Followers

Showing posts with label Abu. Show all posts
Showing posts with label Abu. Show all posts

Monday, March 28, 2011

Contest Gambar Pets Paling Comel

Cik Tqah dah tag, so why not i join this contest? hehe.

Contest Gambar Pets Paling Comel by Cik Syazwani


So i nak letak gambar ni, bukan sebab gambar ni cute, tapi sebab i snap gambar ni beberapa hari selepas i adopt Abu daripada tuan asalnya, berumur 3 bulan and so skinny. Hu hu. 
Tapi sekarang dah gebu dah macam namanya si Abu.


Jantina: Betina
Jenis: Kucing Kampung
Tabiat: Suka gigit
Nama: Abu
  1. Wajib seorang blogger
  2. Wajib untuk follow blog wani ye... tak rugi pun follow. Kalau follow , boleh tahu results contest ni nanti :)
  3. Contest ini berdasarkan gambar pets sahaja. tak kisah lah gambar anda bersama pets ke , atau gambar pets anda je yang posing. :) Masukkan hanya 1 gambar sahaja ye... ikut kreativiti pets anda berposing :)
  4. Taip mengenai pets anda seperti : Jantina , jenis haiwan , tabiat , nama pets tersebut.
  5. Wajib letak banner contest ini di entri atau sidebar anda (tak kisah celah mana nak letak) . ambil code banner di atas tu ye...
  6. Tajuk entri post anda - Contest Gambar Pets Paling Comel .
  7. TAG kan kepada 3 orang rakan blogger anda ( beritahu melalui shoutbox @ comment entri mereka ) 

TARIKH TUTUP:
31 MAC 2011

i nak tag semua orang yang ada pet, hehe. sila lah share gambar kesayangan korang tu ye.

Sunday, February 20, 2011

Esok nak menggedik lah!

"Bosanlah rantai lama, dah buruk. Nak rantai baru pleaseeeeeee! tapi.. nape tak wane pink? "
Tuan saya yang baik hati dah jahitkan rantai baru, siap ada nama and 'love'. Esok boleh la menggedik dengan kawan-kawan. Limited edition ni, hand-made pulak tu. Jangan jeles okey! 

Last but not lease, ada 1 gambar lagi. Enjoy!


Wednesday, February 2, 2011

Susah tak nak bela kucing kalau duduk dengan kawan-kawan?

JAWAPAN SAYA:

Tak susah, asalkan housemate pon suka kucing. Kalau housemate dah terang-terang bagitau or buat mimik muke ‘oh bencinya i hate pet!’, takyah la bela senang, nanti kesayangan anda kena dera plak. Kene sepak ke, apa ke, risau plak kan. Alhamdulillah housemate saya semua okey. Selamat abu! Yes my kesayangan nama abu tapi it’s girl! Hihik, why abu? Sebab dia solid grey. I malas nak bagi nama moden2 nanti susah nak sebut. Biarlah catchy dan senang diingati.

Fyi, abu ni background die sangat complicated sampai i rasa nak cite kat sini pon malas. Panjang sangat nanti boring. Tapi i sayang sangat abu, pergi mana-mana pon mesti bawak. Kereta dan abu memang sinonim. Kalau i dah masuk kereta and start engine, dia sibuk-sibuk nak masuk jugak. Hari tu abu pernah hilang sekali, nangis i! Rupenya dia pergi berjalan2 sekitar taman, tak hilang pon. Tengah2 malam i keluar cari abu, then bile jumpa, bukak je pintu kereta terus dia lompat masuk, hehehe. Agaknya dia pon sesat kot sebab masa tu kecik lagi.

I adopt abu since dia berumur 2 bulan setengah. Kecik amat masa tu. Berat pon baru 600g. Dengan comot, telinga kemek, kurus kering, orang pandang pon tak selera. Tapi ntah lah, i rasa chemistry memang dengan abu kot. I jaga dia elok2, mandikan, bawak pegi veterinar, bagi makan ubat, berat badan mencacak2 naik jadi 2.3kg dlm 3 bulan. Yeayyyy! Till now abu dah 10 bulan. Dah remaja dah. Comel? Sama je tapi telinga kemek dia tu yg unik dan menarik perhatian. Hehehe.

Alhamdullillah, abu tak pernah buat perangai, berak merata? Pancut sana sini? Memang tak pernah. Harap-harap lepas ni pon tak. Senang je nak jaga kucing ni, tapi ingat, bukan jaga makan minum je, hati dan perasaan dia pon kena jaga. Maklumlah benda hidup kan. Abu pon tak cerewet, makan je apa2 pon. Senang cakap apa yang i dan housemate makan abu mesti makan, kami memang tak pernah nak sisihkan abu. Kalau tengok tv, abu mesti ada sekali, kalau malam dia senyap je, mesti salah seorang akan cakap ‘mana abu eh?’ or ‘abu keluar ke?’. Sebab tu dia kesayangan! Pantang dia takda, mesti cari.

