Followers

Wednesday, May 30, 2012

Alhamdulillah siap dan sudah dipos!

Alhamdulillah, gigih mak buyong menyiapkan semua HB ni dalam masa dua hari. 

Fuuuhhhhhhh! Kalau ikotkan hati, memang dah lama i cancelkan order ni, tapi kesian pula kepada B2B yang berharap tu. Semalam i berjaya pos satu, harini i pos lagi dua. Bila dah pos, beban kat bahu terbang menjauh, ringan je rasa. Itulah apa yang i rasa, harap-harap mereka yang terima tu puas hati la, menggelabah juga malam tadi bila button tu tak cukup. Selongkar-selongkar jumpa 2-3 button, so cukup-cukup sahaja.

Allah telah mempermudahkan semuanya, syukur!

HB Fatehah Elia

Pelik tak kenapa background lain? Terlupa nak snap kat rumah, so selamber je snap kat office. Match plak HB ni dengan wall office ni. I just love the color, first time matchkan color ni (hitam, hijau, oren dan kuning). 
HB yang ni la i pos semalam, dah upon delivery di Sungai Petani, alhamdulillah!


HB Asma Nabila


HB Suhaila Shamsudin

HB ni pulak macam kembar tak seiras. Lebih kurang sama tapi tak serupa. Seorang nak peach, seorang nak pink belacan. Gigih buat dua HB dalam satu malam sahaja. Tak pernah struggle sampai camni. Penangannya, sakit pinggang huhuhuhu. Nasib baik bangun tidur sakit dah hilang. Selamat dah pos tadi via nationwide, harap-harap esok sampai ke Kuala Terengganu dan KL.


Semoga semua B2B berpuas hati, maklumlah kerja last minit ni, huhuhuhuhu. Jumaat ni nak balik kampung, tak sabar nak jumpa my dad lagi.

Minggu ni sepatutnya check up 24weeks, tapi disebabkan kesibukan terlampau, jadi terlupa. Minggu depan jelah jumpa doktor dan inject ATT terus. Gap lima minggu, harap-harap berat tak naik melampau macam bulan lepas, 4kg tu, lalalala. 

Happy sebab beban HB untuk minggu ini dah selesai. So boleh berehat sehari dua sebelum mula buat HB yang berikutnya untuk minggu depan.

Till then, 
i n t a n o r a z a m




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...