Followers

Wednesday, March 30, 2011

Wedding inspiration

This is my theme color for my wedding, jadi senang2 sebut pastel jela.. 
Banyak combination color sebenarnya. Kepada yang email, i jawab kat sini jela ye, thanks sayangssss~



I am craving to this like 24/7

I really want this since first time we met. 
I do love photography, and this is the perfect time to make a COMEBACK. 


See you soon! Sony Nex-5

Monday, March 28, 2011

Contest Gambar Pets Paling Comel

Cik Tqah dah tag, so why not i join this contest? hehe.

Contest Gambar Pets Paling Comel by Cik Syazwani


So i nak letak gambar ni, bukan sebab gambar ni cute, tapi sebab i snap gambar ni beberapa hari selepas i adopt Abu daripada tuan asalnya, berumur 3 bulan and so skinny. Hu hu. 
Tapi sekarang dah gebu dah macam namanya si Abu.


Jantina: Betina
Jenis: Kucing Kampung
Tabiat: Suka gigit
Nama: Abu
  1. Wajib seorang blogger
  2. Wajib untuk follow blog wani ye... tak rugi pun follow. Kalau follow , boleh tahu results contest ni nanti :)
  3. Contest ini berdasarkan gambar pets sahaja. tak kisah lah gambar anda bersama pets ke , atau gambar pets anda je yang posing. :) Masukkan hanya 1 gambar sahaja ye... ikut kreativiti pets anda berposing :)
  4. Taip mengenai pets anda seperti : Jantina , jenis haiwan , tabiat , nama pets tersebut.
  5. Wajib letak banner contest ini di entri atau sidebar anda (tak kisah celah mana nak letak) . ambil code banner di atas tu ye...
  6. Tajuk entri post anda - Contest Gambar Pets Paling Comel .
  7. TAG kan kepada 3 orang rakan blogger anda ( beritahu melalui shoutbox @ comment entri mereka ) 

TARIKH TUTUP:
31 MAC 2011

i nak tag semua orang yang ada pet, hehe. sila lah share gambar kesayangan korang tu ye.

Wednesday, March 23, 2011

5 perkara tentang saya

5 Nama Samaran
  1. intan (panggilan dari lahir, zaman sekolah rendah & menengah, universiti dan bekerja)
  2. azam (nama macho zaman sekolah teknik)
  3. maksu (nama panggilan anak-anak saudara)
  4. adik (panggilan emak ayah dan kakak-kakak)
  5. takde dah.
5 Tarikh Penting
  1. 25 Mei - tarikh lahir saya
  2. 23 November - tarikh lahir emak saya
  3. 24 November - tarikh lahir my fiance
  4. 04 Ogos - tarikh lahir ayah saya
  5. 29 Mei - tarikh saya bertunang
 5 Perkara Saya Buat Semalam
  1. Bekerja dan bermain di office
  2. Blogging, FBing, twitter, dan usha Beautifulnara.
  3. Ambil rubber stamp kat kedai dan DIY wedding invitation.
  4. Rebuskan ikan, gaul dengan nasi dan bagi abu makan, peluk cium abu bertubi-tubi, main dengan anak abu, dan gomol abu lagi dan lagi.
  5. Call emak.
5 Perkara Buat Saya Heppi
  1. Emak dan ayah (kasih sayang saya)
  2. Fiance (buah hati saya)
  3. Abu (pengubat stress saya)
  4. Internet (PA wedding saya)
  5. Foods (perut saya)
5 Sebab Jawab Soklan
  1. Sebab Malyn tag - saya sayang awak
  2. Takde sebab
  3. Takde sebab
  4. Takde sebab
  5. Takde sebab
Thanks Malyn sebab tag tapi tengah banyak sangat kerja jadi tak terfikir nak tag orang lain, hehehe.

Working on this, nak siapkan dalam sehari. Wish me luck!

