Hai semua,
Tahun pertama berpuasa bersama suami. Ehem. Alhamdulillah
setakat ni masih mampu bangun menyediakan sahur setiap hari, walaupun
kadang-kadang menu simple sahaja. Nasib baik suami jenis tak memiilih. Horlick
panas pon dah cukup baginya. Berbuka pula, lauk kebanyakannya beli, tapi nasi
masak sendiri. I tak beli kat bazar pon, malas nak bersesak-sesak. Nasib la
depan ofis ni uitm, senang la ade la juga beberapa gerai yang boleh disinggah,
dan menu yang ada; memuaskan hati.
Being pregnant (33weeks) and fasting, takdelah berbeza
sangat dengan tahun-tahun sebelumnya. Rutin siang hari masih seperti biasa. Cuma
masalah berlaku selepas berbuka, memang terasa lah betapa beratnya perut ni. Nafas pon dah semakin pendek je. Tambahan pula
I ni jenis kuat minum air, 3-4 gelas air semasa berbuka tu perkara biasa. Bukan
masa pregnant je kuat minum air tau, hari-hari biasa pon sama, kehkeh. So bila
perut dah penuh dengan air dan makanan, and also baby; mengahnya hanya Tuhan
yang tahu. Mengaji pon semput-semput, ayat yang pendek pon tak dapat nak baca
senafas. Sobs.
Lepas solat confirm terbaring sambil mengurut perut. Oh
buruknya laku. Huhuhuhu. Sepanjang puasa ni, baru sekali je berterawih, memang
tak larat sebab I solat berdiri, nak solat duduk, I rasa lebih tak selesa sebab
terlalu lama duduk. (ada tak alasan camtu?). boleh sakit bontot kot. At least
kalau berdiri, bertukar2 posisi dan rasa macam aktif sedikit. Heeeeeeeee. So
selagi boleh, I ikhtiarkan solat berdiri, insyaAllah.
**********************
Tempahan HB masih ada beberapa yang perlu disiapkan.
Sepatutnya dah lama siap dah, tapi I asyik lengah-lengahkan. Ampun! Sebab bila
tengok tarikh wedding lambat lagi, I pon buat slow-slow. Nak siapkan dalam masa
sehari dua, memang tak larat dah. Lapan bulan pregnant kot, sesiapa yang boleh
seaktif dan secergas orang ‘normal’ I memang salute habis!
So kepada mereka-mereka yang menempah HB dan dah termasuk
dalam list, janganlah risau ye. Order dah memang ada, cuma maafkan kelewatan I ye.
Tak termampu nak ligat-ligat macam dulu. Huhuhuhu.
**********************
Lagi 3weeks+ baby nak fullterm. Nervous jugak. Mampu ke nak
jadi ibu ni? Kelengkapan baby dah hampir ada semua, alhamdulillah. Beg hospital
baby dah ready! Beg bersalin I plak, belum complete! Stoking ntah ke mana,
maternity pad ntah ke mana. Haihhhhh. Kena siap kemaskan dalam minggu inu juga.
Itu mesti!
I dah mula rasa kepala baby dah ke bawah. Lepas kencing
mesti rasa perit je. Progress baby, dah takde single kick, tapi berombak-ombak
perut. Subhanallah! Sekarang ni I tak panggil baby kicking, tapi I rasa lebih
pada baby movement. Baby berpusing sikit pon dah terasa. Sakit dan nyilunya,
Allah jelah yang tahu. Masa berbuka paling aktif sebab dapat makan kot. Video
perut berombak memang banyak tapi takkanlah nak post kat sini plak kn, hehehe.
Vaginal discharge? Yes dah ada. Risau juga, ramai yang
suggest jumpa gynae sebab takut air ketuban leaking. Huhuhu. I akan jumpa gynae
arini, so nanti I akan update ye. Doakan both mummy and baby sihat ye.
Lain-lain tanda, Bracton hicks? Heartburn? Belum ada
alhamdulillah!
**********************
Nak share bedsheet yang I DIY hujung minggu lepas. Kesian plak
baby tilam tanpa cadar. Guna kain lebihan yang ada kat rumah je. Asalkan masuk
tema, jadilah! Jimat aje. Sorry ye baby ibu tak belikan bedding set cantik-cantik untuk baby. Huhuhuhu.
Love,
i n t a n o r a z a m