Followers

Monday, April 30, 2012

Fisher Price Portable Rocker for Baby


Instead of RM340-369 harga kedai, i dapat beli ni dengan harga RM190 sahaja. Siapa rasa murah sila angkat tangan? Hehehehehe. Kali ni i ade link, so sesiapa yang nak dapatkan produk yang sama dengan harga semurah ini, boleh la klik link di bawah ye.

Link: Ummi Nayli Collections

Kebetulan masa i beli tu ada ready stock, so apa lagi. Tak perlu la letak booking, lebih selamat kan. Self pickup and bayar. I minta tolong my best friend Puteri Raifana untuk ambilkan since dia memang balik KL everyweek.

Sempat hasut dia beli sekali. Then hasut Nana Farhana juga! Hahahaha, *gelak evil*

Dah beli almost past 2 weeks, baru semalam ambil dari Put. Balik rumah terus pasang and test, semua berfungsi dengan baik. Kotak pon brand new, loike! Puas hati, pack balik masuk kotak dan simpan atas almari. Tunggu baby lahir nanti baru pasang semula, hehe.

Rocker untuk Nana pon dah ada dengan i, ambilkan sekali dari Put. Kebetulan pula pagi-pagi tadi Nana dah SMS bagitahu yang air ketuban dia dah pecah, and on the way to hospital. Wish her all the best, baby and mummy dua-dua selamat. I plak yang berdebar-debar. Turn i empat bulan lagi, semoga semuanya dipermudahkan, insyaAllah!

Happy sangat dapat beli rocker ni untuk baby, sebab dah lama berkenan, sejak bujang lagi. Hehehehe.

5 months and still guessing the baby gender. Masih bersabar tunggu monthly checkup. Tak kisahlah boy or girl, asalkan baby sihat, sempurna dan membesar dengan baik dalam perut ibu. Ramai yang teka girl sebab tengok fizikal si ibu, takde lagi yang teka boy. I sendiri pon tak pasti, takde instinct lagi, so we will see!


Doakan kami baik-baik aje!


i n t a n o r a z a m



Friday, April 27, 2012

20 Weeks and counting

Masuk je 20 weeks, kaki dah mula kebas. Pantang duduk tergantung sikit, mula lah kebas semacam. Sakit pinggang? Belum lagi cuma kadang-kadang cramp semacam bila mengadap HB terlalu lama akibat bersila.
Overall, i dah berjaya menambah berat badan sebanyak 6.5kgs. Clap! Clap! 

Walaupun terasa badan makin berat, dagu makin berlapis, pipi makin tembam, tapi rasa selesa plak dengan perubahan ni. Sebab cakap dalam hati. ‘ Ibu gemuk sebab baby..’  Padahal mungkin semuanya lemak je sebenarnya, hohoho.

Dah lama minta dengan husband nak beli sandal baru. Tapi tak berkesempatan nak keluar berdua. Memandangkan husband masih busy dan tak dapat melayan kehendak I,  hari ni I shopping sorang-sorang. So dapat la beli sandal baru, menggantikan Bata comfit yang semakin tak comfort. Mula-mula nak terjah Scholl tapi designnya alahai tak berminat pula. Oldskol nya!

I pernah berangan nak beli Fitflop, tapi bila tengok harganya, telan liur kot! Rasa tak berbaloi pula walaupun dah nyaris-nyaris terbeli. Nafsu masih mampu dikawal. Fuhhhh fuhhhhh lega!
Inilah idaman hati I, cantik dan simple kan. Harga, tak berapa simple, jadi terpaksa reject.




Okey sambung cerita.

Jalan-jalan pergi mall usha sandal, terperasan 1 sandal new arrival, ada 4 color semuanya. Merah, hitam, kelabu, dan coklat. Ingatkan Fitflop tapi tak mungkin lah. Takkan la jual kat Parkson plak kan, hahahaha. Try sarung, selesa plak tu. Minta saiz 8, one size bigger than mine.  Dengan harapan dah besar la. Tup-tup muat-muat je. Aihhhh pelik ni.

