Followers
Tuesday, September 27, 2011
DIY: Vvip centerpiece cum hiasan bilik pengantin
Inilah VVIP centerpiece, takde teaser dah, tunjuk je terus jela. Centerpiece ni letak berderet kat katil dulu, so boleh la jadi hiasan bilik pengantin untuk majlis akad nikah. Esoknya baru keluarkan dan deco kat meja VIP, jimat kan. I tak buat banyak pon, ada 5 je semuanya.
Botol i beli kat Seoul Korea, 2000won harga dia, which is RM6. Tapi masa beli memang tak convert dah, kalau convert mesti rasa mahal, bunga plak guna artificial sahaja, RM5.90 untuk sejambak. Masa beli tak tahu nak buat apa, tapi sekarang rupanya ada guna gak botol comel ni.
Plan i nanti nak letak air kaler green dalam botol tu, which is akan enhance lagi botol tu. Masa beli botol ni bekas die plain je, so i wrap botol dengan ribbon dan ikat juga ribbon kiri dan kanan bekas.
Abaikan katil i yang penuh kotak tu, doorgift belum settle lagi. InsyaAllah lusa baru packaging semua. Badan sangat penat, hanya ada i, ayah dan emak di rumah. Kakak-kakak belum balik, jumaat insyaAllah. Diorang ada tanggungjawab masing-masing, so kenalah faham. Nasib baik ramai jiran datang membantu, alhamdulillah~
So dah nampak kan bilik pengantin sikit2 kan, simple je. Plain backdrop, ada hanging flower sikit, dan ada dua jambak bunga kiri kanan katil. Puas hati sebab buat sendiri, dan yang penting, jimat dan cantik!
To be honest, majlis i sangat la simple. Jemputan pon tak ramai, dalam 800-1000 orang sahaja. Lagipun buat kat kampung je. Memang i tak mampu nak deco semua sampai cantik-cantik, maklumlah i takde vendor pon, huhuhu. Hanya sekadar termampu. Tapi insyaAllah, mane part yang boleh i detailkan, i buat juga sikit-sikit. Kalau tengok real, alahai simple sangat. Tapi itulah taste i, truly me as INTAN NORAZAM~
3 hari lagi sebelum majlis nikah, wish me luck k. Hugssss n kissessss from me, INAL~
Subscribe to:
Posts (Atom)