Followers

Friday, June 25, 2010

babysit anak-anak saudara

tajuk entry macam besar je tanggungjawab tapi sebenarnya senang je. sebab diorg bukan lagi budak kecik 1 tahun, tapi dah 22tahun, 16tahun, 15tahun, 12 tahun, 10 tahun, 9 tahun, dan paling kecil 5 tahun. hehe.
walaupon saya baru 25tahun tapi saya tetap mak diorg. besar tanggungjawab saya. tapi diorg semua baik-baik. pandai jaga diri sendiri walaupon kena jaga rumah dua minggu. saya kerja, kalau tak saya pon kena jaga rumah.
macam-macam aktiviti diorg buat, mandi air terjun ulu bendul, main bowling, tengok wayang, camping, petrosains, I-city etc etc tapi diorg tak lupa nak buat kerja-kerja lain selain main. diorg basuh pinggan, mop lantai, lap tingkap sebab masing-masing nak tunjuk rumah kemas bila emak dah balik. bagus. paling bagus bila kakde aka yang paling tua berjaya masak untuk adik-adik dan sepupu-sepupu. kalaulah maksu lah entah berjaya ke x. (maksu adalah saya sebenarnya). dan disebabkan saya demam, tak dapat balik tengok diorg. saya malas nak cerita pantang. let's pictures tell the story okay.













saya demam rindu.



kalau nak dikatakan terlalu busy tu maknanya tipulah tapi memang saya takda masa nak update blog. haha. sebenarnya saya demam. full stop. bukan demam biasa tapi demam rindu. straight dua minggu, sangat lama okay. tempoh yang sama lama dengan pemergian ibu ayah, kakak-kakak, dan abang-abang ke tanah suci. mulanya saya ingat itu adalah demam kepenatan selepas bertunang, namun bila difikirkan, tidak munasabah pula.

bila 'mereka' yang di atas tiada di bumi Malaysia, apa yang berlaku pada saya?

1. terlalu demam sampai curi-curi tido dalam bilik akaun.
2. tak tido malam sebab sesak nafas sampai pagi, dan tiba-tiba nak tulis wasiat tentang hutang dengan kawan-kawan. (haha, macam banyak je hutangnya)
3. terasa sangat alone walaupon dalam rumah ada tiga orang sebenarnya.
4. mengalami straight sleep from 8pm-9am. it's unpredictable.
5. makan roti dan tuna je untuk 3 malam berturut-turut sebab memang takde selera plus tak larat nak drive.
6. encik tunang takde di kuantan, so that takde sesiapa boleh entertain saya yang demam.
7. batuk yang sangat teruk sampai kena sedut oksigen.

bila esoknya 'mereka' nak balik, saya adalah orang yang paling gembira. demam teruk juga namun berjaya drive dari kuantan-muadzam-serting-pilah-seremban-shah alam. kira inilah pencapaian terbaik saya. clap-clap. paling tak boleh blah saya sampai mimpi-mimpi mak dah balik. memang saya anak bongsu yang manja. saya akui. memang selama ni pon saya jauh dengan parents tapi hampir setiap hari saya akan call mak ayah. tapi kali ni rekod paling lama saya tak berhubung dengan mereka.

alhamdulillah semuanya sempurna dan mereka kini dah balik ke pangkuan saya. (eh, maksud saya ke rumah. hehe). paling seronok bila demam saya kebah pagi hari mereka balik. ajaib. ubat pon saya tak telan.


inilah buah hati pengarang jantung saya

bila fikir balik, memang saya sayang keluarga saya. sayang emak ayah saya. kasih sayang saya untuk mereka tiada tolok bandingnya. bila 1st time berjauhan camni, baru saya tau apa itu rindu. rindu pada tunang pon kalah. (means awak kenalah ambil hati saya lagi untuk menandingi kasih sayang pada mereka. ahak~). emak orang yang paling saya rindu. dan saya juga tau emak pon rindu saya. kakak saya cakap hadiah saya paling banyak, paling mahal. memang pon. hadiah apa nanti saya bgtau kemudian sebab x sempat lagi nak snap gambarnya. thanks emak. adik sayang emak.

okaylah entry dah panjang, enjoy the pictures okay.

kaklong dan abanglong saya

kakchik

abangchik dan abanglong



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...