DIY Mood

Rubber stamp sudah siap, kualiti bagus dan berpatutan dengan harga, he he. Puas hati!


Hasil yang pertama!


Sorry, tunjuk belakang je, tunggu dah siap semuanya okey~

Monday, March 21, 2011

Review: Wedding giftbox & VVIP gift

I sangat suka display plate with stand, apa tu? errrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr…. I actually didn’t know what it’s name, but something like this la.. ^^, 


Kalau boleh i nak wedding gift yang i bagi nanti guest akan appreciate dan simpan sebagai kenangan, so that i've to think something yang valuable dan cantik dipandang, ohhhh demand plak eh.

During engagement dulu pon I dah bagi display plate ni jugak, tapi without a stand lah! Check this out, hihik.. masa tu takde budget lebih. Shy! Okey, last weekend I ke KL to attend my friend’s wedding, so sambil tu I selitkan aktiviti mencari barang kawen. First target nak pergi Bagus Marketing, Taman Melawati nak cari wedding giftbox, thanks to future bride, Dyll sebab share entry ini, sebab I memang tengah cari giftbox pon (tak suka paperbag – too common, hihik). Senang sangat nak cari kedai ni, tak sesat pon tau. (dekat dengan Malaysian Institute of Art). Thanks lagi sekali ye Dyll, kiss sikit, muah!

Lepas belek-belek semua, I’ve decide to go for gold folding box instead of white one, sebab nanti nk letak doily, so barulah menyerlah sikit.  Yeay! Wedding giftbox checked! Kalau sesiapa yang tahu, I memang akan gunakan doily papers for every decorations of my wedding. hehe. From the centerpiece, wedding card, gift box, alas gelas dan dessert, plate decoration etc.


Alamak, dah tersasul. Back to the story, display plate with stand, I dah jumpa yang berkenan akhirnya, Alhamdulillah! Tapi I x boleh nak reveal lg, nanti x surprise la masa kawen.. I selitkan teaser ye. Yang ni I cari kat KK Home Deco, same place I beli display plate for engagement dulu, tapi amount tak banyak and quite pricey, so I akan jadikan ini as VVIP gift jela nampaknya. Maklumlah work within my budget, hehe.


Teaser display plate with stand. Cantik tak? I paling suka elemen ada jalur2 emas kat bunga tu, nampak sangat exclusive and elegent. I grab semua yang ada kat kedai tu.. hehe.

Till then, i love you all darls!

Sunday, March 20, 2011

VVIP Door Gift - Checked!

Cuba teka apa dia? Will review later

Wedding Giftbox - checked!
Gold folding box 6x6x3inch - RM0.30 each Will review later





Friday, March 18, 2011

DIY: Guest Book

Hai sayangs!

As I said before, mood DIY dah datang,. Wooottttt woooooooootttt! Hihihik. Disebabkan tadi nak ke Small Garden untuk bayar deposit gubahan bunga pelamin, I pon terfikirlah nak beli apa kat sana since I memang sangat malas nk ke kedai barang-barang pengantin ni, maklumlah parking susah nak dapat, kemalasan meningkat la.. 

So, it’s time DIY, and i terfikir nak DIY sesuatu yang tidak memerlukan modal yang banyak. Dah la nak saving untuk China trip pulak. Hu hu. Urmmm..urmmmmm (sambil usap dagu)..refresh balik kat rumah ada apa. Takdak apa kot! I dah lama tak membeli barang untuk 
wedding preparations. He he he.

Eh cop! I have extra lace daripada veil haritu, extra beads (small and medium pearls), extra kain daripada sarung bantal nikah, and some pastel ribbons. Apa yang I boleh buat dengan all the stuffs eh? Godek-godek idea, tiba-tiba TING! Dapat ilham nak buat guest book untuk tetamu tulis wishes and sign nanti.. hehe. Yes! Nak buat la! Yes yess!  

