Followers

Friday, July 8, 2011

Tutorial: Fabric Flower HB

Warning:  Entry ini sangat panjang, sila jangan bosan dengan gambar dan tulisan. Wink!

I hope this is not too late. Sorry for the fake promises, sorry for the lateness, blame me huhuhuh.
So now, I wanna show you how to make ‘easy’ fabric flower hand bouquet my version (sebab I tak ikut mana-mana tutorial pon. Maybe lain orang lain caranya, but this is much easier especially for me, Enjoy! 


1.   Kita perlukan 3 kain saiz berbeza bergantung kepada saiz bunga yang nak dihasilkan. 
My standard size (A: 11 ½ x 4 ½ inch, B: 10 x 3 ¾ inch, C : 9 x 3inch). Tapi kadang-kadang I malas nak ukur betul-betul so lebih kurang jela. My advise, lagi panjang lagi bagus sebab kedutan kelopak lebih banyak. Kalau pendek sangat pula nanti kelopak akan melengkung macam mangkuk kehkehkeh. 

Nampak tak hujung kain berbulu? Ignore je..hehehehe

2.   Lipatkan kain dari hujung ke hujung seperti gambar dibawah dan cantumkan. Kemudian jahitkan. I jahit guna mesin utk hasil yang lebih cantik dan kemas.


3.   Kemudian, kelepetkan ke belakang/bawah utk menyorokkan belah hujung kain yang dijahit tadi. Secara tidak langsung, akan menyorokkan kain yang berbulu dihujung. So takyahla risau bunga tu berbulu-bulu.


4.   Selepas dikelepet, bolehlah kalau nak iron ke, kasi cantik sikit lipatan kain tersebut. Kalau malas pon takpe, bergantung kepada tahap kerajinan anda. Tapi I, memang iron sedikit, sebab nak nampakkan kelopak tu keras dihujung, barulah cantik.


5.   Seterusnya, jahit JELUJUR HALUS dibahagian hujung kain yang tidak berjahit sekeliling sehingga bercantum. Jangan terlalu halus/terlalu kasar, nanti efek kelopak tu tak lawa. Buatlah dengan penuh kasih sayang. Bila dah dapat rentaknya, senang je nak buat tu.


6.   Setelah siap jelujur keliling, tarikkan perlahan-lahan dan matikan jahitan dengan kemas. Pastikan jahitan tidak tercabut ye. (ulang langkah di atas untuk kain A dan B sampai siap). 


Okey dah selesai step menjahit. Kalau korang ikut betul-betul step di atas, dapatlah 3 kelopak bunga seperti ini. Masa untuk mencantum ya. Sekarang kita perlukan dawai keras dan butang. Itu sahaja! 

Sorrylah butang yang besar dan comel-comel macam M&M tu I tertinggal kat kampung, jadi butang baju jela menjadi mangsa, hehehehe. 

7.   Masukkan hujung dawai pada lubang butang dalam 1 inch panjang dan bengkokkan dawai tersebut seperti gambar di bawah. 


8. Kemudian, masukkan kelopak bunga C (paling kecil) melalui hujung dawai satu lagi, rapatkan ke butang yang betulkan kedudukan butang agar betul-betul berada ditengah-tengah. 


9.   Then, masukkan kelopak B dan A, paling besar dibelakang la ye. Jangan terbalik pulak.

 Abaikan butang kecik tu, buruk nye lah!

10. Selepas siap ketiga-tiganya, kemaskan dan matikan ikatan dawai seperti dibawah. Tidak memerlukan gam UHU, gam pistol etc etc. Guna cara ni je mudah, cara Intan Norazam hahahahahaha! Bengkokkan dawai pendek tu menghala keluar sahaja.


Dah siap!!!!! Settle satu kuntum bunga!
Boleh la buat sebanyak mana yang anda mahu. Nak buat corsage pon boleh, ikot kreativiti anda semua. Hihik!


Inilah hasilnya! Yang i buat dulu kainnya lebih panjang, so kedutan lebih sarat dan cantik, butang pon besar. Lebih menonjol.

Tutorial ni dah sangat jelas, kalau tak faham, boleh Pingbox aje. Anythime dear! 

SELAMAT MENCUBA!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...