Followers

Friday, January 21, 2011

NEXT DIY PROJECT

Bunga Telur

Masa balik kampung baru-baru ni, i curi 1 bunga telur yang mak i dah siapkan, cepat-cepat masuk dalam handbag. Mak dah pesan awal-awal jangan ambil bawak balik nanti macam tak suprise la tapi i insist jugak, Then berlakulah adegan curi mencuri bunga telur sendiri. hehehe. FYI, ini pon DIY project, tapi not mine, EMAK punya DIY~

Untuk B2B semua, inilah bunga telur i nanti! if nak yang real, jemput datang ke rumah ya, opppsss semasa wedding sahaja, sebelom tu tawaran tidak valid~

 


sangat suka! love the color combination as well!

insyaAllah kalau sempat i akan buat entry DIY bunga telur ya~

DIY 1: CORSAGE FLOWER

Seperti dijanjikan, it's time for DIY projectsssss!

Untuk permulaan, i beli dua jambak bunga sahaja bernilai RM3.90 each. hehe. Setiap jambak mempunyai 14 kuntum bunga. So total adalah 28 kuntum bunga. Mula-mula cadangannya i nak 2 kuntum bunga untuk setiap corsage, tapi nampak macam meriah sangat pulak bila pakai nanti, lebih-lebih pakai kat dada. Opsss bukan dada i,.tapi di dada bridesmaid n family! heheehehhehhe.


Seterusnya i tanggalkan bunga dan daun daripada batangnya. Setiap batang ada 2 bunga, 2 daun, 2 pucuk dan 2 putik bunga. Great! So adilkan, boleh buat 2 corsage. Takdela membazir atau tak cukup nanti..hehe~


Ini adalah untuk satu corsage ya!


Cantumkan ikot kreativiti anda, nak daun tu menonjol ke, senget ke, terpulang kepada anda. Macam i, just typical corsage seperti dalam gambar dibawah. Kemudian i ambik riben yang dah dililit dawai untuk hiasan dan bertujuan untuk mencantikkan lagi corsage supaya mengikut tema i iaitu pastel. FYI, i curik sikit daripada bunga telur i, mak yang buatkan riben tu. heheheh.


Cantumkan kedua-duanya. Taaa daaaa! dah siap. Hanya perlu lekatkan pin dibelakang corsage. I terlupa beli pin so that my DIY project terhenti di sini, sorry ya!

Lihat! Cantik tak? Senang je nak buat kan? Sambil tengok tv pon boleh ringankan tangan buat corsage ni ya. Yang penting pemilihan bunga kenalah cantik!
Selamat mencuba!


p/s: total budget corsage is under RM10 untuk 28pieces~ berjimat sehabis daya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...