4 Hours.
Hantaran tercepat yang pernah dibuat setakat ini, boleh catat untuk rekod sendiri, haha.
CIK PUTERI a.k.a Put minta i untuk buatkan hantarannya untuk pihak lelaki, so semalam put meluangkan masa ke kuantan untuk bersama-sama dengan i membeli hiasan hantaran. At 1pm, she safely arrived at my little crib, alhamdulillah. Lepas zohor, kami pon keluar cari barang-barang untuk diy hantaran dan veil, dan ditemani KINA, sebagai peneman setia. Everything settled at 5pm, so hantar Kina balik dan straight away ke bazaar ramadhan untuk beli juadah berbuka.
Rezeki put, jiran-jiran pon ada memberi juadah berbuka, memang banyak rezeki kami semalam. So after breakfasting n solat, bersedia untuk menggubah! Yeay! Put plak dengan task menyiapkan bantal hantaran, heheheh. Ingatkan nak siapkan sikit je, tapi memandangkan Put datang jauh, i rasa nak settlekan semua sekali. Finished at 12am. She asked me to make 9 deco for hantaran, tapi i buat sampai 7 je, 2 lagi untuk coklat dan sirih junjung, i minta Put buat sendiri. Inilah hasilnya, sikit-sikit jela, nak full version, tunggu wedding CIK PUTERI September ni ya!
Okay tak combination color ni?