Followers

Showing posts with label Pelamin. Show all posts
Showing posts with label Pelamin. Show all posts

Tuesday, November 15, 2011

Review: Dais

Terlupa nak review my wedding dais, sorry ya!

Actually I tak gunakan pelamin ni untuk bersanding ye.
Yes, u heard me. I tak bersanding, just buat pelamin untuk bergambar dan berposing sakan. 

But walaupun tak bersanding, tak semestinya kita takyah ada pelamin kan.

So I just DIY my own pelamin, hehehehe.

Masih ingat entry INI INI dan INI

For this project, 70% adalah barang sendiri, dan 30% lagi sewaan (kerusi, pentas, spotlight etc).Theme adalah ‘bersih suci’. (ada ke tema camni?). haha, its actually english theme kot, entah. Hentam kromo jelah. Dulu pernah berangan nak pelamin ni dari Arma, tapi tak mampu nak hire dia, so pendamkan jela dalam hati, huhu.

jatuh hati pandang pertama dengan pelamin ni, nampak suci je.

So, selepas berkira-kira, i pon nekadkan hati DIY pelamin sendiri. To be honest, tak banyak beza pon harga pelamin sewaan atau pelamin DIY. Mahal juga sebenarnya, cuma barang-barang tu akan jadi hak milik kita sendiri. Boleh la dijadikan kenangan or sebagai hadiah kepada family terdekat. Kalau sewa kat butik, habis beribu dalam sehari je, setuju tak?

After all the work hard, like akhirnya pelamin berjaya disiapkan dengan bantuan my mum. (yes, kami buat berdua sahaja). My dad tak dapat nak tolong sangat disebabkan tangan beliau sakit, so takdapat la nak tolong, but it's okay dad, no hurt feeling, hehehehe~

"Selepas berpeluh-peluh memanjat, memaku, memasang backdrop, menggubah bunga, 
dan lain-lain akhirnya pelamin DIY sudah siap!


I sangat puas hati, tersenyum sorang-sorang. 
Hasil seperti yang dibayangkan, ALHAMDULILLAH!"

Qoute di atas adalah entry pertama selepas menyiapkan pelamin, walaupun kepenatan, excited gila nak update kat blog. Walaupun masa tu tengah berpeluh dan berbau macam kambing busuk. Hahahahahahahaha.

Pelamin ni memang banyak digunakan semasa akad nikah sahaja. Pada hari besar, kebanyakan gambar di ambil di khemah, tapi tetap banyak juga di pelamin. Itupon dengan kawan-kawan terdekat aje. 

Mari layan gambar pelamin DIY versi Intan Norazam:


Muka husband sebelum nikah: cuak gila

Muka husband sebelum nikah: happy gila

Comel kan expression muka husband, terpampang kecuakan tanpa boleh disorok. 
Bila dah selesai, happy tak terkata.

Muka yang tenang jangan disangka tiada gelora dihati.

Kenal tak yang berbaju songket hijau tu?
cik Damiya aka cik Nur cahaya kita, thanks for coming dear.

I just love my dais so much!

Walaupun tak sama macam Arma, takpelah. janji i puas hati, alhamdulillah~

*p/s: kepada kina yang bertanya kenapa gambar gambar kabur, ni efek free lens la dear. 
Memang nak OP buat efek free lens ni.

Wednesday, September 28, 2011

My so-called Pelamin DIY sudah siap!


Selepas berpeluh-peluh memanjat, memaku, memasang backdrop, menggubah bunga, dan lain-lain akhirnya pelamin DIY sudah siap! Cantik tak?

I sangat puas hati, tersenyum sorang-sorang. Hasil seperti yang dibayangkan, ALHAMDULILLAH!

Friday, July 29, 2011

Risau

Hai,
Nak share ni, dalam banyak-banyak benda, I sangat risau tentang satu perkara. Huhuhuhu, risau sangat tapi lately i buat relax aje, malas nk stresskan kepala, huhuhuhu. Kalau I stress, apa-apa pon takleh buat, nak DIY, memang tak mood terus. Stay calm and relax, fuhhh fuhhhhhh. So I nak share dekat sini, apa yang bermain di kepala I sejak 2 menjak ni.

‘My DIY pelamin nanti apa hasilnya eh?’

Soalan ni selalu tak terjawab. Sobsob. I sangat takut my DIY pelamin akan turn out huduh! *minta dijauhkan*. Kalau ikutkan I nak hire vendor je, tapi butik area rumah I ni pelamin dia typical sangat (jengka), pastu I cerewet pula huhu. Takut hasilnya tak seperti yang I nak, end up mesti I akan fikir,’baik aku buat sendiri je…’. Bayar mahal mestila nak puas hati kan. Actually, I suka design simple, pelamin tanpa panel, bunga pon sikit-sikit, and lighting, cukup dah. Tapi persoalannya,.

Cukup ke tak deconya nanti?

Colors combinations okay ke tak?

Cukup tak kain backdrop yang dah beli tu?

Lighting and spotlight cukup tak?

Cemana nak pasang candelier kat siling mak ni?


Oh risaunya! Risaunya! I takut nanti I yang tak terbuat. Tak pasal-pasal nanti sehari sebelum majlis I tertonggeng-tonggeng siapkan pelamin. Perlu cari backup/tenaga kerja bantuan ni, huhuh.

I suka pelamin camni je. Simple but yet, so lovely. 

ignore bunga 6 bekas tu, bayangkan ada 2 je


Thursday, May 5, 2011

My dream dais: Part 2

It turns out very well and i love it!


FLOWER COMBINATION:
Offwhite Orchids, Creamy orange Hydrangea, Sundal Malam, Pale pink Roses, and  white Lilies

*maafkan kualiti kamera phone. Huhuk excited sangat tadi~

My dream dais

It takes me long way to post any entry about my wedding. Urghhhh, maafkan hamba. 

Alhamdulillah everything went well as plan. Yesterday, I got a phone call from small garden, seems like gubahan bunga besar untuk pelamin dah siap! Yeay! Memang dah lama sangat I tunggu. Bukan diorang buat kerja lambat, tapi I yang tak sabar-sabar, diorang sangat professional and punctual, highly recommended. To be frank, I akan mendeko pelamin I sendiri, which I hope rupanya like macam I imagine and tak la turn out buruk! Huhuh. Mau nangis I nanti.

Liyana from small garden dah remind me kalau nak datang pick up kena bawak company sebab bunga ni tak boleh stand sendiri dan terlalu besar, agak2 muat masuk kereta tak? Hoh, cuak i. harini nak pergi tengok dulu, and if tak bape okay, I’ll ask them to adjust sikit, sebab gubahan ni dua, which akan letak kat kiri dan kanan pelamin, and I hope the flower similar to each other. Amin! 

FYI, i suka simple pelamin, which tidak akan menenggelamkan pengantin kat atas tu nanti. I hope this two big flower pon dah cukup menonjol. 

Doakan everything cantik ya. Love u all.

Dais inspiration by ARMA

Cantik kan? simple je. i love everything about this dais.


Monday, March 14, 2011

Candle Lantern

Hai!

I ada beli half dozen candle lantern kat Korea. I ingat nak sewakan, siapa berminat boleh pm i ye, the rental price as low as RM5 per pieces. Tapi kena jaga elok2 la, sebab i nak guna untuk my wedding bulan Oktober nanti. Takot by the time i pakai lantern tu dah buruk dah. Hu hu hu. Nanti i upload gambar okey. For now i tinggal lantern tu kat kampung, lupa nak tangkap gambar kihkih. Tapi bentuknya lebih kurang camni la, white color, tapi mine kurus sikit la bentuknya~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...