka dua-dua langsir. So boleh tukar-tukar nanti. Actually i'm looking for darker color untuk langsir, tapi tak  jumpa yang murah, jadi ini jela yang ada. I nak cantikkan rumah ni sikit-sikit sekadar termampu. Lepas ni nak beli apa pula ye?

Psssssttt, nampak tak bunga putih tu? I ada dua pasu, satu kat ruang tamu, satu dalam bilik.
Yes obsessed i know, hahahahahahahahahahahahaha!

Thursday, July 21, 2011

Pink for me & Green for you-know-who-you-are

I bought this bed sheet like 8 years ago, lama kan? Tapi bed sheet ni rarely used so kainnya cantik lagi, Cuma pillow case dia je yang dah lusuh sebab I selalu guna, so tengahari tadi I jengahkan diri di Kamdar, cari kain kapas (bukan cotton tau) untuk buat sarung bantal baru untuk bedsheet ni. I sangat suka kain kapas, lembut sangat bila tidur rasa taknak bangun, pastu gebu macam bulu kucing, pastu lembut macam sutera, pastu.. errr.. errrr.. *okay sila jangan over*

Mula-mula nak cari kain plain pink je untuk semua bantal, but since I’ll be married soooooonnnn hihihik, pink tak sesuai la plak. So why not I choose color yang boleh suit both of us. So nanti boleh cakap la, “eh bantal u bucuk la!” or “hey, itu bantal I la..jangan curik” hehehehe. Takdelah berebut-rebut bantal. Boleh jadikan pink for bride, green for groom juga.

I bought 1.5m for each color, cukup untuk buat 4 pillow cases. Balik rumah, mandi, solat dan makan, then mulalah kerja menjahit. Pastu bila dah siap terus tukar sarung, excited giler! Sebelum kahwin ni, siapa yang datang tidur rumah I, dipersilakan merasmi bantal Vono baru ni, hehe. Lepas kahwin baru jadi hak milik suami. Sekarang ni saje layout semua, tak guna pon empat-empat bantal tu. I tidur guna dua bantal je. Satu kepala, satu lagi peluk. Meh la datang rumah, sila-sila!

pstttt, tak sabar nak tunggu ‘orang baru’ tidur sebelah, geeeeee~
*gatai mode*



Tuesday, July 19, 2011

Dimana saya beli kad harga posen-posen ni?

Ramai yang email bertanyakan di mana i tempah wedding invitation, teheheeee.. thanks ye! Actually, it’s not my finest choice at the first place; it just comes across, chemistry I guessed. Or we can call it ‘rezeki kahwin’? Haaaa, debar tak, like Put said, buat kad kawin ni memang akan ada drama sikit. Same goes to me! Tapi at last, I am the happiest B2B on earth, or it is just me? Dang!

Design 1:
My so-called VVIP card nip on takdelah mahal, 70sen je harga pakejnya for 1000 cards, 1000 boxes, 1000 TQ tags, and 1 bunting. Size card: 6 x 6 inch. Design asal tak sama macam tu, it’s Brown cover and Gold hot stamp, and I change it a ‘bit’.. kehkehkeh. Normal la manusia kan selalu tak bersyukur, mesti nak ubah sikit-sikit jugak. Kad yang asal meriah sangat dengan tulisan-cincin-doa-ayat cinta. I want it to be as simple as it can be, to potray the REAL me. Hehehehe.

So I’ve decided to go for White metallic color, and Silver hot stamp. Dan asalnya, kad tu flip ke tepi, but since the ‘kerawang’ atas tu macam border, I pon request nak flip ke atas, and diorang pon okey. Dari awal lagi I dah plan nak DIY something pada kad, like ribbon ke, diamond ke or something exclusive looks to enhance the cheap card. Tapi tengok pada budget juga la kan. So I found this card suits me the best! Inilah hasilnya, tetap guna pastel colors walaupun orang tak tau pon kad ni ribbon dia banyak colors sebenarnya. I seorang je yang tau pon jadilah, dah puas hati!


Design 2:

My second card, hanya berharga 40sen for 1000 cards 1000 TQ tags, and 1 bunting. Size 4 x 6 inch. Yang ni ada embossed design, just typical design yang ada kat kedai tu, but the color, I tukar sama dengan kad design 1. Design pon I tukar sikit-sikit, simpler look. Kad ni I takde komen banyak, since apa yang I nak pada design 1 akan sama dengan design 2. Hehehehe.



