Followers

Saturday, May 28, 2011

Cara Pemakaian Inai Intan Norazam

Bila kahwin, biasanya pompuan mesti nak inai merah menyala, bukan terhitam atau oren pastu nak kemas dan cantik. Kalau boleh taknak yang comot. Pastu kadang-kadang ada yang pakai ‘silotape’ untuk makesure garisan inai tu lurus yang cantik. Macam-macam ragam kita boleh tengok. Betul tak? Siapa setuju?

Hehehe, sebab tu la orang kreatif yang tangan lembut boleh buat duit dengan inai.  Google je, mesti jumpa. Macam-macam blog buat bisnes pasal henna. Ada yang sanggup bayar beratus-ratus untuk dapat inai yang cantik dijari. Hehe, maklumlah kahwin kan sekali je seumur hidup, mestilah nak yang terbaik.

Straight to the point, masa tengah kemas-kemas barang,I ada jumpa inai mekah yang mak I beli masa umrah dulu kat dalam chest drawer. Inai ni jenis liquid yang letak dalam bekas macam colgate tu. Pastu rasa excited plak nak test kat jari I ni.. sebab aritu I ada fikirkan cara untuk pakai inai yang mudah, dan kemas.

I takdelah banyak sangat duit nak hire sesiapa untuk pakaikan I inai, heheh. Den x mampu! Lagipon I suka inai yang simple aje, takde kerawang-kerawang bagai. Tapi tak tahu lah nanti kalau emak request nak inai yang meriah, I akan buat la jugak kot (maybe).

Then I pon try an error la inai tu kat tangan dengan teknik yang I dah fikirkan aritu. Pakai setengah jam je, then terus basuh. Nak pakai pon senang, pakai sendiri pon boleh. Tapi nanti of course la nak orang yang pakaikan, ye tak? Hasilnya agak memuaskan la, inai yang merah menyala dan tak comot. Sangat suka! Warna pon sama pada kulit dan kuku. Jadi insyaAllah nanti I akan guna method yang sama untuk my wedding nanti. Weeeee! Meh I share sikit hasilnya (sorilah kuku i tak lawa - kuku cawan je)


Nanti boleh la I share dekat sini method ‘pemakaian inai cara intan norazam’. Hahaha.

Packaging things. Anyone wanna help me?

Penat rupanya pindah rumah ni. Selain kena pack semua barang dalam kotak, kenalah makesure rumah yang bakal ditinggalkan tu bersih, disapu dan dimop. Tak baik menyusahkan penyewa baru nanti kan? Lagipon masa masuk dulu rumah ni bersih bermop wangi. Takkan nak tinggalkan dengan sampah merata-rata. huihhhh sangatlah tak baik! Attitude tu kena buang jauh-jauh (dengar ye adik-adik)

I dah mula packing barang like a week ago, tak siap2 lagi. Now stage terakhir; melakukan kerja mengemas, menyapu dan mengemop rumah sejak pagi. Oh kaki dah rasa kejang, dari dapur ke living, rasanya 30x ulang alik. Takpelah sikit je lagi ni, bersabar! Dapur masih belum selesai, half done. Hope housemate akan sambung kerja mengemas. Masa ni la nak bekerjasama kan, huhuhuh.

Selepas kepenatan, malam ni nak hadiahkan diri sendiri tiket NurKasih TM, harap-harap bestlah!


*pssttttt: semalam i ade dinner, nanti i post new entry ya!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...