Asalammualaikum..
Lagi beberapa hari kita akan menjejakkan kaki ke tahun 2011. Ohhh saya sedih! Tiba-tiba je perasaan tu muncul dalam diri saya. Tak tahulah saya sedih sebab nak tinggalkan 2010 ke, atau sedih sebab nak masuk ke tahun baru.
Pada saya, 2010 memang tahun yang penuh emosi, pelbagai insiden berlaku dalam hidup saya samada gembira, sedih, kecewa, marah dan lain-lain. Yang pasti, ia kenangan bagi saya dan pastinya, terpahat dihati. Tempoh 25tahun saya bernafas didunia ini membuatkan saya sedar siapa diri saya, dan belajar menjadi orang yang lebih dewasa.
Sejujurnya, saya teragak-agak untuk menjejaki 2011, dimana saya pasti tahun yang mendatang ni PASTI lebih mencabar. Namun itulah hakikatnya hidup, mesti diteruskan. Dunia sebenar tidak seindah fairytales yang sentiasa indah dipenghujungnya, dan sebagai manusia, kita akan sentiasa diuji olehnya, bersyukurlah!!! Kerana itu tandanya Dia sentiasa memerhatikan kita. Insyaallah kita sentiasa dibawah lindungNya dan setiap dugaan yang mendatang itu adalah termampu bagi setiap hambaNya.
WISHLIST 2011:
Saya berharap kedatangan 2011 ini menjadikan saya seorang yang lebih kuat, mental & fizikal dan akan menjadi orang yang penyabar dan pemaaf.
Saya berharap saya dapat menunaikan tangungjawab sebagai anak dengan lebih baik berbanding sekarang dan tahun-tahun sebelumnya.
Saya berharap hidup saya akan lebih diberkati Allah dan mendapat petunjuknya ke atas sesuatu yang saya lakukan terutamanya perkara-perkara yang melibatkan diri sendiri, kerjaya dan ibu bapa.
Cukuplah tiga. Tidak perlu tamak!
Dan paling penting..
Saya berharap agar ‘apa yang saya harapkan’ akan tercapai tahun 2011 ini. Amin~