‘kaki aku kembang ke?..’

Ikotkan hati nak beli saiz 8 je, tapi risau bila kaki bengkak nanti dah tak boleh pakai lagi. So minta saiz 9. Tak beza banyak dari 8 tu, so tetapkan hati, ambil saiz 9 walaupun terbesar sedikit. Senyum, blah! Puas hati. Inilah sandalnya, hampir sama kan? 




Murah dan berbaloi. Yeayyyy.

Layan jela, nak beli Fliplop fikir 20x tau, lagi bagus kalau beli barang baby. 
Yang diorang jual Fitflop tu mahal sangat kenapa? Hahaha.


p/s: Half way to go. Fuhhhhhhhhhhhhhhhhhh!

Please wish the best for both of us okay, love ya!
i n t a n o r a z a m




Friday, April 20, 2012

DIY: Barut for baby

Picture : white flannel for inside & polkadot pattern for outside

My mum yang suggest guna flannel sebelah dalam barut, baru la baby selesa. 
Kain kapas tu terasa gebu je, baby pon akan lebih selesa.


Design one.
Baru siap 5 helai je untuk malam ni, ini pon rajin nak buat sebab tengah tunggu material HB tak sampai-sampai. Jadi kerjakan dulu kain yang ada, hihihihik!

Baru try design satu, ada lagi dua design nak siapkan sebelum baby lahir.
Kalau ada extra tu ingat nak jual, ada sesiapa nak beli tak? Hehehehehe ~


Esok sambung buat HB semula, nanti dah ada free baru sambung buat barut balik!




With Love,
i n t a n o r a z a m


Wednesday, April 18, 2012

DIY-ing quilt for my baby!


Found this and i just love it!

Tak sabar nak DIY quilt for the baby! Hope he/she will like it, amin!

Guess mana satu pilihan ibu untuk baby? Semua comel-comel belaka, kalau duit banyak memang dah grab dah semua (lambatnya gaji!).

Siapa teka betul memang terror lah!

Sementara nak tunggu material sampai Malaysia, nak beli fiber dulu. Material sampai je terus boleh jahit yeay!!! Berkobar-kobar ni tau. Wish me luck ya!


Love,
i n t a n o r a z a m


p/s: material utk HB banyak dah habis, stock dapat weekend ni. So kepada April brides, bersabar ye!
InsyaAllah minggu depan siap semuanya dan selamat dipos. Amin!





Tuesday, April 10, 2012

Bukan nak mengaibkan sesiapa

Ya Allah, banyaknya dugaan sehari dua ni.

Entry ini bukanlah bertujuan untuk mengaibkan sesiapa, cuma untuk memberi pengajaran kepada mereka yang berkenaan; agar lebih menghormati hak orang lain khususnya.

Agak terpempam saya semalam apabila melihat HB buatan sendiri digunakan oleh pihak tertentu untuk mengaut keuntungan/membuat bisnes sendiri.

Tidak salah kalau mahu berbisnes, kerana saya sendiri ada berkongsi tutorial fabric HB tersebut di blog. Boleh refer entry INI. Tapi adalah lebih baik kalau beliau cuba membuat tutorial tersebut dan menjual hasil kerja beliau sendiri. Kan itu lebih bermakna daripada meng'upload' hasil kerja orang lain dan mengaku itu kepunyaan beliau? Hampir kesemua gambar yang diupload bukan dari hasil kerja beliau sendiri. Sebahagiannya daripada saya, dan sebahagian lagi daripada Filmshoartifact. Kalau lah pihak Filmshoartifact juga tahu tentang perkara ini bagaimana?

Sejujurnya, saya sedih. Perkara seperti ini memang selalu berlaku, bukan pada saya sahaja, malah pada orang lain juga. Tidak kah mereka merasa seperti mencuri? Bagaimana jika perkara ini berlaku kepada mereka sendiri, apakah tindakan terbaik yang akan dilakukan?

