Followers

Monday, April 30, 2012

Fisher Price Portable Rocker for Baby


Instead of RM340-369 harga kedai, i dapat beli ni dengan harga RM190 sahaja. Siapa rasa murah sila angkat tangan? Hehehehehe. Kali ni i ade link, so sesiapa yang nak dapatkan produk yang sama dengan harga semurah ini, boleh la klik link di bawah ye.

Link: Ummi Nayli Collections

Kebetulan masa i beli tu ada ready stock, so apa lagi. Tak perlu la letak booking, lebih selamat kan. Self pickup and bayar. I minta tolong my best friend Puteri Raifana untuk ambilkan since dia memang balik KL everyweek.

Sempat hasut dia beli sekali. Then hasut Nana Farhana juga! Hahahaha, *gelak evil*

Dah beli almost past 2 weeks, baru semalam ambil dari Put. Balik rumah terus pasang and test, semua berfungsi dengan baik. Kotak pon brand new, loike! Puas hati, pack balik masuk kotak dan simpan atas almari. Tunggu baby lahir nanti baru pasang semula, hehe.

Rocker untuk Nana pon dah ada dengan i, ambilkan sekali dari Put. Kebetulan pula pagi-pagi tadi Nana dah SMS bagitahu yang air ketuban dia dah pecah, and on the way to hospital. Wish her all the best, baby and mummy dua-dua selamat. I plak yang berdebar-debar. Turn i empat bulan lagi, semoga semuanya dipermudahkan, insyaAllah!

Happy sangat dapat beli rocker ni untuk baby, sebab dah lama berkenan, sejak bujang lagi. Hehehehe.

5 months and still guessing the baby gender. Masih bersabar tunggu monthly checkup. Tak kisahlah boy or girl, asalkan baby sihat, sempurna dan membesar dengan baik dalam perut ibu. Ramai yang teka girl sebab tengok fizikal si ibu, takde lagi yang teka boy. I sendiri pon tak pasti, takde instinct lagi, so we will see!


Doakan kami baik-baik aje!


i n t a n o r a z a m



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...