Followers

Friday, December 9, 2011

49 Komen

Bila buat entry kontroversi macam ni, selalunya memang dapat perhatian ramai, hehehehehehe. Maafkan saya kerana cuba menarik perhatian  ‘murah’. Hehehehe, ampun!

Terima kasih kepada mereka yang membaca dan menyokong. Baru sehari di ‘post’ entry tersebut, dah ada 49 komen. Saya sangat terharu dengan setiap sokongan yang kalian berikan dan memberikan saya lebih semangat untuk maju ke depan dalam dunia blogging. 

Kalian adalah keluarga pada saya, jom hugggssss ramai-ramai!

Hari ini, mood saya lebih baik dan malas nak menggelabah lagi, memang lah mula-mula akan sentap, tapi dengan adanya yang Pencipta, insyaAllah Dia akan memberikan kita guide yang terbaik. Hidup berlandaskan agama memang selesa dan menyenangkan, insyaAllah.

Allah itu Maha Adil, ini dugaan saya. Ini hari saya. Mungkin esok lusa, kalian juga akan diduga, itu tandanya kita mendapat perhatian daripada-Nya. Tadah tangan dan bersyukur, ubat yang terbaik.

Yang penting senyum! Peace!

Nami Island Mac 2011: muka sangat pale, sangat sejuk masa ni -1c kot.

Malas nak menambahkan kontroversi, mari kita meningkatkan prestasi, jadi saya akan membuang entry tersebut. Bagi mereka yang sempat membaca, rezeki la tu, hahahahahahaha. Kepada yang belum, ala bukan ada apa-apa pon, hanya “Luahan Hati” Intan Norazam. Kehkehkeh!

Bye, Hugssss and Kisses.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...