As salam semua! Happy working yeh, Hehehe. Esok kan dah
jumaat, lepas tu cuti! Okeylah, kali ni nak story pasal baby cot.
Masa mula- mula beli baby cot dulu, Amani baru 6 bulan dalam
perut kot. Beli masa warehouse sale kat Puchong, RM381 termasuk tilam. So far
memang murah la compare dgn kedai kan, tapi dari segi berbaloi ke tak tu tak
pasti lagi since I sendiri pon tak pasti Amani akan tido cot ke tak. Kalau beli
murah, tapi Amani taknak tidur situ, apa gunanya kan?
Baby cot ni I hias cantik2, jahitkan quilt, memang
semangatlah orang kata. Maklumlah tak sabar nak tunggu kehadiran si kecik. Hehehe.
Boleh la tengok ENTRY ni ye. Memang semangat betul I menjahit. Rindu zaman suka
DIY dulu-dulu. Kalau sekarang, baru je nak usik mesin jahit, ada je si kenit
mengekor kat belakang. Huhuhu.
Bila Amani lahir, memang tak guna lagi lah baby cot tu sebab
tak berpantang kat rumah. Almost 2 months br balik rumah sendiri. Pastu since
Amani breastfeed dan bangun malam almost 3-4 times, hasrat nak tidokan dia kat
baby cot lagi la menjauh, sebab ibunya malas sangat nak bangun angkat dia, pstu
risau dia bangun plak kan, hehehehe. Maka berhimpitlah kami 3 beranak.
Husband, jauh di hujung katil. Tidur memang statik habis, kalau tak confirm boleh jatuh katil. Pity my husband, huhuhu.
Husband, jauh di hujung katil. Tidur memang statik habis, kalau tak confirm boleh jatuh katil. Pity my husband, huhuhu.
Selepas 2bulan rutin camtu, Amani pon dah makin tido lasak, I
think I must take an action. Either I tidur berdua dgn Amani atas katil husband
tido bawah (LOL), or kena ajar Amani tido cot. Which one is better? Hehehe.
So I pon pikir lah solutionnya. Kalau ikotkan susunan asal
katil I dan baby cot, mmg kena bangun la untuk bf Amani, and I don’t prefer
that. So nak buat cemana eh? Husband bagi cadangan untuk attachkan cot dgn
katil, kena bukak pagar sebelah. So Amani still macam 1 katil dengan I sebab
kami tido attach, dan sama level. I pon setuju. Masa mula-mula tu, berjaya dalam
3-4 jam je, sebab katil tu kat sebelah kiri. So kalau Amani nak bf kat sblh
kanan, siap bf I akan biarkan je dia kat belah kanan i. Maksudnya I tak angkat
dia balik lah kat cot dia. I sangat malas nak bangun hehehe (pada masa tu).
Bila Amani dah makin besar, tido lasak, I gagahkan diri utk bangun angkat dia
balik ke cot dia. So far dia okey je, tak terjaga pon. I plak dapat my own
space with husband. No more sempit-sempit-tido-statik.
Hehehe, So after all the ‘hard works’, now Amani sangat
selesa dengan cot dia. Banyak aktiviti I lakukan kat cot dia. Sebab nak bagi
serasi dengan dia kan. Siang pon tido cot, malam pon sama. Tengok tab pon atas
cot. Main pon kadang-kadang atas cot bila I nak bermalasan dan taknak lepak kat
luar. Cuma makan tak pernah lah. Hehehe.
I happy, husband happy, Amani pon happy!
Pertanyaan di awal-awal tadi, berbaloi tak beli cot? I can
say, worth every penny!! Yeayyyyy!
So untuk mom-to-be di luar sana, kalau plan nak beli babycot
untuk anak anda, pastikan guna ye. Kalau tak membazir je. Paling penting kena
train.
Macam Amani, dia memang di train tido cot, duduk dalam carseat, duduk
stroller, berbabywearing dgn ergo. Semua pon boleh! Nanti I buat entry pasal
carseat dan stroller/ergo ye!
Especially for you, readers! Till then! Love you all.
i n t a n o r a z a m
Especially for you, readers! Till then! Love you all.
i n t a n o r a z a m