Followers

Wednesday, November 2, 2011

Review : 'Our' Room

As salam,

Sori sangat, terlupa nak review pasal bilik pengantin, sebenarnya terlupa nak review dan takde gambar yang nampak full view of the room, so macam malu la nak review.

Bilik ni, fully DIY by me, alhamdulillah it turns gorgeous. I takde set katil baru, sobsob. Malas nak membazir since my room memang dah ada katil kahwin my sister dulu, and it's black color! Korang tau tak katil besi yang kerawang belakang tu? Macam tu lah! Tapi disebabkan i nak bilik yang nampak lebih modern look, i pon belilah katil baru (bukan set, katil sahaja) yang boleh match dengan almari dan meja solek sediada, dan semestinyalah black color. Hurrrrmmmmm, black is just so NOT me! Tapi asalkan modern, layankan aje.

So apa yang i buat untuk mencantikkan bilik tu?

Ini adalah hiasan di kepala katil, i recycle balik bunga masa bertunang dulu. Jimat lagi disitu.

 Nak tengok dulu cemana rupanya?
sila KLIK.


Ini la black chandelier yang i beli dengan harga RM148, murah kan? Ramai yang cakap cantik.
Cik Puteri pon ada beli satu selepas dia baca entry INI.

Bedsheet recycle yang bertunang dulu juga, offwhite bedsheet from AKEMI.

Terpaksa curi gambar dari bff sebab takde gambar lain yang boleh nampak full camni, thanks Dill!
(ignore katil yang nampak hantaran bersepah + cutting matt atas katil)

Backdrop belakang guna kain cream jenis jersey gred A, RM2.80 semeter beli satu gulung kat Kamdar, 
Di gantung oleh i sendiri dan dibantu oleh emak, gigih kan? 
Nampak tak doily paper kat atas backdrop tu, saje je tempek kasi cantik sikit area situ.

Pastu i ada gantung satu cermin besar kat dinding yang kosong, supaya dapat efek bilik lebih luas. Bilik i sangat kecik tau, masuk 4-5 orang dah penuh, huhuhuhuh. 

Nampak tak ada pomander ball tu, lebihan daripada bunga hantaran. 
I gubah jadikan bentuk macam telur dan gantungkan.

Last but not lease, me and me beloved sister yang banyak membantu dari awal wedding preparation sehinggalah selepas majlis. A part of my 'orang kuat'.
  (kena letak gambar besar-besar dengan harapan si kakak akan sayang adik lebih)

Ada beberapa lagi 'orang kuat' terhebat tapi tak sempat nak ambil gambar dengan diorang, sad.

Tengok belakang tu, i pinjam lampu IKEA kat rumah sendiri untuk mencantikkan bilik, lighting sangat penting untuk menjadikan bilik nampak romantik dan mewah (ececeh ayat!)


Impian i untuk dapat bilik pengantin idaman hati 95% berjaya! Siapa setuju?

Oleh sekarang masa nak promote sikit, sesiapa yang berminat dan berkenan dengan gambar solemnization i tu, boleh la contact Molkhan dan grab this deal!

Juga boleh review disini:



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...