Followers

Friday, July 19, 2013

Baju Raya Kami 2013

Hai, arini nak update preparation raya! Hehehe. Takdelah update besar-besaran pon. Cuma nak share baju Aisha Amani yang telah berjaya dijahit oleh ibunya ini. Hehehe. Actually I memang pandai menjahit baju kurung. Tapi untuk pakai sendiri jela kan. Ni first time buat baju orang lain (padahal anak sendiri kan).

Nak mengukur baju anak, mak aihhh susah gila. Kita ukur, dia sibuk nak tarik measuring tape la, lari sana sini. Hehehe. Tapi nasib la buat baju kurung ni ukuran yang nak diambil tu tak banyak mana. Hehehe. So lepas confident dgn ukuran yang diambil tu, terus potong kain. Baju ni I buat betul-betul muat size Amani je, takde la pikir untuk simpan pakai setahun pon. Hahaha. Sebab kalau besar sangat kesian kat Amani nanti susah nak bergerak. Lagipun tak comel la baju besar-besar ni kan. Heh!

Tema kami tahun ini adalah Fushia. Warna pilihan i. Nasib la dapat husband yang tak kisah. Kalau soft pink pon, okey pada dia hahaha. So I decide baju kami (both me and husband) sedondon, dan Amani biar yang bercorak. Kang kalau I dgn Amani pakai corak yang sama, bila bergambar riba Amani, dia nampak muka je hahaha, yang lain tenggelam.

So ke kamdar lah I Jumaat minggu lepas. I pilih kain jenis satin cotton untuk Amani, biar selesa pada dia. Kain ni lebih lembut dari English cotton, sejuk sangat. Kain tu I beli 6m, rasanya nak buat gak sepasang untuk I dari kain yang sama, tapi bukan lah untuk pakai raya, pakai kenduri la heheh.Mana-mana orang yang kenal I, I mmg penggemar kurung cotton. Jarang la baju liplapliplap berbatu bata ni. Renyah dan kena berjaga-jaga bila nak pakai hehehe. Cotton ni senang, kedut pon takpe. Nama cotton. Dasar pemalas haihhh. Hahahahahahahahaha.

So ini I share baju raya kami ye. Baju I dan husband, I beli di Gene Martino je, latest collection kononnya. Kain tenun bersulam emas (Jalur-jalur je). Cantik sangat kain ni, Sekali pandang mcm songket or thai silk. Bila pakai cantik terletak. So terus beli walaupon masa tu belum dapat bonus raya! Hahaha.


Ini plak masa mula-mula nak potong kain baju Aisha Amani. Saje amek gambar. Teaser la konon pastu upload kat instagram (intanorazam). LOL! Sekarang semua nak upload instagram. Hahaha. Ibu moden betul!


Ini plak hasilnya. Perfectly fit her yeayyy. Labuh baju, labuh kain, bahu, lengan, memang terletak. Sukanya. Bila si anak pakai cantik, ibu yang senyum lebar sampai ke telinga! Yeayyyy dah boleh bergaya di pagi raya! Hehehehe.

Comel tak Kak Ton? Hehehehe.


Till then,
i n t a n o r a z a m

Wednesday, July 17, 2013

Short Update

Lama sangat dah tak ber blog. Hell yes I miss blogging, tapi somehow I sendiri tak cukup masa nak berblog. So cemane tu? Baru anak seorang dah tak cukup masa. Kalau anak lima nanti cemane pula? Actually it’s not really ‘tak cukup masa’ cuma I tak sempat nak betul-betul menulis. Ilham tu ada, tapi tak kesampaian. LOL. Tajuk dah tulis, tapi bila nak taip isi, blur. Try lagi, blur lagi. Haaaaa, macam tu la.

Huhuhu. InsyaAllah I will force myself supaya lebih rajin menjenguk sini k! Masih ada ke orang nak baca blog picisan I ni? Hehehehe. Sebenarnya banyak sangat nak share ni tau!

Lepas ni insyaAllah I akan berpindah ke rumah baru. Yes rumah yang baru. Alhamdulillah rumah yang I beli pada 2011 dah siap! Gembiranya hati. Masa tu I masih bujang dan baru bekerja 2 tahun. So apa yang I mampu beli hanyalah rumah teres setingkat empat bilik. Syukurlah buat masa sekarang, insyaAllah kalau ada rezeki lebih nanti, kita beli rumah lain pula kan. Ini first asset, I tak plan pon nak duduk lama kat rumah ni, in future maybe I akan sewakan ke, tengoklah cemane nanti. As for now, kita rasmikan lah dulu rumah ni. At least for a year or two.

Bila sebut nak sewakan, tak bermaksud I taknak cantikkan rumah ni langsung. Hehehe. Walaupun rumah ni kecik je, I tetap nak deco dan terapkan ID pada rumah ni. Nak apply sikit-sikit la apa yang I study dan kerja. As an architect, I can’t see a plain wall as a plain wall without take any action on it. At least a painting will do. Dalam kepala ni dah pikir macam-macam dah. Cuma nak keluarkan je. Hehehe. 

Inilah rumah baru kami!



Korang doakan semuanya berjalan lancar je. InsyaAllah I akan update semuanya di sini k! 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...