Followers

Wednesday, March 5, 2014

Almost there: My sewing workstation

Hai,
Kelakar je awak ni intan, janji nak update, tapi lembap jugak! Huhuhu. Okeylah hari ni nak tunaikan janji. Memang banyak pon entry nak buat, tapi takde masa nak taip panjang-panjang je. Huhuhu.

Okeylah, for today nak update pasal deco rumah. To be specific, my sewing workstation. Last entry pon pakai sewing machine kan, so layankan jelah mood I ni, sekarang ni tengah gian sangat menjahit sebab ada mesin jahit tepi baru. Tak perlu lagi ke kedai, itu yang bestnya!

Ada mesin baru pon dah mood berbunga-bunga, inikan pula ada workstation. Sebelum ni kan, I don’t have any specific area to sew that so-called workstation. Bila dah pakai mesin portable ni, kadang-kadang depan tv pon jadi. Sambil menjahit sambil tengok tv kan. Hahaha.

Kepada sesiapa yang pernah datang rumah I, tahu lah padat mana rumah I ni. Memula pindah dulu okey lagi, manageable la katanya. Tapi now bila barang-barang makin bertambah, pening pulak nak deco.

Plan asal nak buat workstation ni dalam bilik no 3 (guest room), tapi tak jadi. Sebabnya, pertama. ‘ia di dalam bilik’. So I tak boleh nak monitor amani masa menjahit. Risau jugak la tengah-tengah kita seronok menjahit tu, dia keluar ke, melompat-lompat ke. Jatuh ke, hishhh macam-macam lah. So plan asal memang confirm cancel.

Plan kedua, dalam bilik playroom amani, kat corner. Pilih area ni sebab senang nak monitor dia tengah main-main. Yang bestnya sebab tau dia takkan kacau I menjahit sebab dia boleh main. Amani ni pesen dia asalkan kita ada, die okey je main sorang-sorang. Tapi terasa risau plak kalau tetiba semasa ketiadaan I, dia panjat meja tekan tekan mesin tercucuk jarum, huhuhu. Risau kot! Dan risau jugak mesin tu sendiri cepat rosak, ntah amani tukar setting ke ape, kita tak tahu kan. So plan kedua pon cancel.

Plan ketiga pula, kat ironing station. Area ni sebenarnya kat ruang dapur. Area family dining. Dining table memang tak letak kat sini, I letak kat dining area kat depan. So ruang ni kosong. Perfect dah kot tempat ni, nak monitor amani pon senang, nak gunting kain pon senang sebab luas.

********************************

Untuk deco-deco kali ni, I menggunakan sepenuhnya perabot/barang-barang dari ikea, dan selebihnya barang sediada di rumah.

Main table dari ikea, harga 129. Dari Linnmon Series, Harga RM119. Saiz yang I beli ni 60x120cm, width 74cm.  Linnmon series ni harga dia berbeza-beza ikot panjang meja. Price range RM99-Rm179.


Kerusi pulak, I beli yang paling murah. RM29 je, Adde. Kerusi ni hot stuff, banyak kali I pergi ikea tapi kerusi ni dah habis. Now stok dah banyak, bebila pergi je memang dah ada stok.


Wall cabinet, pon dari ikea jugak. 


Tapi I tak plug ke dinding, just letakkan atas rack sediada. Faktum Härlig white, RM125. Yang ni additional je, tak beli pon takpe sebenarnya, tapi I beli untuk simpan kain or benang, so that kain-kain tu taklah berhabuk. Maklumlah menjahit ni ikut mood, ada masa memang lama la tak berusik mesin tu.


Yang lain-lain I guna barang sediada macam corner rack ni. Solid wood material, tak ingat dah beli berapa. Kukuh sangat sebab solid. Perfectly match sebab color putih. Rectangle bucket ni pon barang sediada jugak. FYI, I sangatlah obsess dengan bucket ni sebab die stackable, dan white color. Senang nak store barang-barang, plus design dia simple, harga pon murah, size paling besar pon baru RM6.90. Banyak gila I ada variety sizes.


Untuk thread holder plak, I DIY so yang ni nanti I buat entry berasingan ye. Nanti I sediakan tutorial sekali. Korang boleh try buat sendiri dekat rumah hehehehe.


Nak tengok view my sewing workstation? Tadaaaaaaaaaaaaaa.. Okey ke tak?


Bila deco macam ni, takdelah bersepah-sepah lagi. Semangat nak kemas balik selepas menjahit. Barang-barang pon lebih organize, senang nak cari. 

Menjahit ni, sebenarnya lebih pada minat. Bagi I, dengan menjahit otak boleh jadi tenang, boleh release tension. Boleh buat kita lupa sekejap masalah luaran. Tak kisah la jahit apa-apa pon, as simple as jahit baju koyak, or sehingga serumit jahit quilt. Dulu masa amani under 1yo, i memang sangat jarang menjahit. Attention pada dia je, now bila amani dah besar, dah pandai jalan, minat menjahit tu datang balik sebab boleh jahitkan macam-macam untuk dia such as skirt, dress, baju kurung, bantal golek, or quilt. Of course la buat benda-benda ni memerlukan duit dan expensive, tapi bila tengok anak sendiri pakai baju yang kita buat, terasa macam dia dibalut oleh kasih sayang kita sendiri. Berbaloi-baloi!

Korang masih ingat idea-idea DIY i dulu-dulu? Jahit beads? Fabric hand bouquet? Quilt? Veil? Ah rindunya! Benda-benda tu jugak lah yang naikkan nama blog ni, secara tak langsung orang kenal siapa intan norazam. Tapi dah lama sangat blog ni terabai. InsyaAllah sekarang tidak lagi!  

Agak-agak boleh inspire orang lain untuk menjahit jugak tak? Hehehehehe.



Till then, Assalammualaikum!

i n t a n o r a z a m

Friday, February 21, 2014

I'm back!

Dah semangat nak update blog! Yeay! Tunggu ye kawan-kawan. Banyak benda nak update ni. Hehehe.

Monday, February 17, 2014

Mesin Jahit Baru

Hai semua,

Blog I ni macam nak nazak dah kan? Sekejap timbul, sekejap tenggelam. Mood untuk update blog entah kemana bila masa di rumah busy dengan anak, di office sangat lah banyak kerja.

