kenapa aku terlalu beremosi bila bercakap tentang emak? hehe, sebab emak tak pernah mengatakan tidak atas semua permintaan aku. yang terbaru aku menginginkan gelang baru kerana yang lama dah kemek-kemek. biasalah ganas dan agak aktif. haha. lagipon gelang tue dah menjadi milik aku selama 7 tahun. (alasan dah lama, padahal aku yang lasak). bila aku baru ingin menyusulkan yang lama itu dibaiki, emak terus mengatakan beli ajelah yang baru. yang lama jangan dijual. biarkan aje begitu. jadikan pusaka. nanti bila aku ada anak, pakaikan di kakinya.
baik! adik menurut perintah. harap bila aku ada anak nanti, terpandangkan gelang tersebut akan mengingatkan aku pada emak. yang pastinya waktu itu aku akan memberontak untuk balik ke kampung untuk memeluknya. kuatnya kasih emak, tidak boleh disangkal. sebelum aku balik, emak menghulurkan sejumlah wang. besar nilai nya. lebih besar dari sebulan gajiku. emak cakap belilah yang mana aku suka. itu lagi satu kelebihan emak. tidak pernah mengarah. hanya menurut kemahuan aku dan tidak pernah memilih. biarlah aku dengan keputusan dan pilihan aku. adik sayang emak!
akhirnya, pilihanku seutas rantai tangan emas bergantung-gantung love, and gelang kaki. dan aku belikan emak sepasang subang. itu ikhlas. dari aku pula untuk emak. terima kasih emak. hanya itu yang mampu adik beli untuk sekarang. semoga emak suka.
sila compare yang lama dan yang baru. yang lama berusia 7tahun sudah. hadiah untuk anakku kelak. dari wan tersayang.