Followers

Tuesday, May 8, 2012

HB Update *beramai-ramai*

HB Syazwana Sulaiman 

HB Nora Mohammed Halim

HB Syafinaz Salleh

HB Nur Fadila Kasim

HB Nurazreena Mohd Yusof


21 Weeks / 5 Months Story


  1. Masih tidak pernah muntah atau morning sickness. Alhamdulillah, Allah memudahkan semuanya!
  2. Badan rasa cergas sangat, senang nak bergerak ke sana ke sini walaupun berat semakin bertambah setiap hari. Paling obvious tang pipi dan dagu, bila senyum mata dah sepet dan dagu berlapis. Lengan dan peha pon macam dah membesar. Tsk Tsk! 
  3. Kaki belum membengkak, tangan pon belum mula kebas. Tidur masih boleh pelbagai posisi, paling selesa adalah melentang, kehkehkeh!
  4. Sekarang dah tak berapa suka minum Enfamama since dah mula minum Hi-Goat. Enfamama macam berlemak sangat susunya dan manis. Hi-Goat lebih pure rasa susu, yummy! Apa yang i rasa sejak minum Hi-Goat badan i cergas sangat. Kadang-kadang terlupa ada 'perut'. Enfamama macam tak nampak perubahan sangat pon. Masa 4 months dulu i ada rasa nyilu pada tulang peha sebelah kiri, tapi sekarang dah hilang. Taktau la sebab minum susu or memang hilang sendiri. So far enfamama dah tolak tepi, jeling sikit-sikit je.
  5. Checkup 5 months, gender baby masih samar-samar walaupun i sudah boleh predict. Tapi so far i masih boleh bersabar dan tunggu. Taknak terlalu terburu-buru tau gender. Asalkan baby sihat dan sempurna, i dah cukup bersyukur. Baby sangat aktif kata doktor. FYI, kedudukan baby sekarang adalah songsang. Tapi still kecil dan boleh berpusing, hehehehe.
  6. Shortlisted nama sudah ada, selamber je nak reveal dekat sini walaupun tak full. 
  7. Kalau girl baby Amani, kalau boy baby Adam. So korang rasa dalam perut ni Amani ke Adam?


Meh i share kegemukan yang 'terserlah' di samping pasangan pengantin yang comel dan kurus. Heeeeeeeeeeeeee.




With Love,

i n t a n o r a z a m




What a World Collection by Jill McDonald


Tak sabar! 

Inilah fabrik quilt pilihan i, comel tak? From What a World Collection by Jill McDonald. 
Agak-agak sesuai tak untuk both gender?

Petang nanti nak singgah kedai jahitan cari fiber. Yeayyyyy! Nanti fabrik dah sampai terus boleh jahit.

Dari kecik ajar baby suka map, sebab abahnya cakap ini early education. Nanti senang nak ikot jejak langkah abah terbang di awan biru. Tapi ibu tak suka baby jadi pilot, sebab ibu yang stress nanti sebab takde geng bersembang, hahaha. Lagipun biar lah variasi sikit kan, kerjaya lain-lain. 

Tapi kalau baby nak jadi architect okey jugak, boleh jadi geng ibu! Tetibe??????

Tapiiiiii, kalau girl jangan jadi stewardess ye, ibu nak baby jadi doktor! *jauhnya berangan* Lalalalala~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...