2014 ni, banyak sangat angan-angan sebenarnya. Kami tinggalkan 2013 dengan musibah banjir, kami buka lembaran baru 2014, semoga tahun ini dan tahun-tahun yang mendatang lebih baik untuk kami sekeluarga.

Dulu, masa nak kawin, sibuk menjahit macam-macam untuk preparation kawin. Lepas kawin, pregnant pulak. Pon sibuk menjahit macam-macam untuk si kecik tu. Lepas dah ada anak ni, mood menjahit dah hilang ke mana, memang tak sempat dah nak menjahit. Huhuhu, kadang-kadang I blame diri sendiri sebab dah mula lupakan hobi I yang itu. Minat nak menjahit tu memang membuak-buak. Tapi baru je nak warm up, mula lah si Aisha Amani tu minta perhatian. Nak itu lah, ini lah. Sekarang bila dah pandai bercakap sikit-sikit, lagi lah dia pandai meminta itu dan ini. Nak gi taman lah, gi jalan-jalan lah, nak vitagen lah. Ade je benda yang dia mintak untuk distract I dari menjahit.

Tambahan pulak, mesin jahit I rosak sebab banjir hari tu kan, tenggelam habis. Sedih sangat. Lagi la hilang perasaan nak menjahit tu.

Nak dijadikan cerita, baru-baru ni I ade lalu kedai singer. Ada lah ter’usha’ mesin jahit kat kedai tu. Rasa nak beli, tapi macam berbelah bahagi lagi sebab tak boleh decide samada ni keperluan or kehendak. Keperluan mmg ada, tapi ini lebih dari kehendak sebenarnya sebab features mesin jahit kat singer tu memang menawan hati. Even dah balik ofis pon, masih teringat-ingat mesin jahit tu tau. Hehehe.

Tengahari tu, call husband. Ask him for permission. Dia sebenarnya berat hati nak setuju, sebab mahal kan, tapi disebabkan I dah bersungguh nak, dia pon setuju jelah. So dengan gembiranya petang tu terus terjah balik kedai singer tu. Diorang bagi demo sekali macamane nak guna, dan test jahit skali.

Happy sangat, lepas tu, masa nak packing-packing mesin tu, I nampak pulak mesin jahit tepi portable dalam catalog, terus rasa macam nak. Serius takde rasa was-was pon, bila tanya harga, masih mampu beli. On the spot buat keputusan nak jugak mesin jahit tu. Salesgirl tu buat muka macam are-you-serious-kak? Hahahaha. So sesi demo sekali lagi. Lama jugak lah ambil masa kat kedai tu.

Mesin jahit model ni lah yang I beli.


Model 6180, harga Singer RM1345. Kat kedai lain maybe lagi murah, tapi kalau beli terus kat Singer lagi senang sebab kalau rosak, dia tukar one-to-one. Macam kes i baru-baru ni, mesin yang i beli tu tetiba jahitan tak lawa dan mesin bunyi x sedap, so i hantar balik dan dia terus bagi yang baru dari dalam box. Thumbs up!

Suka model ni sebab ada extra extendable table untuk jahit quilt or selimut, ada 80 decorative stitches, pastu ada features boleh automatic masukkan benang ke dalam jarum, dan akhir sekali sebab computermatic system. Yang i rasa tak best sebab kalau rosak, terus kena hantar kedai sebab tak tahu nak usik/adjust kat mane, hahahaha. Tu la leceh sikit kot. Tapi memang normal kalau rosak memang hantar kedai pon kan?

Nak tahu features dia, boleh baca SINI


Model 14N655. Harga 1295. Pon jawapan i sama macam di atas, maybe harga tempat lain lagi murah, i don't know. I memang jenis prefer beli dekat outlet dia. Jahitan superb, kelajuan sederhana, tak laju sangat, tak slow sangat.

Nak tahu features dia, boleh baca SINI

Settle semua, masuk kereta, senyum simpul haaaaa. Tak sabar nak balik rumah test. Sampai rumah husband geleng kepala je, dia tak komen apa-apa, sebab bukan duit dia kan. Hehehe.

Untuk review both mesin jahit tu, nanti-nantilah I buat entry k. Cuma apa yang I boleh cakap, memang berbaloi beli. Worth it. I dah mula berdiy, dah siap macam-macam dah, nanti ada masa I share sini k.

Love you all.


Tuesday, December 31, 2013

Tragedi Banjir di Kuantan

Hai semua, dah lama tak update blog kan. 

Hurmmmmmmm.. Sebenarnya memang semangat nak update satu-satu pasal rumah, tapi ada ‘kekangan’ sikit. Kalau kawan-kawan yang rapat tu memang dah tahu la, yang mana tak rapat tu maybe tak tahu. So I nak bagitahu kat sini yang kami telah menjadi mangsa banjir pada 3hb Dec yang lalu. Huhuhuhu sedihnya bila ingat balik. Tapi perasaan yang paling dasyat ada ‘tak sangka’ begitu sekali. Bayangkan lah perasaan I yang baru 4 hari berpindah masuk rumah baru? Kena pulak banjir separas dada, menangis tak berlagu laaaaaaa. Huhuhu.

Yes, memang kami tak sangka. Even pada pagi kejadian tu, I masih bergolek atas katil layan ig. Amani pulak tengah tidur.

10.00am:
Tetiba je kan, ada orang beri salam. I jenguk kat tingkap je, pelik bila tengok orang tu redah hujan datang rumah I beri salam. Tapi sebab baru pindah dan tak kenal jiran tertangga, I tak berani nak bukak pintu. Risau jugak la kan pencuri ke ape. Tengok orang tu pergi rumah jiran sebelah. Pastu sembang sepatah dua, dia balik jalan kaki redah hujan semula. Semakin pelik la, gigih redah hujan macam tu sekali. Bila dia dah takde, barulah I berani keluar tanya jiran sebelah kenapa. Then bila dia cakap taman sebelah dah naik air, terkejut i! Tapi tahap terkejut tu masih lagi terkawal. I ingat air hanya akan melimpah dari longkang ke porch sahaja dan takkan masuk dalam rumah. Sumpah memang fikir macam tu dan ‘tak sangka’ akan naik tinggi dan tinggi!

