Followers

Saturday, May 28, 2011

Cara Pemakaian Inai Intan Norazam

Bila kahwin, biasanya pompuan mesti nak inai merah menyala, bukan terhitam atau oren pastu nak kemas dan cantik. Kalau boleh taknak yang comot. Pastu kadang-kadang ada yang pakai ‘silotape’ untuk makesure garisan inai tu lurus yang cantik. Macam-macam ragam kita boleh tengok. Betul tak? Siapa setuju?

Hehehe, sebab tu la orang kreatif yang tangan lembut boleh buat duit dengan inai.  Google je, mesti jumpa. Macam-macam blog buat bisnes pasal henna. Ada yang sanggup bayar beratus-ratus untuk dapat inai yang cantik dijari. Hehe, maklumlah kahwin kan sekali je seumur hidup, mestilah nak yang terbaik.

Straight to the point, masa tengah kemas-kemas barang,I ada jumpa inai mekah yang mak I beli masa umrah dulu kat dalam chest drawer. Inai ni jenis liquid yang letak dalam bekas macam colgate tu. Pastu rasa excited plak nak test kat jari I ni.. sebab aritu I ada fikirkan cara untuk pakai inai yang mudah, dan kemas.

I takdelah banyak sangat duit nak hire sesiapa untuk pakaikan I inai, heheh. Den x mampu! Lagipon I suka inai yang simple aje, takde kerawang-kerawang bagai. Tapi tak tahu lah nanti kalau emak request nak inai yang meriah, I akan buat la jugak kot (maybe).

Then I pon try an error la inai tu kat tangan dengan teknik yang I dah fikirkan aritu. Pakai setengah jam je, then terus basuh. Nak pakai pon senang, pakai sendiri pon boleh. Tapi nanti of course la nak orang yang pakaikan, ye tak? Hasilnya agak memuaskan la, inai yang merah menyala dan tak comot. Sangat suka! Warna pon sama pada kulit dan kuku. Jadi insyaAllah nanti I akan guna method yang sama untuk my wedding nanti. Weeeee! Meh I share sikit hasilnya (sorilah kuku i tak lawa - kuku cawan je)


Nanti boleh la I share dekat sini method ‘pemakaian inai cara intan norazam’. Hahaha.

17 comments:

tqahmisdar said...

suka2.. merah je.. =)

isma said...

suka inai warna macam kehitaman sikit.eh nanti share la macam mana jd kemas camtu.slalu i pakai soletip.haha

choclairissa@intan marliana said...

nampak kemas...nnt intan share k :)

Mun said...

share tau..share tau..

Anonymous said...

Intan, sgt lawa okeh! Kite pn suke inai merah, tknk oren or hitam.
Sgtsgt lawa. Inai tu ade dkt mekah jeke. Tk jual kt sini ke. Pkai brand ape tu?

- Amalin

Unknown said...

Merah secukup rasa!!i loike!!!naak tips!!!:) thanks in advanced!

fana said...

cantik! time saya dulu.. gune inai daun.. malam tu mak tlg pakai kn.. n utk nmpak kemas saya gune selotep..

Anonymous said...

suka merah macam ni, tak hitam sgt & tak pudar sgt..

{ Miss Syahira } said...

assalamualaikum intan,

inai mekah best kan? saya pun suka. ouh, pakai 1/2 jam je eh? saya selalu pakai sejam. lepas dua hari saya pakai lagi. so , merah dia akan jadi lebih cantik. tak la bertukar jadi orange at the end of the day. sebelum ni saya suka pakai, ni dah nak bertunang tak nak la pakai. tunggu sampai nak majlis baru pakai lagi. hi3x

adventure mama said...

hehe..kemasnye pakai inai...i loike..

i pun teringin nnt kawen nak pki inak kerawang2 sampi siku...hehe..tapi nak upah orang mhl kan...igt nak suh kakak i je wat...

i folo u k dear...:P

LisaLisut said...

hi intan! ok kemas dan lawa.merah.cantik! share the tips.mana nk dpt inai tu..huhuhu.i suka basic je..tak yah ukir2 ;p

ctmah said...

wah..cantek n kemas la dear..rasa cuak la..khamis ni nk pakai inai..hopefully x comot..huhu

OmmaHussein said...

sangat kemas..nanti share tau cara pakai..hehe..xsabar nk tgk.. =)

StrewberiManis said...

dear, ape tipsnya?
meh la kongsi :)
macam elok je, xcomot :D

oshinz said...

jenama ape sis inai tu? ehehehe. share la.

Princess Hippiey said...

saje nk try tp mmg ok lah pakai...

Anonymous said...

salam intan...

blh share cara pemakaian inai and guna inai apa ek?daun inai yg ditumbuk or campur with serbuk.

haidahhaiber@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...