Followers

Sunday, October 30, 2011

30 October: Update

Asalammualaikum WBT,

Sejak sebulan yang lalu, blog saya hanya dipenuhi dengan gambar kahwin yang sangat banyak sehingga mampu membosankan orang yang membaca. Maafkan saya okay! Saya masih lagi obsess dengan perkahwinan sendiri. Oh yes!

Sudah hampir sebulan saya menjadi isteri kepada suami tersayang. Kehidupan selepas kahwin sangat membahagiakan walaupun kadang-kadang saya ter’malas’ membasuh baju, ter’lupa’ membuat air, ter’mengelak’ membasuh pinggan. InsyaAllah saya akan belajar untuk menjadi isteri 
yang lebih baik setiap hari.

Kesimpulannya, kehidupan selepas kahwin adalah AWESOME!

Kepada semua b2b yang ‘sangat banyak’ bertanya pasal handbouquet, untuk sekian kalinya dan dengan rasa rendah diri, saya nak announce tempahan untuk 2011 telah DITUTUP, sobsob. Tempahan dah terlalu banyak dan di luar kemampuan.. Saya taknak memjadi tamak, ambil tempahan terlalu banyak dan hasilnya tidak memuaskan hati. Yang mana saya tolak, jangan berkecil hati. 

InsyaAllah akan buka balik suatu hari nanti. InsyaAllah!

Kepada email yang belum berbalas, insyaAllah saya akan baca, maafkan kelewatan; saya hanya manusia biasa.

Saya doakan hari anda baik-baik ajer dan sentiasa bahagia! Amin!

Last but not lease, jom layan teratak baru kami. Our home sweet home. Barang rumah dah hampir complete, bilik tetamu pon dah ada, weeeeeeee~

Kalau perasan banyak barang yang recycle daripada my wedding haritu, guna balik kan lebih jimat. Hehehe.

TV kotak aje, belum mampu tukar LCD, insyaAllah one day

dulang hantaran yang berubah menjadi wall decoration

bunga orkid di pelamin nikah

bunga meja beradap

Ni cat asal rumah, tak sempat nak tukar cat lg. Asalkan nampak kemas, okeylah for now. Malas nak membazir. 

So dah nampak rumah saya, jemput la datang ke rumah. Dah berhias baru la tak malu la jemput kawan-kawan datang, hihihihik.

Sincerely,
Your Truly Intanorazam




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...