So dengan relaksnya I pon kejutkan Amani, mandikan dia. Sambil main bubble (sempat lagi). Pastu siapkan dia, dan I hanya sambar school bag dia dan food dia sahaja. Terus masuk kereta. I sendiri pon sehelai sepinggang, tak terfikir nak pack baju sendiri dan kemas rumah angkat barang. I plan bila hujan berhenti kami balik la rumah semula. Like 3 4 jam selepas tu keeee. Kami keluar pon sebab jiran sebelah rumah takut kereta terkandas kat taman sebelah bila naik air, sebab taman tu rendah sikit.

So I pon masuk kereta dan keluar pagar. Tetiba rasa macam kereta masuk dalam air yang dalam. (yes, porch rumah I tu tinggi sikit dari jalan). I rasa ketinggian air masa tu separas lutut kot. I pon tak jadi tutup pagar dan terus tekan minyak. Tak berani nak lepas minyak sebab takut kereta stranded dalam air. Pastu rasa air makin dalam. Ya Allah, tetiba perasaan cuak tu datang. Ya Allah! Ya Allah, memang banjir ni. Tangan I menggigil sebab cuak. Amani diam je berdiri kat sebelah. Carseat dia dalam kereta husband. Alhamdulillah kami selamat. Bila dah sampai taman depan, tengok orang dah kelam kabut dah. Kereta pon dah bersusun-susun tepi jalan besar. Dah banyak gila, rasa lebih 70 bijik. I was like, haaaaaaaaaaaa aku orang paling lambat keluar ke????? Cuak gila. I pon cari tempat untuk park kereta, and call husband bagitahu rumah naik air. Husband suara releks je lagi. Masa ni orang ramai dah bawak payung redah air balik rumah untuk ambil barang keperluan sikit-sikit. Letak dalam bagpack je. I macam blur. Nak buat apa ni? Aku tak ambil apa-apa pon lagi. Cemane ni???????

Husband sampai dari tempat kerja dia. Rasa kuat sikit. I pon suruh dia balik rumah ambil baju kami 3 4 helai, pastu suruh ikat langsir, naikkan kerusi atas meja, dan buat apa-apa yang patut lah. Dia dah balik rumah sejam. I rasa macam lamanyaaaaaa. Kenapa ni? Call dia tak angkat. Emo gila masa tu sebab kena stay dalam kereta dalam hujan lebat dengan Amani, pastu call husband tak angkat. Emo lagi. Dah la belum breakfast. Bertambah emo. Haihhhhh. Selepas setengah jam kemudian, husband sampai. Basah kuyup dia walaupun berpayung. 

Dia bagitahu yang rumah kami dah dimasuki air paras buku lali. I macam haaaaaaaaaaaa cepatnya. Tadi baru kat jalan nak masuk porch. Dalam sejam lebih je dah masuk rumah? Speechless. Redha. I tanya husband dah angkat barang-barang tak? Dia cakap angkat mana yang termampu sahaja. Drawer letak atas katil, kerusi angkat atas meja. Gitu. Barang-barang besar macam peti ais mesin basuh tu dia tak angkat sebab dia seorang, tak larat katanya. I cakap, okey dah tu. Dah selamat dah tu barang-barang kita. Confident je kan. 

So kami pon ke tempat kerja husband. Kekonon nak lepak sana sebab sana ada crew room, boleh lepak-lepak tengok tv. Husband drive satu kereta, I drive satu. Plan nak tinggal satu kereta kat situ tapi macam tak secure plak sebab tepi jalan. Nasib baiklah bawak kereta dua-dua. That was the right decision we made. No regret. Kalau lah kami tinggal kereta masa tu… hurmmmmm. Entah lah!

3.00pm:
Masih lepak kat crew room, I ask husband jom tengok rumah nak? Masa tu hujan masih lebat kat luar, tak berhenti-henti. Husband pon cakap jom! Kami pon pergi. Amani tidur dalam carseat. Sampai area rumah, terkejut gila bila taman tepi jalan besar tu pon dah naik air paras lutut. Taman kami lot ke dua, dah takleh bayangkan air dah paras mana. Kami teka dah paras pinggang. Husband decide nak jalan kaki redah air banjir balik rumah. I setuju. I tunggu dalam kereta dengan Amani. Dalam 15min macam tu, husband call, cakap tak mampu nak redah lagi sebab air dah sampai pinggang (Tepat tekaan kami). I macam haaaaaaa? Terkejut buat ke berapa kalinya. Cuak jugak dia sebab dah takde orang. Keadaan sunyi sepi.

Dalam hati dah redha. Dah takleh nak fikir barang-barang kat rumah tu. Dia patah balik, masuk kereta, masing-masing diam membisu. Sunyi sepi. Amani sorang je membebel-bebel dalam kereta.

Kami pon balik rumah mil. Rumah mil tak naik air, tapi jalan masuk utama dah terputus. Dan alhamdulillah juga masa tu sebab ada kakak I membantu. Rela datang dari jauh bawak hilux semata-mata untuk redah banjir, untuk bawak kami ke rumah mil. Jasa dia akan kami kenang sampai bila-bila. So kami selamat lah sampai rumah mil pukul 6pm. FMIL pon dah tunggu kat rumah, diorang pon tak boleh buat apa sebab takde 4wd untuk ambil kami sekeluarga. Alhamdulillah sangat kami tak duduk dekat pusat pemindahan, dengar dari mulut kawan-kawan yang mengalami, keadaan sangat la teruk kat pusat. Kelaparan, kesejukan, dengan air dan elektrik takde, makanan takde. i just can't imagine. Kita yang tua ni takpe. tapi budak-budak sebaya Amani? Hurmmmmmmmmmmmm.

Cerita sebenarnya sangat lah panjang lagi, tapi I dah tak mampu nak tulis kat sini. Sedih mengenangkan kisah itu. Dipendekkan cerita, malam tu air naik lagi dan lagi, sampailah paras tertinggi adalah dada. Kami tengok rumah dari jalan besar je, tak dapat dah nak masuk dalam. Seriously dalam hati menangis meraung, tapi tak terluah dengan kata-kata. Husband pon sama, termenung dia.