Sekarang dia dah remaja, hehe. Cute tetap cute. Dah pandai cari pakwe sampai kami kenal ‘pakwe-pakwe’ abu. Ada yang belang-belang, ada yang oren bulu kembang, ada yang hitam, dan ada jugak kucing terbiar ikan oren ekor kontot (paling tak berkenan yang ni). Siap main pilih2 menantu lagi kami ni, ececehhh! Tadi pakwe paling macho adalah yang belang-belang tu, siap tunggu tepi bilik i! Hishhhhh!

Tak kisah la abu nak pilih pakwe mana, asalkan abu tetap berperangai macam dulu. Tetap sambut i balik petang-petang. Tetap tido hujung kaki i, tetap cari i kalau nak makan. Itu dah cukup buat i puas hati. I sayang abu sangat-sangat. Harap anak dia nanti akan ikot perangai baik emak dia. Pembersih!

Perkara-perkara yang perlu tahu untuk jaga kucing/pet:

  • Makanan mesti cukup: i suka tukar2 makanan abu, taknak bagi dia boring. Kadang-kadang i bagi ikan rebus gaul dengan nasi n kicap, ini favourite dia!
  • Pasir kucing: wajib ada!! Pilih yang nyah bau so that takda lah berbau satu rumah taik dia. For now i sangat puas hati dengan i product ni, beli kat giant, 5kg baru rm12. Tahan untuk 2bulan.
  • Tempat tidur: mesti ada jugak walaupon abu suka tidur bersepah.
  • Air minuman: dulu abu suka air letak dalam mangkuk tapi sekarang kalau nak minum air dia masuk toilet je.
  • Visit veterinar: setiap 3 bulan-4bulan untuk makan ubat cacing dll.
  • Mandikan 2mgu sekali, kadang-kadang 3 minggu sekali
  • Manjakan dan selalu cium dia. Kucing ni pon macam manusia juga perlu dibelai dan disayangi.
  • Banyakkan bercakap dengan kucing, insyaallah dia akan faham dengan apa yang kita cakap.

IBU MENGANDUNG

Banyak betul entry i arini. Tapi tak kira, nak bagitau jugak!!

Kesayangan i ni dah pregnant 'kot'! Tengok kegedikan si dia, posing jeling mengalahkan i, hishhhh!
I rasa dia dah pregnant, sebab:

1. nafsu makan bertambah-tambah
2. suka bermanja
3. kuat tidur berbanding dulu
4. perut buncit n semakin berat
5. pantang i usik perut, mesti mau gigit! (main kasar eh)

p/s: i taknak sebut bunting sebab i taknak anggap dia macam haiwan, sebab dia kesayangan!

Wednesday, January 19, 2011

Thursday, January 13, 2011

Sebab Apa Saya Sayang Awak?

Sebab awak sentiasa dengan saya!
Even saya tengah bekerja, tengah facebooking, or tengah update blog.
Awak tetap nak muka saya mengadap awak, jadi awak duduk depan saya.
Awak tak kesah tertidur atas meja, awak redha je.
Bila saya ignore awak, mulalah awak datang dekat, usik-usik saya.
Kadang-kadang saya tolak awak ke tepi, awak tak kecik hati pon.
Awak datang balik dekat-dekat dengan saya.
Awak, saya sayang awak!





Sunday, January 9, 2011

My Sweet Little Kelabu



Bila sejuk, inilah jadinya. Berduaan berhibernasi. Ni belom kes berkongsi selimut lagi, haru.
I heart you Abu.

Monday, December 27, 2010

kalau ye pon kesayangan tak perlulah DIVA sangat!

Gotcha! Abaikan cadar tak tegang dan bantal busuk bunga-bunga. Favourite i dan abu tu, bau bachin bantal tu la yang memaksa-maksa i tido 10jam setiap hari. En silap, setiap hujung minggu (coverlah sikit). Kalau ye pon kesayangan tak perlulah DIVA sangat haiiihhh!

Tengok! siap buat muka tak bersalah. Takpe-takpe siap la kena gomol jap lagi. ha ha ha. Rantai abu adalah hand-made. Comelkan, i yang buat tu. Puji diri sendiri.

Sila spot bahan bacaan sebelum tido, Wanita Yang Membawa Ke Syurga. Ececeh!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...