Hai,
Selamat Hari Jumaat!
Harini memang malas sangat nak keluar lunch sebab panas kat
luar. Plan nak jalan-jalan cuci mata kat mall tapi tak jadilah.
Harini nak share something, heheheh. It’s a bit personal
tapi rasa nak share juga.
***********************************
Alhamdulillah, I have been married for 8 months and 2 weeks.
Terasa macam baru sangat lagi, kenangan dimakeup
cantik-cantik-pakai-baju-lawa-lawa still segar dalam ingatan. Heeeeeeeeeeeeeeeee.
Before married, I selalu cakap yang I taknak bunting
pelamin, I taknak baby, I nak honeymoon paling kurang pon half a year. I nak
jalan-jalan and enjoy dulu dengan husband sebelum hidup bertiga. Husband (masa
tu fiancé) dok layankan aje karenah I, and he said nothing. No comment at all. Dang!
Like 3 months before wedding, I’d goggled some info about
family planning etc and I am very sure about ‘this’. I’m kept doing researches
and making options. Kaji dan kaji, dan I mcm dah stick dgn decision ni sekeras
batu. Hahahah. Bila dah clear dan yakin, I beranikan diri untuk share perkara
ni dengan my housemate and besties. Diorang macam gelak je, siap cakap ‘Nanti
kalau ko terus tak dapat baby baru padan muka!’. To be honest, I am a bit ‘terpempam’
dan takut jugak lah tapi masa tu I tetap dengan pendirian i.
So last resort , I
minta opinion daripada my childhood friend cum neighbor, Lily. Dia ni
pharmacist kat GH. Dia advise I amek Jasmine (J), for 3 months only. Dia kata it’s
good untuk betulkan hormon, period cycle, and also for family planning. And the
best, less effects mcm kegemukan or tambah selera makan.
I sangat happy! So, I trusted her, and 1 month before wedding, i terus cari
J ni kat farmasi. Mula-mula malu sangat nak beli tapi tebalkan aje muka, kena
bagi IC dan register for record. I beli untuk stok 3 bulan dan start makan 1
month before my Big day.
Guess what? Masa I ambil J, I memang period on time, takde
senggugut dan jerawat pon makin kurang. Period cycle I jadi 28 days, which
never happened before. Sebelum ni period I suka-suka je terjah kadang-kadang
32days, kadang-kadang 45days, kadang-kadang as early as 25days. Sesuai dengan I
kot. Tepat je 28 hari, I akan period dan no more period pain wooot woooottttt.
Masa wedding tu pon I period, tapi langsung takde mood swing ke apa, dan nasib
baik juga jerawat tak keluar. Hahahah.
And sampailah 2 months of marriage, I tetap
ambil J setiap hari. My husband tak tahu pasal ni, pity him. Takut nak share
dgn dia. Confirmlah kena marah kan.
But, itulah orang kata, kuasa Tuhan kan. Bila dah kawin je,
naluri nak jadi ibu tu semakin membuak-buak. I macam dah malas nak amek J dan I
dah mula rasa baby sangat comel dan tak sabar nak ada anak sendiri. Dalam masa
2 bulan tu, I tetap ambil J tapi pada masa yang sama I nak baby, hohhhhh!
Daripada taknak jadi nak. Tak malu betul!
So bila I period je, I nekad nak stop taking J, byeeeee! I berserah
pada Allah, dan kalau ada rezeki, insyaAllah I bersedia untuk jadi ibu. I berdoa
hari-hari semoga Allah mengampunkan I atas tindakan I sebelum ni dan kurniakan I
zuriat, tak kisah la cepat atau lambat, He’s know better!
Tetapi, rutin I masih seperti biasa, takde berubah pon dari
sebelumnya. We both masih dalam mood honeymoon dan aktif berholiday setiap
weekend. Berjalan sampai ke Perak, Penang, Kedah, Terengganu dll. Kadang-kadang
one night trip je, tapi dah katakan honeymoon, semuanya indah belaka. Love!
Bulan yang ke 3, period I lambat seminggu. I terfikir juga
samada ni sebab stop amek J ke, or hormon jadi x stabil balik. Or I’m
pregnant? Tapi masa tu I cool lagi, sampailah one fine day, I beranikan diri
beli pregnancy test kit. Sebab tak sabar, test kat office. Double line uol! And
it’s clear. Menggeletar sorang-sorang dalam toilet.
Terus whatsapp husband. Petang tu test lagi sekali, husband
belikan test kit yang lagi mahal. Pon sama double line. Heeee. Kalau awal-awal
dulu I lah orangnya yang taknak baby, taknak baby. Tapi bila tahu je ada
manusia lain dalam rahim ni, I plak orang paling happy. Gosok-gosok perut. Husband, bertambah-tambah happy lah! Terus call bagitahu FMIL. I pon bagitahu my parents. I rasa syukur sangat bila hati i terdetik je nak baby, Allah perkenankan. I stopped taking J and 1 month later, i'm pregnant. Syukur ke hadrat Ilahi!
Masa ni la I terasa kekuasaan Allah, Kunfayakun!I rasa sangat kerdil kerana bersikap arrogant sebelum ni,taknak baby konon!Nauzubillah.
And now, I am happily 27weeks pregnant. Every day is a new
day for me, bila perut makin besar, I semakin bahagia. Terutama bila baby dah
start kicking, and now if baby diam je, I plak yang rindu dia. Siap kejut dia bangun suruh kick, walaupon kadang-kadang sampai boleh nampak wave kat baju, tapi teruja sangat. Siap kena cover dengan handbag, malu orang nampak.
Barang baby I dah beli banyak juga, excited. Kalau tgk pada
checklist, almost 80% dah beli. Stroller, carseat, wardrobe, semua dah beli.
Baju? Mittens? Botties? Lagi la awal-awal dah cari.
Tinggal feeding punye
checklist banyak yang belum jumpa, and babycot. Itu je. Lain-lain insyaAllah
dah complete.
I dah tak sabar nak tunggu baby lahir. Tak sabar nak tenung,
cium baby, dan peluk baby tiap-tiap hari. Tanda kasih sayang kami berdua kan. I
berdoa kelahiran baby nanti akan menguatkan lagi ikatan kami suami isteri. I sangat
enjoy every moments, Alhamdulillah.
***********************************
P/s: this is my confession. Kepada B2B, jangan lah plan
macam i. Ambil pengajaran ye. Kalaulah masin mulut macam kawan I cakap tu,
merana I sampai ke tua takde anak. Kalau betul-betul nak plan, jangan lah
terlalu lama. Pikir yang terbaik. Bila dah tersasul, cepat-cepat doa dan minta ampun kepada Allah, sesungguhnya Dia Maha berkuasa. I doakan semua orang baik-baik ajer, amin!
Ignore my hidung kembang ye! Genetik family memang camtu.Kaki tangan belum bengkak hidung naik dulu, heeeeeeeeeh!
Love,
i n t a n o r a z a m