Mulanya kami ralat sebab pindah. Kalau lah kami postpone pindah minggu depan, tak kena banjir. Rumah lama kami tak naik air sikit pon. Tapi inilah ketentuan Allah. Dia nak duga, sejauh mana kesabaran kami, ketabahan kami. 3 hari kami tak buat apa-apa, menunggu banjir surut. Hari-hari kami ke jalan besar tu, tengok bila air nak surut. Pandang rumah dari kejauhan. Hari ke 3 baru air surut sepenuhnya. Itupon masa air separas peha, I dah paksa husband redah banjir sebab nak tengok rumah. Husband redha. Dia pegang tangan I, kami sama-sama redah banjir. Dari jauh nampak rumah, dah mula rasa air mata berlinangan. Taman sunyi sepi, air di mana-mana. Perasaan takut tu I buang jauh-jauh sebab perasaan nak tengok keadaan dalam rumah tu lebih membuak-buak.

Bukak je grill, bukak je sliding, I pejam mata dalam-dalam, pastu baru ada kekuatan tengok keadaan dalam rumah. Luluh lagi hati ini. Masa tu, air paras peha, so barang-barang semua terapung-apung lagi. Peti ais dah jadi sampan terbalik. TV dah tak tahu kemana, kabinet tv dah terbalik, katil dah lepas ke tengah, almari baju Amani dah terbalik, baju-baju dia semua dah terapung macam sampah sarap. Kat dapur botol-botol susu Amani terapung-apung. Periuk nasi tenggelam, microwave tenggelam. Memang sebijik macam sungai yang dipenuhi sampah sarap. Tersandar I tengok rumah. Tak tahu nak buat apa. Kami ambil masa sejam duduk dalam rumah tanpa buat apa-apa. ke dapur ke depan. Ke dapur ke depan. Pastu husband ajak balik. Nasib baik husband ada, pemberi semangat pada i. Kalau dia takde, I rasa I tak mampu nak hadapi. (itupun kadang-kadang I dah berperang dengan perasaan sendiri). Kejap-kejap happy, kejap-kejap sedih, kejap-kejap sayu. kadang-kadang rasa nak menjerit sekuat hati.

Esoknya air dah fully surut. Kami terus balik membasuh rumah. Baunya ya Allah, busuk, tengik, masam. Bercampur-campur. Kotak kotak yang kami belum bukak, terpenyek macam biskut mary cicah air milo. Padat dalam bilik Amani. (asalnya kami susun siap labeling sebab barang-barang tak habis kemas lagi). Ya Allah, Ya Allah! Dugaan. Bukak peti ais, EBM Amani habis rosak, bau sangatlah busuk, sebab bercampur dengan bau sos, telur pecah, kicap dan rempah ratus. Menangis i bila nak basuh storage bottle tu, habis terbuang semua 300oz EBM Amani. Now dah memang takde stok dah. Amani pon dah campur fm. 

Cukuplah sampai di sini. Nanti I ceritakan pasal kisah selepas banjir dalam entry berikutnya ya.

Apa yang boleh I conclude di sini, pengalaman banjir ni memang sangat tragis. Tapi banyak mengajar kami beberapa perkara baru. Kami bersyukur walaupun kami banyak mengalami kerugian harta benda, tapi kami bertiga selamat. Allah takkan duga kami kalau kami tak mampu. Ada hikmah di atas semua yang berlaku. Walaupun banyak perabot terbuang ( baru 4 hari pakai), kami redha. Rezeki kami sampai di situ sahaja. Mungkin selama ni kami alpa, kami leka. Allah beri kami hanya sekelumit dugaan, agar kami terjaga. Tersedar dari mimpi fantasi yang kami cipta sendiri. Dugaan ini banyak mengajar kami erti kesabaran, erti bertolak ansur, erti melepaskan. Melepaskan yang disayangi, terutamanya harta benda kami. Semuanya hasil titik peluh kami berdua. Yes, kami redha. Kami redha. 

Terima kasih yang tak terhingga kepada mereka-mereka yang membantu terutama keluarga sendiri, keluarga mertua, rakan-rakan yang dekat, yang jauh (gegojessssssssssssss), yang mendoakan, yang prihatin, yang ambil tahu. Allah sahaja yang akan membalasnya.

*Sorry kalau bahasa dalam entry ni bercampur-campur. 

Monday, December 2, 2013

Saya & Orkid

Orkid, seindah namanya.

I am a big fan of it. Hehehe, dari zaman bujang ke zaman kawin memang orkid menjadi pilihan tatarias (ececeh). Dulu pelamin kawin pon diselitkan orkid putih sedikit. Nak selit banyak-banyak memang takde duit la, lol. Tak tahu la sekarang ni trend deco rumah dengan orkid ke ape, tapi rasanya banyak tempat termasuk hotel, restoran, rumah, semuanya menggunakan orkid sebagai penyeri sudut.

Sebelum ni pon memang ada sejambak orkid kat rumah lama tapi i dah hadiahkan pada kakak. Now sebab dah berpindah ke rumah baru, so hiasan kena la baru jugak, muahaha. Dan i masih mengekalkan pemilihan orkid untuk kediaman baru ni. Orkid, kau sudah bertakhta di hati ku!

So let's DIY-ing! Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ~



Wednesday, November 27, 2013

Living Hall: Sofa Baru

Hahahahaha, tengah semangat mengupdate entry baru. Wahhhh semangat nak masuk rumah baru gitu.

Okeylah hari ni nak cerita pasal sofa plak. Pada mulanya memang tak plan pon nak tukar sofa baru sebab sofa lama tu memang cantik lagi. Sofa lama tu 2+3 seater, color light cream. Tapi nak dijadikan cerita, sofa tu terconteng dengan dakwat pen secoet gitu, masa tu husband tertidur sambil pegang pen. I plak benda-benda kecik gitu memang nampak je, mula la pikir cemane nak hilangkan stain tu. Teringat plak ada multipurpose cleanser yang pernah i beli dulu, harga dalam RM40. Kalau tengok pada harganya, rasa macam berkesan la kan sebabnya mahal.

I pon apa lagi, terus la spray kat stain tu, then lap dengan kain bersih. Terus hilang. Tak sampai 3saat. Memang hebat lah! Teruja sangat. Pastu biasalah, sebab terlampau teruja, mula nak spray sana sini. Habis semua permukaan sofa i spray, pastu lap. Memang macam baru dah jadinya, padahal sofa tu takdelah buruk pon sebab i baru pakai 2 tahun. Hehehe. Siap semua, i tak bilas pon dengan kain lembap. I biarkan je.

