Followers
Monday, May 9, 2011
12 Perkara Nak Dilakukan/Diubah Sebelum Berkahwin
Pagi-pagi baca blog Hanis Zalikha terasa nak buat questionnaire yang sama. Hahaha.
- A GOOD DAUGHTER: Nak jadi anak yang baik, taknak mintak duit dengan parents langsung, cuba untuk menggunakan duit gaji sebaik mungkin. Malahan nak meng’hulur’ setiap kali pulang ke kampung. Kalau I tak mampu nak hulur pon, I akan paksa diri untuk balik ke kampung setiap 2 minggu sekali.
- FAMILY TREAT: Nak bawak parents bercuti, semuanya ditanggung oleh si anak, iaitu i. Dah berjaya laksanakan somewhere in October 2009.
- HOLIDAY ALONE: Actually takde la seorang, just I travel alone dari Malaysia-Seoul, Korea in March 2011. Sampai sana dah ada kawan yang tunggu. And proudly to say, I am using my own money for this trip~ Totally worth it after all the hard works.
- TRAVEL TO NORTH-SOUTH ALONE: Yang ni tak berjaya lagi, just I dah berjaya drive alone dari Kuantan-Penang. It’s 571km yaw… and it’s a record. Ada berani? Rasanya tak berjaya kot nak buat rekod ni sebelum kawen, takot la nanti FFIL marah. Independent sgt la bakal menantu diorang ni~
- BUY A CAR AND A HOUSE. Yes, I have mine (a car) and a house in Jun, insyaAllah!
- SOLAT ON TIME & MENGAJI: cuba nak amalkan solat on time dan mengaji setiap hari walaupon kadang-kadang liat sangat, degil la kamu ni intan!
- ADOPT A PET. Yes, I love to have Abu and Tom in my life.
- SAVING MONEY: Nasib baik ada auto-debit, kalau tak entah mampu ke tak I nak saving each month. heheh. Maklumlah banyak sangat benda nak buat and nak beli kan. heheh.
- DIY-ing MY WEDDING: Nasib baik terkenan tangan kreatif dari mak, so mostly about my wedding I nak buat sendiri. (doakan I mampu) Hehehe. Termasuklah pelamin, beadings baju and veils, invitation cards, and doorgifts.
- ISLAND VACAY: Yang ni insyaAllah I nak ajak kawan-kawan I nanti!
- JANGAN SOMBONG DAN SANGAT BERKIRA: kalau boleh lepas ni taknak sombong (walaupon muka I memang muka jenis sombong masam mencuka) dan jangan berkira, berkongsi la rezeki yang ada dengan family dan kawan-kawan, tapi yes, ‘EVERYTHING HAVE LIMITS’ yawww.
- JANGAN BERMUKA-MUKA: lepas ni I taknak dah bermuka-muka, means berpura-pura baik dengan seseorang padahal I menyampah giler dengan dia. Hipokrit oi oi oi! Sebab nak terlalu menjaga hati, terpaksa berlakon. Huh it is not so me!
Subscribe to:
Posts (Atom)