Followers

Thursday, May 24, 2012

Quilt Baby A dah siap!

Still remember this entry? Or this

Akhirnya material dah sampai ke Malaysia dan selamat sampai ke tangan i. Punya lah excited nak jahit quilt ni. Actually,ni first time i jahit quilt. Tak pernah tengok tutorial or belajar, so just berharap berjaya jahit dengan imaginasi sendiri je. Mula-mula risau juga sebab material ni mahal, takut tersalah gunting, tapi kalau kita tak mulakan, siapa lagi kan? So untuk sesiapa yang teringin nak DIY macam-macam terutama sewing, kenalah berani dan confident, insyaAllah menjadi. 

So ini lah hasilnya!

Full view

I beli 2 panel untuk buat quilt ni, sebab i nak saiz quilt yang besar. So boleh la baby A bergolek-golek atas tu nanti. Dua-dua panel ini dari Jill Macdonald Collection (What A World). Setiap panel berharga $5.95 USD, so kalau nak tahu harga boleh convert sendiri ye. Mahal sikit lah tapi bila tengok hasilnya, tersenyum sendiri, insyaAllah!

Belakang quilt pulak i guna plain red hard cotton beli kat Kamdar sahaja. Harga RM6.90 untuk bidang 60'. Puas i selongkar kat Kamdar baru jumpa kain tu.

Quilt details: 

Wording 'Malaysia' tu i hantar sulam sebab kat panel tu memang takde wording Malaysia. Tsk tsk why?????? Adakah sebab Malaysia terlalu kecil atau tak glamor? 

Pillow: Front view

Disebabkan panel ke dua ada lebih, i jahitkan pillowcase yang sama tema untuk baby. I buat dua jenis, satu jenis fixed dan satu lagi jenis pillowcase. So satu boleh basuh, satu boleh jadi bantal busuk. Tettttt! Bahagian belakang bantal tu i guna kain yang sama dengan belakang quilt. Baru match, kononnya! Actually i memang sangat suka warna merah. So sila jangan sakit mata ye~

Pillow: Rear view

Alhamdulillah, puas hati dengan outcome set quilt ni. Gigih jahit malam tadi walaupun sakit kaki kiri sebab banyak berjalan di site petang semalam.


Baby A,
Ibu loves you so much! Nanti baby kena jadi anak yang baik ya sebab ibu dah DIY semuanya untuk baby dengan penuh kasih sayang! Hugssss and kisses.


Malam tadi baby A kicking sangat agresif macam tengah menari breakdance, husband pon dapat rasa. Selalu nya kalau husband pegang perut, baby A kick malu-malu, sekali je pastu diam. Malam tadi baby kick selang 3 saat selama almost 15min, woohoooooo!


Love,
i n t a n o r a z a m
6 months and counting..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...