Agaknya kat situ lah silap i, biasa lah kalau benda yang efisien sangat ni, confirm kan kandungan dalam dia tu kuat kan. Tak sampai 6 bulan, sofa tu mula crack terutamanya pada tempat yang terlipat. Memula i ingat normal tapi takkan la leather pon boleh crack. Makin lama makin banyak sampai sakit mata i memandang. Husband dah mula bising, i pon rasa bersalah gila. Bila fikir-fikir balik baru la teringat pasal tu. Sesal kemudian tidak berguna, kihkih.

So to all readers, ingat tau! Kalau nak bersihkan stain kat sofa leather or PU, kena gunakan cleanser yang betul-betul untuk sofa, bukan yang multipurpose macam i guna tu, huhuhuh.

                                   ***********************************************

Cemane nak settlekan prob sofa ni, Takkan nak bawak sofa crack ke rumah baru? Hurmmmmmmmmmmmmm.

Ting! Dapat idea. Teruslah propose dengan husband kalau ada duit lebih nak beli sofa baru. Kebetulan memang ada Expo Perabot kat Kuantan ni ha. Expo ni pon best sebab barang-barang dia semuanya cantik-cantik dan high quality. Kalau sofa tu memang semua designer punya la, pastu kalau katil/tilam tu jenis riban-riban yang i sendiri tak mampu nak beli, huhuhu. Husband cakap insyaAllah. I dah happy sangat dah!

I dah usha ekspo tu first round lunch break tu, pastu malam tu ajak husband pergi pulak. Husband i ni jenis malas nak usha-usha dah, So i dah shortlisted kan 3 sofa idaman hati, hehehehe. Dalam banyak-banyak brand tu, berkenan sungguh aihhhh dengan sofa from Louis Italia ni. Dan memandangkan salesgirl tu dah nampak i datang usha 2x, dia kata dia akan bagi special price kekononnya untuk return customer.

Malas nak cerita panjang, inilah pilihan pertama i, sangat la menawan hati oiiiiiiiiiii. I pon apa lagi, excited lah! Husband mengikut je. Rasanya harga ni memang berbaloi la sebab sofa ni sangat la besar, 10x9 kaki.

Saiz 10x9 kaki


Tengok jela scale husband dengan sofa tu, kecik je dia. Padahalnya husbandku gemok lol. Ampun abang! Tapi bila fikirkan saiz sofanya yang gabak tu, 10x9 kaki, 9 kaki tu macam terlalu lebar la plak. Living hall i 17x10kaki. So takkan i nak reserve 1kaki je untuk laluan. Terus hati berbelah bagi. Tengok plak sofa lain.

 
Saiz 8x6kaki

Ini pilihan kedua i, sofa ni boleh pull out. So kita boleh berlunjur kaki sambil tengok tv, boleh dijadikan sofa bed juga. Sofa ni saiz kecik sikit, 8x6kaki sahaja. Husband macam tak berapa berkenan sebab sofa ni nampak biasa walaupun ada pull out tu. Down hokey! Takpelah nextttttttttt!

Saiz 9x6kaki

So we move to 3rd choice. Display color dark coklat, nampak macam elegant tapi warna macam oldies sikit la. Yang ni memang i berkenan juga tapi sebab mata dah tertumpu pada option 1 tu, so memang tak tengok la sofa yang ini. Sofa ni lebih praktikal la sebab seat dia besar, L-shape dia pon luas. Sebab masih teringinkan sofa yang first tu, so i pon pilih leather color yang sama macam sofa pertama. 

Husband pon setuju sofa yang ni. Dia kata sofa first tu memang cantik, tapi tak praktikal. Arm rest pon dah 1 kaki. So ruangan seat jadi sempit la. L-shape dia pon kecik sebab tempat pengandar tu gabak sangat. Betul jugak. Bila dibandingkan, sangat tepat kata husband tu. So we both setuju untuk beli sofa pilihan ke-3 ni. 

Masa untuk custom-made adalah sebulan paling cepat. Leather ni di import dari Itali, ada warranty untuk leather, kayu, dan spring selama 6 tahun. Dan yang seronoknya, free delivery! Louis Italia ni dari Shah Alam. So kalau takde ekspo ni, memang berangan la nak designed sofa gini. Kena beli yang mana ada di Kuantan ni jela, hohoho.

Lepas ni nak bersihkan sofa ni kena berhati-hati la nampaknya. Taknak dah pisang berbuah dua kali.

Sofa ni sampai hari ahad ni, yehaaaaaaaaaa! Bestnyaaaa!





Tuesday, November 26, 2013

Home Sweet Home Progress

InsyaAllah Jumaat ni kami sekeluarga akan berpindah rumah! Tak sabar okey. Walaupun rumah ni takdelah sebesar mana, tapi kami tetap bersyukur.

So far sekarang kami dah beli dua rumah teres setingkat (satu 4 bilik, satu lagi 3 bilik), dan ramai jugak la yang mempertikaikan tindakan kami ini. Katanya, kenapa tak beli rumah besar terus? Harga dua rumah tu dah boleh dapat semi-D dua tingkat kottttttttttt? I dan husband hanya tersenyum sahaja. So far kami rasa dah cukup selesa dengan rumah ni. Baru anak seorang kot. Cukup besar untuk duduk bertiga. Dan rumah lagi satu kami gunakan untuk investment. So far memang kami takde plan nak duduk rumah tu (dapat kunci Januari 2014 ni). Dengan keadaan husband yang selalu busy dan tiada di rumah, insyaAllah i rasa confident nak duduk berdua dengan Amani di rumah ni. Takde la rasa besar dan luas sangat.

Progress rumah dah 90% siap, tinggal kitchen cabinet je yang belum dipasang. Tengah fabricate kat kilang. I tak kisah, not a rush pon. Hehehehe.

Jom layan gambar progress rumah, ikotkan hati i malas nak update banyak-banyak sebab benda pon tak siap lagi. Nanti dah deco-deco barulah kita bagi full review, ye tak? heheheh.

                                   **********************************************

LIVING & DINING:
Untuk tengok deco living hall rumah sekarang, boleh klik SINI. Tema masa tu, warm color.