Ini adalah bukti-buktinya, hanya sebahagian sahaja kerana saya tidak dapat mengakses keseluruhan fb page tersebut.







So, saya rasa saya berhak mendapat hak saya semula. Jadi saya pon PM beliau.


Assalam NF,

Sorry menggangu, saya just nak tanya semua gambar yang awak upload tu gambar HB saya kan? Huhuhuhuh. 

Saya tak kisah if awak nak buat bisnes yang sama, cuma tak perlu lah upload gambar hasil kerja saya, kan LEBIH BAIK jika awak upload hasil kerja awak sendiri, hasil seni tangan masing-masing kan berbeza..mungkin hasilnya lebih cantik daripada saya..

Selain awak, ramai lagi yang buat fabric hand bouquet ni tapi diorang PM saya dan tanya boleh x nak buat buat bisnes yang sama, and i said yes! saya tak pernah nak halang if orang nak buat bisnes yang sama, cuma if kalau sampai upload hasil kerja saya, itu dah over the limit dear. 

Saya berharap awak boleh remove semua gambar cover photo, profile photo, dan semua gambar HB saya yang berkaitan. 

Kerjasama awak sangatlah dihargai.

Intan Norazam.



Surat cinta saya buat si 'DIA'.

Malas nak komen banyak-banyak, malas nak taip panjang-panjang. Cuma berharap semoga Allah menunjukkan beliau jalan yang benar. Amin!



Your truly,

i n t a n o r a z a m



Monday, April 2, 2012

Gobok Annur 1st Anniversary Giveaway!

Masa mula-mula like page Gobok Annur (GA) sebab ada jual barang-barang baby, boleh lah cuci mata kan. I plak memang suke online shopping, Jadi ringan je tangan ni nak like page GA ni.

Pastu tak perasan pula kak Haza Hassan (owner GA) ada PM kat Facebook pasal kewujudan giveaway ni. Bila tengok kawan-kawan blogger share pasal GA ni, terus rasa teringin nak join sama! 
Just nak memeriahkan! *first time join contest/giveaway*


Inilah banner nya


Bila dah join baru perasan ada PM, rupanya masuk ke 'other', bukan kat inbox. Selalu berlaku camni, inbox kat FB selalu full. Dah delete pon selalu je full, huhuhuh.

Harapan takde lah tinggi mana sebab i jarang bertuah, lucky draw pon tak pernah mengena. Tsk tsk T___T. Tapi i tetap berharap juga, mana tau baby yang bertuah, bukan ibu dia, heeeeeeeeeee.

And today, rupanya kak Haza Hassan dah umumkan pemenangnya, and and aaaaannndddd luckily...


I won!
(tak sangka betul)


Salam dr Gobok_annur
Giveaway dgn hadiah Bedung Moden :-)
Seorang mummy to be je yg telah dikenalpasti EDDnya sgt dekat di Gobok Annur.... Tahniah Intan Norazam Abdul Latif... 16 sept. Harijadi Annur hasanah! My beloved doter :-)


Yeay! Double yeay! Rupanya birthday anak kak Haza 16 Sept 2010, sama dengan EDD i. 
Sama hari dengan Hari Malaysia!


Inilah rupa bedung moden tersebut. Comel kan? Macam sarung nangka, pastu ada zip kat depan, senang nak masukkan baby dalam tu, hehehehe. Nampak kemas je, mesti baby rasa macam dalam rahim lagi bila pakai swaddle ni.

 
Thanks Kak Haza, Intan terima giveaway ini dengan hati gembira dan tangan terbuka. Alhamdulillah rezeki baby. 


Actually, ni hadiah kedua baby dapat. Yang pertama adalah swaddle juga, dari Bebemarmalade Swaddle Blanket (this deserve special entry also). Hehehehehe.

So, let say Alhamdulillah, alhamdulillahhhhhhh, alhamdulillahhhhhhhhh. Thanks to Allah!



Assalam,
i n t a n o r a z a m


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...