Followers

Wednesday, September 14, 2011

Adriani Vs Me

I selalu berangan nak wedding camni. Kebetulan theme color mcm ada iras-iras dengan wedding theme saya. So bila tengok gambar si gorgeous Adriani ni, boleh tersenyum sendiri berangan konon-konon I la yang tersenyum cantik dalam gambar tu. 

"Color theme untuk bride n bridesmaid sama lah Adriani, tapi baju u lagi meletop! I like like like"



Hakikatnya, wedding I takdelah secantik ini, nak buat kat hotel, nan ado! Duit tak cukup. Baru plan nak buat kat Mercu View Resort pon dah kena bangkang dengan emak, katanya I anak bongsu, better buat kat kampung, biar saudara mara, jiran tetangga senang nak datang, tak sesat. 

Walaupun jauh di ceruk, panas bontot jugaklah baru sampai, hahahaha. Jadi I redha, buat kat kampung kan lebih meriah, ada rewang, masak sendiri. So, i’ve to accept it, buat apa nak meroyan lebih-lebih. Asalkan dapat kawen pon cukup lah!

But, I am still considering few things, biarlah I puas hati, tak dapat 100% impian I, dapat 20% pon cukup lah! And kadang-kadang idea I susah orang nak faham, kena bertekak bertegang leher baru diorang terima. Nak belikan anak-anak saudara baju cotton polkadot warna-warni pon kena tunjuk contoh previous real wedding dulu pada family baru approve. Baju mak dan kakak-kakak kena glamor (highlight disitu), kasi berseri-seri je diorang nanti.

Tapi Alhamdulillah, everything turns well.

Nikah:
Bride: Pearl color/cream
Bridesmaid:Soft Green
Family: Green

Bersanding
Bride: Peach dress Empire Cut Cutting
Bridesmaid: Yellow corn Dress
Sibling n mum: Dusty Pink Lace & peach satin.
Nieces: Cotton Polka dot (peach, purple, turquoise, green, brown, and yellow)
Family: Red

Untuk bertandang, my family decide nak pakai torquise. I plak tak tau lagi wedding dress nya cemana sebab belum siap, fitting pon belum lagi. Since bertandang will be 2 weeks after, I macam releks je dulu. Hehehehe. Settlekan satu-satu.

Alamak entry dah over panjang, so I nak hidangkan baju bersanding yang dah siap beadings, konon nak buat 3D flower, tapi tak sempat dah. Apa yang ada jelah, redha!!! 17 days to go, takyah teaser dah. Hehehehe.

kualiti kamera telefon

TAILOR: UJI's COLLECTION
BEADINGS: DIY by me, wink~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...