Untuk rumah baru, kita tukar ke warna lembut pula. Hehehe. Bagi sejuk pula mata memandang. I masih menggunakan Nippon Color Creation, Easy Wash. 


Color code: Misty Rain 3145P, Gray Dawning 4201P, dan Stiletto Gray 4241P. Kalau tengok pada gambar tu, color mungkin sedikit berbeza sebab i guna kamera handphone sahaja. 


Inilah living area, keluasan 10x 17kaki. Cukup panjang, tapi lebar 10 kaki tu sangatlah constraint. Huhuhu. Takpelah redha. Untuk rumah ni, i akan pakai sofa baru L-shape from Louis Italia. Sofa lama cream color 2+3 seater tu i tinggal kat rumah sekarang. Harap-harap bila guna L-shape sofa ni, rumah akan nampak lebih luas. TV cabinet, side table, masih gunakan yang lama hehehe. Siling i gunakan light through untuk bahagian ini supaya lighting lebih menyeluruh.


Okey, ini pula formal dining area. Bersambung dengan living area, 11x10kaki. Ini i akan letakkan dining table  yang i pakai sekarang. Kalau ada budget lebih ingat nak tukar juga tapi masih sayang yang lama sebab meja dia marble. Hehe. Siling i guna L-box, dan pasang downlight. Sengaja i bezakan jenis siling untuk living and dining, so kita juga boleh gunakan siling as space seperator untuk indentify mana ruang untuk living, mana ruang untuk dining, vise versa.

                                   **********************************************

KITCHEN:

Ini dapur. Cat guna lebihan living hall sahaja, jimat. Baru table top sahaja yang siap, kitchen cabinet tak install lagi. Untuk atas, build in cabinet 11kaki panjang, cabinet bawah pulak 6x11x6kaki. Wet kitchen berbentuk U-shape, tengah tu counter bar. 

Sengaja i rendahkan meja bar tu, bersesuaian dengan ketinggian meja manalah tau nak guna laptop kat counter bar tu pon boleh. Untuk area counter bar tu, cabinet tu hanya 1 kaki width, sebab 1 kaki lagi i kosongkan supaya kaki boleh masuk kat bawah table top tu dengan selesa. Area situ i plan untuk letak barang-barang kering/bertin/kotak yang baru dibeli seperti sos, sardin, milo dan sebagainya. Maklumlah kita takde food store, so asingkan dengan cara ni la.

Kat area counter bar tu, akan ada 2 biji pendant lamp, tapi belum pasang lagi, hehe. Pendant lamp IKEA sahaja. Untuk tingkap pula, i akan pasang blind warna putih, pon dari IKEA. Untuk dapur, memang plan taknak pasang langsir sebab i nak area ni nampak kemas dan bersih. Mana-mana tupperware ke, pinggan mangkuk ke, periuk ke,  memang nak sorok dalam cabinet. Hanya microwave dan water heater je dibenarkan untuk display atas cabinet. Hehehe.

Berdepan dengan counter bar ni adalah informal dining table for 4 person. keluasan area ni adalah 9x 10kaki. Kat meja ni lah boleh nak menjemah ke, bersembang ke, apa ke. Hehehe, dibenarkan lepak berjam-jam. Gambar takde lagi sebab memang lupa nak ambil gambar area situ. 

                                   **********************************************
 MASTER BEDROOM



I sangat suka grill ni. Sebab nampak sangat moden. Halus mulus gitu. I sendiri ke kilang pilih besi, bukan tengok katalog sahaja. Hahah bersungguh kan. Tapi jangan risau, walaupun nampak halus, tapi i dah pilih besi tebal. So grill ni sangat kukuh. Cat untuk grill pula i guna powdercoated, white color. I kan memang peminat white furniture, so faham-faham jela semua perabot kat rumah ni berwarna putih hehehe.



Langsir bilik dari IKEA. So inilah pilihan i, corak-corak dia moden dan berwarna grey-brown, sangat match dengan cat bilik. Suka sebab pakai langsir ni, x perlu pakai sheer dah sebab tingkap dah tinted,  langsir ni pon base putih, so bilik dah terang tanpa langsir tak perlu diselak-selak lagi.
                                   **********************************************

WORKSTATION (ROOM4):



Langsir dari IKEA jugak. Belasah je corak kanak-kanak gitu. Tapi husband suka. I pilih langsir ni sebab corak dia ada warna hitam, match dengan almari husband warna hitam. Hehehehe. Langsir bilik ni siap dia pasang sendiri. Semangat betul!

Kla, entry pon dah panjang. Nanti i up entry lagi k!

LOVE,
i n t a n o r a z a m 


Tuesday, October 22, 2013

Mengecat rumah

Dah lamanya tak update blog. Berjanji bagai nak update, akhirnya nan ado. Hehehe. Sorry sesangat! I sekarang sangat la sibuk. Huhuhuhu. Maklumlah nak masuk rumah baru kan. Update rumah baru dah banyak, tapi satu pon tak tercerita dekat sini. Huhu. Kekonon nak masuk rumah baru banyak la entry, hampeh je! LOL.

Okeylah ! As intro, I cerita lah pasal cat dulu ye. Alhamdulillah dah selesai mengecat master bedroom, playroom Amani (bilik 2), dan bilik workstation husband (bilik 4). Bilik 3 akan dijadikan guest room insyaAllah. Makanya tak cat lagi. Hehehe.

Untuk brand cat plak, I guna Nippon Interior Collection. I memang peminat Nippon. Jangan tanya lah kenapa hahaha. I takde jawapannya. Mungkin sebab office I ni memang supplier tegar adalah Nippon, jadi I pon kekonon jadi local customer la, hihik. Sejujurnya, sebab malas nak gi usha tempat lain dah. Katalog dah ada kat office, kita guna jela kan.

Mula-mula, I cat bilik Amani dulu. Memandangkan sekarang ni trend stripe color, I pon join la sekaki. Minta husband belikan masking tape. So bermula lah sesi mengecat. Untuk bilik ni, I guna combination tiga color, iaitu Bouquet Orchid 3126, Sheer Green 1051P, dan Crushed Rock 4015P. Alhamdulillah it turns beautiful and sweet. Sangat sesuai la untuk si comel Amani. Yehaaaa! Nak tengok hasilnya? Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!

