Followers

Wednesday, June 18, 2014

Deco: Review Ruangan Dapur

As salam semua! 

Ramai yang suruh update tapi I tak tahu nak update apa. Banyak benda nak tulis tapi mood nak menulis tu dah hilang. Huhuhu. Since ramai yang suka deco-deco, kali ni I nak share ruang dapur pula. Hope entry ini tidak disalah ertikan, sebab kadang-kadang orang cakap kita ni macam nak ‘show off’. Tapi iol tak kisah pon bergantung kepada penerimaan masing-masing ye. Kahkahkah.

Untuk ruang dapur rumah I, agak luas sebenarnya, 20x 10 kaki. Tapi I takdelah nak jadikan semua ruang ni adalah ruang dapur. Family I pon tak besar, masih belum berlaga-laga bahu di dapur. So I just ambil separuh daripadanya, like 11x10 kaki. Lebihan 9x10 kaki tu mula-mula plan nak letak dining table for 4, tapi memandangkan kami dah ada dining area, buat ape nak membazir banyak-banyak ruang yang sama kan. So we keep that area empty. Until one day I beli mesin jahit, then we decided nak jadikan ruang tu sewing workstation, yang ni boleh baca previous entry okey.

Okey, untuk pemilihan material dapur ni, I takde la ambil masa yang lama sangat untuk memilih. It’s more to practicality dan durability on site. Cehhh, ayat! Lagipon kami plan nak duduk dirumah ni pon paling lama 5 tahun, then nak sewakan, so kena lah cari yang heavy duty, so that nanti kalau rosak ke apa, takde lah rasa kecewa sangat. Hehehe. Gitu!

So let’s the pictures tell the story!


Untuk work top, i'm using CONCRETE TOP. Pilihan paling murah tapi lebih heavy duty dan easy maintenance berbanding granite dan lain-lain. Untuk surface atas pula, just gunakan tiles bersaiz 600x600mm, black color from White Horse. Ada lah sedikit pattern tapi takde plak gambar close up untuk ditunjukkan, hehehe. 

Untuk work top ni, kontraktor qoute RM100 sekaki, which is the most cheapest price i got in town. Kebanyakan harga pasaran adalah sekitar RM125-RM180 sekaki. So untuk keluasan cabinet dapur berbentuk U-shape macam ni, ukuran adalah 6x11x6 kaki. (23kaki-4kaki) so total 19kaki. Maka costing untuk worktop adalah RM1900. 

I sangat berpuas hati dengan kontraktor ni sebab workmanship sangat terbaik dan kemas. Dah macam hasil kerja cina pula. Padahal kontraktor ni orang Indonesia (yang asalnya kerja sebagai cikgu dan berhijrah ke sini untuk menjadi kontraktor). Ramai kawan-kawan yang datang rumah puji hasil kerja work top ni, so sesiapa di Kuantan yang berminat, boleh la PM i ye. Nanti i akan share no contact kontraktor berkenaan.


Untuk kabinet dapur pula, kos bagi kabinet bawah dan atas adalah berbeza-beza. Untuk yang bawah, kontraktor qoute RM180 sekaki, dan untuk yang atas; RM225 sekaki. Tapi, i highlightkan di sini, harga kabinet bawah RM180 sekaki tu, bahagian dalam adalah kosong ye, takde partition or shelf apa-apa. 

Macam yang i buat ni, ada boxed-up untuk pasang stainless steel rack tu, so yang tu harga dah lain. Ada additional cost mengikut design yang kita pilih. 

Untuk pintu kabinet, i pilih laminated door cladded with aluminium frame. Kononnya nak yang 4G glass, tapi bila tengok-tengok aluminium frame tu boleh suit fittings yang kebanyakkannya berwarna grey/chrome, so i stick dengan yang tu je. Of course la lebih murah berbanding 4G glass door. Hehehe.


Stainless steel rack bersaiz 3kaki dibawah dapur tu, i beli di kedai hardware, dengan harga RM190 satu set (set paling murah). Untuk stainless steel rack yang sebelah tu pulak, bersaiz sekaki. Yang ni berharga RM90 kalau tak silap. Tapi dari segi kualiti, yang ni lagi elok dari yg besar tu sebab besi dia lebih tebal dan kukuh. Boleh tengok gambar dan bandingkan. Heheh. 

So just bagi pada kontraktor kitchen cabinet, nanti senang diorang nak ukur dan pasang. 

Yang 3 kaki tu, i gunakan untuk susun besen, kuali, periuk, pengukus dan sebagainya, manakala yang sekaki tu pula i gunakan untuk susun milo, susu, sunquick dan lain-lain. Senang nak ambil sebab shelf tu boleh slide keluar.


Ini pula ruang stok barang kering. Hehehe. Area counter bar tu, senang nak simpan barang-barang kering terutamanya jenis bertin dan lain-lain. Biasalah, kat rumah i ni ada pembantu kecik, dia yang sibuk tolong mengemas, hehehe.

100% kabinet dapur ni mengikut design 3D yang i buat sendiri. Just pass the drawing to them. Menurut kontraktor ni, design i ni paling minimalize yang pernah dia buat, sebab takde copping, takde handle, dan lain-lain. Bila dah siap, dia puji pulak sebab nampak sleek dan moden. Kadang-kadang less is more right? Total cost untuk kitchen cabinet adalah RM5500.

