Hai,
Selamat hari isnin! Selamat berpuasa kepada mereka yang
berpuasa ganti, hehe.
Ini entry luahan hati dan geram dengan Nationwide. Masih
ingat entry ini? Sedih sangat sebab HB tu tak sempat sampai ke tangan
pengantin.
Huhuhu kesian diorang.
I nak marah sangat-sangat pon, Nationwide boleh buat muka
tak bersalah dan salahkan delivery sana, kata diorg, Kuantan dah let go parcel
tu on time (same day), pihak sana yang deliver lambat. Huhuhuhu, sangat lah
lepas tangan. Tapi bila check kat website, betul jugak. Check in check out check in check out,
sampainya tidak. Huh!
Nationwide buat hal, selalunya sehari je, tapi boleh plak
pending tak jumpa rumah lah, apa lah. Stress.
It takes 5 days baru sampai. Padahal
Kuantan-KL je. Bukannya Kuantan-Sabah. Satu lagi Kuantan-Kuala Terengganu. Pon
tak jauh mana. Huhuhu.
I terpaksa take it as bukan rezeki diorang, dan bukan rezeki
I juga. Berhempas pulas I siapkan HB ni, ingatkan sempat la sampai ke tangan
pengantin sebelum majlis. Dengan keadaan ayah I sakit hari tu, memang tertekan.
Sampai sakit pinggang I mengadap HB ni. Huhuhuh. First time jadi camni selepas berpuluh-puluh HB telah terjual. Takde rezeki baby juga bulan ni, tak dapat nak shopping
barang baby. Sobs.
Sedih. Tension. Sakit hati. Geram.
*********************************
Case 1:
I know customer ni a bit disappointed dgn I sebab order dia
28 April, so I have like a month untuk siapkan. Tapi nak buat cemana, I salahkan
diri I dan hormon ibu mengandung yang sentiasa tak larat, kuat tidur dan selalu kepenatan. Dalam
tempoh tu pon sepanjang weekend I takde kat rumah. So weekdays dan malam je masa
yang ada, dengan tolak masa stay back dekat ofis sampai kul 1230am, memang masa
sangat limited. Husband pon turut sama temankan I kat ofis. Dugaan tu, dugaan!
I dah berusaha siapkan, tapi postage
plak buat hal. Ini buktinya:
Case 2:
Tarikh booking 26Mei. Masa slot in dalam order tu I tak
perasan tarikh booking n tarikh wedding terlalu dekat. One week je. Selalunya
tarikh booking-order gap dalam sebulan. So kelam kabutlah mak buyong ni
menyiapkan. Siap-siap je terus pos. Pon tak sempat sampai. Nationwide jawab walaupon dekat ke Kuala Terengganu je, tapi parcel tetap kena deliver ke HQ di Shah Alam dulu. Sebab tu lambat. Tapi bila check status parcel, takde Shah Alam pon? What the...
Urghhhhh, nak marah pon tak guna dah. Nasib baik la pengantin ni baik orangnya, syukur dapat customer camni. Thanks for your cooperation dear.
*********************************
Bila jadi camni, sedih sangat rasa. Rasa malas sangat nak buat HB dah. Nak buat cepat-cepat sangat, badan ni dah tak larat. Dah semakin berat dan sakit pinggang selalu sangat menyerang. Tapi insyaAllah i akan cuba juga siapkan lagi selagi termampu. Kalau tak dapat siapkan, i minta maaf awal-awal ye!
P/S: Masa I announce order (Nov 2011), I memang dah tulis kat HB ORDER 2012
camni....
Agaknya, inilah salah satu 'aral' yang dimaksudkan. Dengan rendah dirinya, i nak minta maaf secara terbuka kepada mereka berdua. Huhuhuhuhu. Harap-harap perkara seperti ini tidak akan berulang lagi.
Nanti bila i dah dapat balik HB dari diorang, i akan let go kepada mereka yang berminat ya!
Inilah HB nya!
Love,
i n t a n o r a z a m