 

Untuk master bedroom pula, I pilih earth color. Senang nak mix and match. Lagipun, memang taste I camtu heheh. Nak gunakan vibrant color, memang tak la! For me, bilik tidur mestilah menenangkan dan selesa, baru la tidur pon lena. Kalau warna vibrant dan terang, otak akan kembali aktif. So nak tidur pon susah. Tapi citarasa orang lain-lain kan. So itu pendapat I la kan.

So untuk master bedroom, I guna combination 3 color. Sebenarnya salah satu color tu lebihan cat bilik Amani, sayang la kalau tak digunakan. Ini code nya. Evening gray 4174T, Crushed Rock 4015P (lebihan dari bilik Amani, dan Gray Drawing 4201P. I sebenarnya tak berkenan sangat combination banyak color untuk bilik kami, tapi disebabkan taknak membazir. I guna la jugak. Husband cakap nak buat pattern sikit pada feature wall. I layankan aje. So inilah hasilnya. As for me, walaupon combination color agak ‘too much’, tapi takpelah. I suka jugak hehehe.

 
 


Untuk bilik 4, iaitu workstation husband, kami pilih vibrant color. Husband request color yang terang sebab kekonon taknak mengantuk. Biar semangat nak kerja katanya. Hahaha. Layankan aje la. Sebab ini kan bilik dia. I memang tak campur. Hehehe. So untuk bilik ni kami guna code Gray Dawning 4201P (lebihan master bedroom) dan Aqua Marine 3204. Hasilnya, memang sangat vibrant. Not my taste actually, tapi as long a husband suka, I don’t mind! Sorry gambar ni masa cat belom kering sepenuhnya, so nampak berbalam-balam. Bila dah kering elok je catnya.

 

Mood menulis belum ada, ayat pon berterabur. Baru suam-suam kuku moodnya. Sorry! So nanti i update lagi ye. insyaAllah!!

Friday, August 30, 2013

Amani dan car seat

Hari ni cerita Amani dan carseat pula. Hehehehe. Alhamdulillah! Memang berbaloi beli carseat ni. Harga takde la mahal mana, tapi baktinya, memang tak ternilai.

I bought it at RM209.00, brand Anakku. Beli kat Manjaku. I don’t know either memang harga dia camtu ke, or dapat murah. Tapi yang penting selesa kan. Puas hati? Itu kena testing dulu pada baby. Hehehe. Masa beli, Amani 7 bulan dalam perut. Ibu dia ni memang jenis excited, semuanya nak beli sebelum Amani lahir. Hahaha. Anak pertama kan. LOL.

First time Amani ber carseat masa dia genap 2 bulan, perjalanan ke office. Jarak lebih kurang 20km, tapi takde lah jauh mana pon sebab tak banyak traffic light. Amani so far okey je dalam car seat, mungkin masa tu die masih kecil dan tak reti nak memberontak keluar lagi ke kot. So memang takde masalah nak drive. Cuma certain time kalau tetiba dia ek ek ekkkkk nak susu, kenalah berhenti di tepi jalan susukan dulu. Lepas siap bf, sambung jalan semula. So far, memang jaranglah dia nak mnyusu. Kadang-kadang je.

Keadaan masih tak berubah selepas sebulan, maksudnya masa Amani 3 bulan pon, masih senang ber carseat. Yeay! 

Masa 4 bulan, Amani mula tunjukkan protes. Kejap-kejap nak keluar dari carseat. Actually bukan nak bangun, tapi dia nak muka kita depan muka dia. Masa ni dia sangat suka di agah, pastu gelak terkekek-kekek. So kalau lama-lama dalam carseat ibu tak pedulikan dia, mula lah nak mengamuk. Masa ni I mula rasa keadaan semakin mencabar. Sometimes, I berhenti layan dia jap. But sometimes, I just ignore. Kalau keadaan dah tak terkawal, baru lah I akan berhenti. Then I think, I have to find solution. I belikan Amani soft toys. Bagi dia main-main. So nampaklah perubahan baik di situ. Dia leka bermain sampai lah rumah, fuhhhhh!

Pastu, 6 months and above, Amani dah makin okey. Sampai satu tahap, dia dah boring dengan soft toys dia, I bagi dia main benda lain pulak. I bagi car, lorry, lego dan lain-lain. Senangnya Amani ni sebab dia jenis tak membuang. So takde lah bersepah-sepah or ibu kena kutip banyak kali bagi kat dia semula. Dia akan main sampai ralit. Bila dah makin besar ni (8 months and above), kadang-kadang takde mainan pon takpe. Agaknya sebab dia dah suka pandang ke luar pandang tengok real car, real lorry kot. Ntah. Tapi memang senang lah. Lebih-lebih sebab I ni memang selalu outing berdua dengan dia. So dia tau, every time masuk kereta, dia nak gi jalan-jalan dengan ibu. Hehehe.

Now, 11 months old, berganda-ganda lagi senangnya. Masuk je kereta, dia tau dia mesti duduk carseat. Bila I strap je, dia layankan aje. Pastu masa travel, i layan dia bercakap. Amani dah pandai tiru orang bercakap. Like I said, aaaatooookkkk, she will reply , tookkkkkkkkk tok. I said, no no nooooo! She will reply, na na na, sambil buat tangan macam nonono tu. Kalau I sebut Amboiiiiii, dia akan jawab, ammmm mooooo. Kalau cakap taknak, dia cakap naknakkkk. Kalau cakap takde, dia jawab dakkkdeeeeee.

So far I rasa perkembangan Amani ni cepat la jugak. Berjalan masa 11 bulan. Mula meniru orang bercakap masa 10 bulan. Atok Amani cakap, perkembangan Amani seiring. Takdelah berjalan dulu, bercakap lambat. Tapi I tak reti nak compare sebab dia kan seorang, tak tau nak compare dengan siapa.

Back to carseat entry, begitulah ceritanya. 

