Hai, arini nak update preparation raya! Hehehe. Takdelah
update besar-besaran pon. Cuma nak share baju Aisha Amani yang telah berjaya
dijahit oleh ibunya ini. Hehehe. Actually I memang pandai menjahit baju kurung.
Tapi untuk pakai sendiri jela kan. Ni first time buat baju orang lain (padahal
anak sendiri kan).
Nak mengukur baju anak, mak aihhh susah gila. Kita ukur, dia
sibuk nak tarik measuring tape la, lari sana sini. Hehehe. Tapi nasib la buat
baju kurung ni ukuran yang nak diambil tu tak banyak mana. Hehehe. So lepas
confident dgn ukuran yang diambil tu, terus potong kain. Baju ni I buat
betul-betul muat size Amani je, takde la pikir untuk simpan pakai setahun pon.
Hahaha. Sebab kalau besar sangat kesian kat Amani nanti susah nak bergerak.
Lagipun tak comel la baju besar-besar ni kan. Heh!
Tema kami tahun ini adalah Fushia. Warna pilihan i. Nasib la
dapat husband yang tak kisah. Kalau soft pink pon, okey pada dia hahaha. So I decide
baju kami (both me and husband) sedondon, dan Amani biar yang bercorak. Kang
kalau I dgn Amani pakai corak yang sama, bila bergambar riba Amani, dia nampak
muka je hahaha, yang lain tenggelam.
So ke kamdar lah I Jumaat minggu lepas. I pilih kain jenis satin
cotton untuk Amani, biar selesa pada dia. Kain ni lebih lembut dari English cotton,
sejuk sangat. Kain tu I beli 6m, rasanya nak buat gak sepasang untuk I dari
kain yang sama, tapi bukan lah untuk pakai raya, pakai kenduri la heheh.Mana-mana
orang yang kenal I, I mmg penggemar kurung cotton. Jarang la baju liplapliplap berbatu
bata ni. Renyah dan kena berjaga-jaga bila nak pakai hehehe. Cotton ni senang,
kedut pon takpe. Nama cotton. Dasar pemalas haihhh. Hahahahahahahahaha.
So ini I share baju raya kami ye. Baju I dan husband, I beli
di Gene Martino je, latest collection kononnya. Kain tenun bersulam emas
(Jalur-jalur je). Cantik sangat kain ni, Sekali pandang mcm songket or thai silk. Bila
pakai cantik terletak. So terus beli walaupon masa tu belum dapat bonus raya!
Hahaha.
Ini plak hasilnya. Perfectly fit her yeayyy. Labuh baju, labuh kain, bahu, lengan, memang terletak. Sukanya. Bila si anak pakai cantik, ibu yang senyum lebar sampai ke telinga! Yeayyyy dah boleh bergaya di pagi raya! Hehehehe.
Ini plak masa mula-mula nak potong kain baju Aisha Amani. Saje amek gambar. Teaser la konon pastu upload kat instagram (intanorazam). LOL! Sekarang semua nak upload instagram. Hahaha. Ibu moden betul!
Comel tak Kak Ton? Hehehehe.
Till then,
i n t a n o r a z a m