Followers

Saturday, January 22, 2011

DIY bantal empat segi untuk nikah part 2

Sambungan:

Untuk lebih dramatik, i buat bantal untuk both bride and groom.
Ececeeeehhh. i for intan, s for fiance, and ♥ ? for both of us lah. hihihik.
I gunakan kain pink poldakot untuk letter tu supaya menonjol sedikit.

Cute x?
Letter tu i lukis print pada kertas dan pinkan pada kain yang dah diletakkan dengan linen (pengeras). 
Kemudian gunting dan letak diatas helaian hadapan bantal. Sematkan sengan pin dan jahit. I menggunakan jahitan zip-zap dihujung kain. I tak jahit tepi pon saje nk biar huruf tu berbulu-bulu, efek la konon! Benang warna merah digunakan hahaha, sebab nak bagi menonjol jugak. haiiihhh entry ni banyak sangat perkataan menonjol! Bosan i!

Inilah perincian letter yang sudah dijahit. Nampak x bulu-bulu tu? Saja, nanti nk biar bulu-bulu tu banyak lagi,. Konon efek denim la. wink!

Hanya sarung  je siap dijahit. Abaikan I dan S tu, esoklah baru sambung. hehehe. 

Tetiba terfikir nanti bantal ni boleh dijadikan prop jugak, disebabkan kebetulan ada letter i and .
Contohnya: 
Aishah (bukan nama sebenar) pegang i, seseorang pegang , then hujung tunang/bf/suami aishah. 
Pastu pose comel then amek gambar. 
Sure cun habis! Alahai! Berangan lebih nampak~

LOVE INAL!

DIY bantal empat segi untuk nikah

Hai,
Ini my new DIY project! woooootttt wooottttt!!!

Sebenarnya benda simple je, nak letak kat blog pon malu sebab nanti orang gelakkan aje. hehe. Tapi takpelah sebab dah janji kan nk tunjuk, so here they are! My DIY bantal empat segi untuk nikah! Kononnya nak tiru Elyana buat bantal banyak-banyak. hehehe. Maafkan kualiti gambar daripada handphone sahaja. =)

Lets cut the story ya,. Apa yang kita perlukan adalah:


kain untuk sarung (pilih yang bertekstur dan keras sedikit)
zip 14" mengikut warna kain
benang mengikut warna kain
jarum peniti untuk semat pada kain (tapi i x guna pon)
les (tak tahu cemana nak eja, pon tak guna kot. saja beli)

Untuk permulaan, i gunakan kain yang paling tak lawa sekali, haha mane la tau tak jadi kan, rugi!
 Baiklah, pertama. Potong kain mengikut saiz yang anda inginkan. i gunting 18" x 18" 
untuk helaian pertama (empat segi sama). Ini untuk sebelah hadapan bantal.

Kedua, gunting hehaian kedua untuk sebelah belakang bantal berukuran 10"x 18". 
Yang ni kena 2 pieces ye, sebab nak jahit zip di tengah-tengah.

Beginilah kedudukan zip ketika menjahit nanti. Jangan tersilap okey! pastikan zip berada dalam kedudukan center ye.

Jahitlah mengikut kreativiti anda, asalkan tercantum keduanya dan zip boleh dibuka di tengah-tengah.

 I jahit satu bahagian kain terlebih menutupi zip supaya ia kelihatan kemas. 
kemudian cantumkan helaian pertama dan helaian kedua.

Tadaaaa! Inilah hasilnya. Simple bukan. Tapi untuk projek DIY i, tidak berakhir di situ. I jahitkan kelim sebanyak 2" di sekeling bantal untuk mendapatkan efek border. Sesetengah orang buat ruffle (ropol) tapi i suka simple dan moden. Kemudian i jahit zip-zap 1cm dibahagian luar jahitan tadi sebagai hiasan tambahan. Yang ni i gunakan benang merah untuk kelihatan bold dan menonjol.

 
Perincian seperti dibawah. cantik kan. simple dan moden.

Abaikan pelamin, i nak bantal2 tu je. cukup tak 20 bijik agaknye eh?

Total cost untuk 20 sarung bantal :-
kain RM24.90 ( beli masa sale di Kamdar)
benang dan zip RM12.20




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...