So far I puas hati sebab pertama, Amani lenjan habis carseat dia. Berbaloi-baloi beli. Kedua, carseat Anakku ni boleh full recline, Amani kalau tidur memang selesa lah. Tak nampak dia tidur duduk, memang nampak baring. So carseat Anakku, recommended. So carseat memang benda wajib kalau travel. Ke mana sahaja kami akan bawa. Kalau jalan-jalan, Amani tertidur, memang I takkan pangku dia. Carseat yang akan bekerja. Hehehe. 10kg nak pangku, cramp wehhhhh. Lagipon I rasa lagi selesa dia tidur kat carseat. Ntahlah, itu pendapat I, hehehe.


Thursday, August 22, 2013

Aisha Amani dan baby cot

As salam semua! Happy working yeh, Hehehe. Esok kan dah jumaat, lepas tu cuti! Okeylah, kali ni nak story pasal baby cot.
Masa mula- mula beli baby cot dulu, Amani baru 6 bulan dalam perut kot. Beli masa warehouse sale kat Puchong, RM381 termasuk tilam. So far memang murah la compare dgn kedai kan, tapi dari segi berbaloi ke tak tu tak pasti lagi since I sendiri pon tak pasti Amani akan tido cot ke tak. Kalau beli murah, tapi Amani taknak tidur situ, apa gunanya kan?

Baby cot ni I hias cantik2, jahitkan quilt, memang semangatlah orang kata. Maklumlah tak sabar nak tunggu kehadiran si kecik. Hehehe. Boleh la tengok ENTRY ni ye. Memang semangat betul I menjahit. Rindu zaman suka DIY dulu-dulu. Kalau sekarang, baru je nak usik mesin jahit, ada je si kenit mengekor kat belakang. Huhuhu.

Bila Amani lahir, memang tak guna lagi lah baby cot tu sebab tak berpantang kat rumah. Almost 2 months br balik rumah sendiri. Pastu since Amani breastfeed dan bangun malam almost 3-4 times, hasrat nak tidokan dia kat baby cot lagi la menjauh, sebab ibunya malas sangat nak bangun angkat dia, pstu risau dia bangun plak kan, hehehehe. Maka berhimpitlah kami 3 beranak.

Husband, jauh di hujung katil. Tidur memang statik habis, kalau tak confirm boleh jatuh katil. Pity my husband, huhuhu.

Selepas 2bulan rutin camtu, Amani pon dah makin tido lasak, I think I must take an action. Either I tidur berdua dgn Amani atas katil husband tido bawah (LOL), or kena ajar Amani tido cot. Which one is better? Hehehe.

So I pon pikir lah solutionnya. Kalau ikotkan susunan asal katil I dan baby cot, mmg kena bangun la untuk bf Amani, and I don’t prefer that. So nak buat cemana eh? Husband bagi cadangan untuk attachkan cot dgn katil, kena bukak pagar sebelah. So Amani still macam 1 katil dengan I sebab kami tido attach, dan sama level. I pon setuju. Masa mula-mula tu, berjaya dalam 3-4 jam je, sebab katil tu kat sebelah kiri. So kalau Amani nak bf kat sblh kanan, siap bf I akan biarkan je dia kat belah kanan i. Maksudnya I tak angkat dia balik lah kat cot dia. I sangat malas nak bangun hehehe (pada masa tu). Bila Amani dah makin besar, tido lasak, I gagahkan diri utk bangun angkat dia balik ke cot dia. So far dia okey je, tak terjaga pon. I plak dapat my own space with husband. No more sempit-sempit-tido-statik.

Hehehe, So after all the ‘hard works’, now Amani sangat selesa dengan cot dia. Banyak aktiviti I lakukan kat cot dia. Sebab nak bagi serasi dengan dia kan. Siang pon tido cot, malam pon sama. Tengok tab pon atas cot. Main pon kadang-kadang atas cot bila I nak bermalasan dan taknak lepak kat luar. Cuma makan tak pernah lah. Hehehe.


I happy, husband happy, Amani pon happy!

Pertanyaan di awal-awal tadi, berbaloi tak beli cot? I can say, worth every penny!! Yeayyyyy!
So untuk mom-to-be di luar sana, kalau plan nak beli babycot untuk anak anda, pastikan guna ye. Kalau tak membazir je. Paling penting kena train. 

Macam Amani, dia memang di train tido cot, duduk dalam carseat, duduk stroller, berbabywearing dgn ergo. Semua pon boleh! Nanti I buat entry pasal carseat dan stroller/ergo ye!
Especially for you, readers! Till then! Love you all.

i n t a n o r a z a m

Friday, August 16, 2013

Dapat 'kaki'

Selamat Hari raya Aidilfitri untuk semua! Raya kali ni sebenarnya sedih sangat sebab first time tak beraya dengan ayah tersayang. Huhuhu, rindu sangat. Kat rumah menangis, kat kubur pon menangis. Lagipon I memang rapat dengan ayah I tu, so jangan lah tanya kenapa air mata ni laju je mengalir. Kadang-kadang terasa macam dia ada je lagi bersama kami, huhuhuhuhu. Bayangkan lah, sebagai anak bongsu dan manja, pada umur 15tahun, ayah I masih mampu dukung anak dia yang seorang ni. Rindu kenangan dulu, kenangan terindah. Huhu.

Nasib baiklah ada Aisha Amani, pengubat kerinduan. Telatah dia mencuit hati, lebih-lebih lagi bila raya kali ini Amani dah dapat kaki! Yeayyyyy!!! Genap 11 bulan pada 29 Ramadhan hari tu, Amani dah berjaya berjalan terkedek-kedek. Sebelum ni memang dah dapat 7-8 tapak, tapi bila terjatuh, dia terus merangkak. Tapi kali ni, dia akan bangun dan berjalan balik. Dua tiga hari selepas tu, dia mula manapak laju. Makin tegap. Dah tak jatuh dah. Hehehe. I am a happy mom of course. Bangga tau!

Ramai yang kata dengan badan Amani yang bambam tu, dia akan lambat berjalan. Tapi tekaan itu dapat disangkal. Amani sangat kuat okey! Dengan berat 10kg, genap 11 bulan dah berjalan, mungkin ini penangan susu ibu mungkin? Hewhew.

So jom layan gambar Amani bak sekeping dua! Bukti kakton tengah terkedek-kedek.

Selamat hari raya Aidilfitri dari kami sekeluarga!

Amani masam sebab tengah kusyuk tengok budak main bunga api. 
Abaikan pipi i yang makin tembam tu, hahaha.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...