Followers

Wednesday, May 14, 2014

Selamat Hari Ibu

Happy mother’s day to me? 

Huhuhu, takde celebration apa-apa pon. Husband outstation di Penang, dah dua minggu dah. So I just ignore jelah sebab takde orang nak celebrate kita pun kan. Huhuhu, no big deal pon sebenarnya.  

To be honest, I sendiri tak tertunggu-tunggu wish dari suami, agaknya busy menguruskan Aisha Amani sorang-sorang, so terlupa. Penat sangat badan ni, bila buat semua tak boleh bergilir-gilir. (Husband, please be home sooonnnnn). Bila Amani dah tidur, mula lah mata ni pon mengantuk, akhirnya tertidur sama. Begitulah rutin I kalau suami tiada. Penat tu memang double lah.

 My mum ada temankan I sekarang, tapi dia pon dah tua, dah 68 tahun. so setakat teman berbual, main dengan amani sikit-sikit tu boleh la. Takleh harapkan semua pada dia. Kang tak pasal-pasal dia pulak sakit. Huhuhu. tak pasal-pasal kakak-kakak I bising plak nanti. Hehehe, tettttt!

Tapi dikala takde orang celebrate kita, apa salahnya kalau kita celebrate orang lain kan?

As I said, my mum ada di rumah I selama dua minggu ni temankan i, so sempena hari ibu ni, I ambil kesempatan hadiahkan sesuatu kepada beliau. Apa hadiahnya, secretlah.

Ada orang cakap, sambut hari ibu ni haram la, apa la. Tapi for me, it’s good. Takyah cakap pasal orang lain la, I cakap pasal diri I sendiri je. Kadang-kadang kan, kekangan kerja, kekangan sibuk dengan family, I terlupa nak appreciate mak I sendiri. Balik kampung tu selalu lah, tapi nak hadiahkan beliau sesuatu yang istimewa, kadang-kadang terlupa or terlepas pandang. Nak tunggu birthday beliau, pon kadang-kadang terlupa. Maklumlah duduk jauh, maka memang selalu termiss detik-detik tu.

So kalau ada yang berpendapat sambut hari ibu tu haram, korang create la 1 hari yang korang sendiri pilih tarikhnya, untuk sambut ‘hari ibu saya seorang’ bersama mak masing-masing. Gitu. Macam I pon, tak tunggu 11 may pon untuk bagi hadiah kat mak, Jumaat lepas (9 may) aritu, I dah celebrate hari ibu, kebetulan beli hadiah hari tu. So terus bagi la. I ni jenis tak mengabar. Hahahaha.

Bagi I kan, bila I sendiri dah jadi ibu kepada seseorang, I lebih menghargai mak I sepenuhnya. Bukanlah bermaksud dulu tak appreciate, tapi kadang-kadang I ter’ambil mudah’. Bila kita sendiri bersusah payah membesarkan anak, memang sering kali terdetik dalam diri, begini lah mak aku dulu membesarkan aku. So dengan cara tu kita akan lebih banyak bersabar melayan karenah anak, dan boleh create banyak aura-aura positif dalam diri, yang mana dulu tak pernah ada pon sebelum bergelar ibu ni. Trust me!

So selamat hari ibu bagi semua ibu-ibu yang hebat di dunia ini. Be strong and be good! We are supermom!


Random

Pity u blog! Selalu sangat tenggelam timbul. Mood nak menulis memang dah hampir hilang, habuk pon dah setebal 3inci. Hohoho.

First of all, Assalammualaikum semua! It’s May already!

Apa eh nak cerita, update tentang diri sendiri ye. Urmmmmmm, entahnya. So far so good. Badan makin gemuk, sekian! Tapi kalau ada sebab takpe kot kan?

Bab kerja pon okeylah, not too busy, not too free. Gitu! Pergi ontime, balik pon ontime. No more stay back, no more meeting on weekend. Alhamdulillah. Sejak ada anak ni, memang tak kejar sangat kerja-kerja ni, bekerja untuk dapat gaji bayar bil komitmen segala, ada lebihan untuk shopping, untuk kepuasan bekerja, biasa-biasa je. No more addicted rasa nak design itu ini. Cemane nak dapatkan Ar. Ni intan oi? Sorry lah, mood nak dapatkan registered architect tu dah ke laut. Hohoho. Family comes first. Especially Aisha Amani, dirimu diutamakan, kihkih. Sorry boss!

Bab rumah selepas banjir? Pon dah okey. Dah mula deco-deco. Dah lupakan dah pon banjir tu, back on track hehe. Bab pasal rumah ni, alhamdulillah tahun ni tambah lagi satu asset. Tapi kali ni atas nama suami pula. InsyaAllah kalau takde apa-apa aral, tahun depan pindah rumah lagi. Masih di Kuantan, cuma lokasi je berbeza. Rumah baru ni di Bandar Putra, Tanjung Lumpur. 2min away to main town. Dekat ya amat. Nak makan2 seafood pon area situ jugak. Bestnyaaaa!


Ni la deco-deco rumah selepas banjir, cantik tak? Sofa tu tak kena banjir ye, nasib baik sofa tu sampai selepas banjir. Hehehe.

***************************************

Apa lagi eh nak update? Actually ada la satu announcement ni nak bagitahu, tapi tunggu la next entry ye. Kang I takde idea pulak nak update blog. Tak gitu? 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...