Alhamdulillah,.
Selepas 5 months 2 weeks, jelas kelihatan akhirnya. I sangat berharap agar gender baby semasa scan dan lahir adalah sama. Kalau tak nanti baby kena pakai baju ruffle-ruffle la ye. Yang penting baby sihat dan sempurna, boy atau girl tak kisah. Allah menentukan yang terbaik untuk kami berdua, insyaAllah.
FYI, as expected, memang semua orang teka baby dalam belly i ni girl. Teheeeee.
Orang pertama yang teka adalah jiran sebelah rumah. Boleh? Hahahaha, Cik Dah cakap pokok bunga yang i tanam semuanya mekar berbunga. Agaknya yang dalam perut ni pon bunga juga kot? Macam tu la ayatnya. Masa tu i baru balik kerja, tengah siram bunga, tersenyum jela. Tak sembang banyak pon sebab tengah penat, hehehe. I pon perasan gak pokok bunga semuanya berbunga since i mula pregnant, sampailah sekarang. Tapi takde la nak kaitkan dengan baby sebab masa dia tegur tu terlalu awal lg, masa i pregnant 2 bulan kot. Perut pon takde lagi masa tu.
Nak bukti? Nanti i ambil gambar okey.
Kawan-kawan i pon cakap perkara yang sama, diorang cakap i nampak lebih ayu dan berseri, maybe sebab gen X-Y antara ibu dan baby menambahkan ke'perempuan'an i. I bukan dari background sains, so i just iyakan aje. Tapi i rasa i sangat selekeh masa pregnant, hidung i dah membengkak (genetik family kalau pregnant hidung besar). Plus jerawat-jerawat banyak tumbuh didahi, huhuhu. Tapi memang la kalau kita hadap muka sendiri hari-hari tak nampak perbezaannya kan? Yang i perasan, i dah gemuk dan bontot membesar dengan jayanya.
Family plak teka bila tengok perut i tak lonjong ke depan, lebih membulat ke tepi. Pinggang dah hilang dah, uhuks. Plus i takde morning sickness, ramai yang cakap memang baby girl. InsyaAllah, baby i akan menjadi cucu sulung family husband. Jadi, haruslah menjadi kesayangan. Kebetulan husband enam beradik yang semuanya lelaki, jadi i berharap dengan adanya baby girl ni, akan memeriahkan dan mengeratkan lagi family kami, amin!
I sendiri pulak, memang instinct kuat mengatakan girl sebab everytime nak beli barang, mesti nak grab jugak satu dua benda girlish. Siap berani ambil risiko if my baby if a boy, selamber je nak guna barang-barang girlish yang i beli tu. Nasib baik husband jenis tak kisah, siap cakap kalau babyboy pon apa salahnya pakai pink kan? Baby tak memilih tau, parents yang lebih-lebih sebenarnya. Betul jugak kan? Kecuali la if budak dah besar 3-4 tahun, tak boleh la kot. Nanti jadi lembut, siapa yang salah?
Dari segi nama pula, senang je i nak cari nama baby girl, nak cari nama boy? Susahhhhnyaaaaaa. Semuanya tak berkenan.
InsyaAllah kalau baby yang lahir nanti girl, Namanya akan begini, S_____ Amani. Samada nak letak Nur atau tak kat depan, bergantung kepada abahnya. I dua-dua pon boleh, 2 perkataan pon dah cantik, tak perlu panjang kot.
Ada sesiapa nak suggest tak S_______ word tu apa? boleh la komen kat bawah. Yang penting haruslah mempunyai maksud yang baik dan terpuji.
Till then,
I love you,
i n t a n o r a z am