Time to drama sebabak:
Bila nak settle design, baru la boleh nak request apa-apa. *evil look*. I asked for extra bunting, and TQ tag, bargain time! And yes, I got it weeeeeeeeeeeee~ So bila nak agree semua, I bayar deposit dan balik Kuantan dengan tersenyum kambing.

Make it short, one month after, rabu lepas; i dapat call bgtau kad dah siap, so I pon decide nak gi KL on saturday. Tak sabar kan, kena la ambil cepat-cepat. So at 1pm sabtu, masa I tengah lunch, tiba-tiba kedai call bagitau ada issue. Alamak aihhh, apa plak ni? *dalam hati*.  Stay calm. They said cover kad dah print betul, flip ke atas, tapi inlay tersilap flip ke tepi, hoh! Cuak dah, then diorang minta ambil petang, diorang print semua inlay tu.. fuh! So I ambil petang at 7pm. Semua dah ready utk pick up. Masuk kedai tiba-tiba boss kedai offer bagi extra 1 bunting sebab buat I tertunggu-tunggu hari tu, (padahal I pergi shopping dulu..haha. tak kisah pon lambat). Then he asked me, “ Apa lagi yang you nak?”

Hah, boleh plak camtu, offer ni. Nak ape eh, nak ape eh. Terus teruja! So I minta Extra boxes bentuk hati atas tu, dia bagi 100pieces. Boleh buat giftbox utk kanak-kanak. Yeay! Dia nak bagi TQ tag, tapi I taknak. (boleh camtu?)

So kesimpulannya: I dapat 2000cards, 4buntings, 1000 big boxes, 100 normal boxes, 2000 TQ tags, printed envelopes.


I tempah kat MyOne Card, Off Jalan Brunei
Design dengan Azie
Berurusan dengan King (Boss)
senang nak nego, minta extra itu ini! Dia ni la yang bagi extra bunting n boxes kat i sebab kene tunggu aritu, 
padahal i tak minta pon., dan kad tetap dapat seperti yang i nak. 100% puas hati.

pstttttt: sama kedai dengan Kina and Put.



Sunday, July 17, 2011

Teaser: My Wedding Invitation's'


Tengok tajuk, hehe... Can u see the 'S'? Actually baru je dapat wedding card ni semalam, excited dan terus update teaser. Cantik tak kad kawen i? Just a plain metalic off white paper with embossed design and silver hotstamp.

As u can see, i ada dua design kad, Satu bersaiz 6x6inch dan lagi satu 4x6inch. Sebenarnya i takdelah berniat nak membeza-bezakan kedua-dua kad ni, tapi memandangkan budget tak cukup, so i buat la dua design, which yang 6x6inch ni akan diberi kepada bos-bos, klien-klien, my fiance's instuctors, saudara terdekat, dan mereka yang di 'atas', manakala yang 4x6inch ni diberi kepada saudara jauh, jiran-jiran, orang kampung dan lain-lain. (maklumlah tak mampu nak beli semua yang design 6x6inch tu. Tapi teringin juga nak kad mahal dan cantik).

I print kad ni 1000pieces each design, which nanti i akan share dgn fiance, kami akan ambil 500pieces for each design (dalam kad ada dua-dua jemputan). Senang kot camtu, nanti kalau kad i/fiance tak cukup, boleh minta sikit sebab nama dua-dua dah ada dalam tu..

Tapi kan, memandangkan kad i putih dan hotstamp silver, FIL cakap "tak nampak la warna kelabu ni, buat wording hitam lagi cantik.." Huhuhuhuhu, nasib baik fiance jawab, "silver barula exclusive abah...." Tak sangka fiance i jawab camtu. Thanks sayang! Sebenarnya taste putih ni i yang pilih, risau gak kalau FMIL tak suka. Tapi nak buat cemane kan, everything dah siap. Lagipun masa nak buat kad dulu FMIL takde plak request apa-apa, so redha jela. Hihik! Untuk kad yang 6x6inch tu, i tambah lagi riben soft pink, and soft turquise utk fiance. Upgrade lagi kad tu kasi nampak exclusive konon-kononnya, hehehehe.

Agak-agak bila patut i buat STD eh? My wedding will be on October 2nd, and fiance side, October 15th.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...