Untuk hood and stove pula, i gunakan brand Rubine, hood model apa tak ingat tapi mmg brand rubine ni ade 2 jenis hood sahaja. Yang macam ni dan satu lagi tempered glass curve tu. Yang tu pon ramai juga yang suka tapi i prefer yang ni sebab bentuk lebih moden dan simple. Untuk stove pula, i pon tak ingat model apa, tapi model ni ada sensor kalau tiba-tiba api terpadam, gas keluar. Secara automatik dia akan tertutup sendiri selepas 5 saat. Harga untuk hood and stove adalah RM1470, free toilet mirror 2 set berharga RM99 sekeping.

Untuk sinki dan paip pula, i beli brand Rubine jugak, total RM375.

Total kos untuk ruang dapur bersaiz 6x11x6kaki: RM9525
1. Worktop: RM1900
2. Cabinet: RM5500
3. Hood and stove: RM1470
4. Sinki & Paip: RM375
5. Stainless steel rack: RM190 + RM90

**************************************

Dapur  adalah ruang kerja, pada i tak perlu nak sarat-sarat sangat. Bila jelas dan terang, simple terutama untuk orang yang ada anak kecil. Sebab bahagian dapur ni sebenarnya sangatlah bahaya untuk kanak-kanak. Kang dapur serabut, anak ambil pisau pon kita tak perasan. Minta dijauhkan!!


Ini adalah view bila dah siap semuanya. Maaf gambar dikala bersepah-sepah. Ni pon gambar dah lama, gambar baru takde hehehe. 


Harap entry ini akan membantu sesiapa yang nak masuk rumah baru nanti. Buatlah pilihan yang terbaik. Best of luck!

Love,
i n t a n o r a z a m



30 comments:

MOMMYLIN said...

mahalnya... sebab tu sampai sekarang umah kami tak ada kc huhuhu

Unknown said...

wow..kemasnya..suka tengok

dearpikot said...

Thanks..sangat membantu..tengah kumpul duit nak pasang kitchen kabinet kat rumah.. Yours simple and cantik.. Baru semangat nak masak! :)

sarah shamsyul said...

Agak murah.simple tp nmpk elegant..cantik.kite pn suka y x serabut.snang nk buat keje ;)

Sha said...

Mahal jugak..Saya tak fikir lagi..

Han Hanni said...

rumah kami takde KC jugak

Rilla said...

I suka dapur you! Kemas, tak serabut sebab tak banyak barang.

shima said...

assalam,
tq sudi share, sebab sebenarnya bila share tu bagi semangat mengemas rumah, betul apa2 pun pada penerimaan masing2, kak shima suka bab kemas mengemas dan sharing ni,,, cam motivasi ;)

Chekgu Azrine said...

SUka sgt intan..mmg blh jd rujukan bila ahkak msk umh nti..yeayyy..tq

Engku Artini said...

Gud info n sharing.. anyway cantik dapur

Fizah said...

bekas kaler ijau tu plg suka tgkkk...nmpk kemas!! :))

safurara said...

i nmpk penimbang berat kat tepi tu.kihkihkih.i mmg adore rumah u.simple and sedap mata memandang!

Rina Hamid said...

cntiknya. utk price kc kt kuantan mmg murah. sbb kt kl mostly kalo bwh sj pn dah rm7k+. kalo dgn atas knfem double kan. huhu

irmaputri said...

cantik putih terang...

IeRA said...

cantik...

Anonymous said...

salam blh shate beli rak dlm kc tu berapa..tq

dalila said...

cantikkkk..
suke kitchen kabinet pattern cmni..xsarat sangat..

Yasmin said...

Salam kak, thanks a lot for sharing. Dapat saya kira budget nak buat kitchen kabinet kat kuantan. Boleh share contact details contractor tu?:)

Tq

airil said...

salam..cntik n simple..blh mntk no.fon org yg wat table top 2 x?..
tiles utk top white horse 2 brpe hrga? n kc 2 wat dkt mne kt ktn 2?..
mntk email kn ke airil_fiqrie@yahoo.com..tq

Unknown said...

salam....boleh sy minta no contact tukang yang buat worktop tu? nampak kemas n harga pun ok sgt..kc tu tempah kat mana ye? sy suka tgk kc tu.simple n cantik. ni emel saya maya_miira@yahoo.com
TQVM

Anonymous said...

Salam.. bleh pm contact no kontraktor yg buat table top tu x? hedzranina@gamail. com

aniemz said...

Salam.. saya org kuantan..blh share contact no yg buat concrete top tu..tq

Web Rumah Minimalis said...

Wah.... cantik nian desainnya!!!
Love it <3 <3 <3

Puan Tia said...

intan, bleu tlg share no contact contractor yg wat kitchen u?

tiakamaruzaman@gmail.com

Anonymous said...

boleh share contact kitchen kabinet..my num:014626537

Lyana Mansor said...

hoho..mahalnya..
kami plan.. concrete top tu en somi buat sendiri
dan en somi plan die nak buat sendiri jugak kitchen cabinet..haha
kita tgk apa jadi nanti.

Aa said...

Slm..blh share tukang buat kitchen cabinet? Emel..aisyah_amalina@yahoo.com

Aa said...

Slm..blh share tukang kc.tq!

Anonymous said...

Salam. Boleh share tukang buat table top?
Email: ariffine_1803@yahoo.com

Anonymous said...

salam..

boleh tau kat mana tempat beli Stainless steel rack tu..pnat cari tak jumpa.

terima kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...