Balik rumah, salin baju. First thing to check is the guest book itself. Ha ha. Disebabkan nak jimat habis, I tak beli buku hard cover yang sesuai pon, I rasa nak tengok kotak-kotak study I dulu, sebab rasa mcm ada beberapa sketch books souvenir from my unimates. Kotak pertama jumpa dua, hard cover sketch book from i-don’t-know-where, then bile bukak kotak kedua, jumpa lagi dua buah sketch books from lim kok wing university. He he. Diorang bagi hadiah masa diorang datang architectural workshop di USM in 2008 kot, can’t remember. Okelah, cut the story, this is the book, back hard cover with white plain paper inside. Oke kot! Sesuaila jugak..

jangan marah ye kawan-kawan Lim Kok Wing, i gunakan untuk tujuan yang baik tau hehehe.

Opsss, lupa nak bagitahu, masa pergi Small Garden tadi I beli span nipis berharga RM6.90 for 2m. Sangat banyak untuk buat guess book ya. Takpe, simpan untuk next DIY.

At 8.30pm, I pon mula DIY Guest Book ni:

Gunting span nipis mengikut saiz cover buku, then ambil gam pistol dan lekatkan span di bahagian luar hard cover tersebut. Pastikan bucu dan span dilekatkan dengan kemas dan teliti.

Potongkan kain (lebihan sarung bantal nikah) lebih 2inci daripada saiz cover buku (sekeliling) untuk kemasan kelim, kemudian letakkan kain tersebut dibahagian luar buku, kemaskan, dan apabila berpuas hati, gam bahagian dalam hard cover dan kelimkan kain tersebut ke dalam. (macam balut buku teks sekolah - cuma berbeza ada span diantara buku dan kain). Pastikan kain ditarik sedikit agar tidak berkedut dibahagian luar ya.
nampak x efek span tu, lembut je bila pegang hehe

Kemudian, patch lace ( lebihan lace veil) mengikut design yang anda suka dan gamkan dibucu hard cover sama seperti kain tadi. 

Seterusnya ambil kertas pertama dan terakhir dan gamkan pada bahagian dalam hard cover supaya hujung kain dan lace tadi boleh ditutup dengan kemas. Gamkan sekali ribbon sebagai penanda buku.

Untuk lebih menarik, boleh la tampal pearls ke, beads ke, macam yang I buat ni. simple kan? boleh buat dalam 2-3jam sahaja dah siap..

Hasilnya inilah dia, TADA!!! 
Tempat yang kosong tu nanti nak sulam nama kami, cantik tak? Siapa cakap barang lebihan tidak berguna? hehehe, janji rajin je. Projek DIY kali ni, total RM6.90 sahaja (span)

Front view

Rear view

p/s: maafkan kualiti kamera telefon hu hu hu.

Thursday, March 17, 2011

DIY: HAND BOUQUET

Hai,
Topic for today is HAND BOUQUET. As everybody know, masa bertunang i dah guna dip flowers sebagai hiasan hantaran, and I love it so much. It portrays exclusivity, glamorous and and elegant, hihik.

my engagement: sila ignore imej berbaju pink di atas

So I’ve decided to use the dip flowers hand bouquet for my reception as well. Hehe. Lagipon, boleh la simpan buat kenangan kan. Hehe. Hari tu (engagement) I dah gunakan bunga Hibiscus, and kali ni rasa nak guna Hydrangea dan Rose pulak. Color? Pastel la..heheheh. (combination of pink, lilac, green  and cream)

So, jom layan gambar, courtesy encik google.

Mood DIY sudah datang! Hehehe. Sila jangan boring ye!

I heart u all!

DIY: Our official rubber stamp


Baru tempah semalam. Siap on friday, cepatkan. Dah ada mood untuk buat 'sesuatu'. Yeay!

p/s: hantar kat kedai yang office selalu hantar je, harap-harap workmanship sangat cantik.

Wednesday, March 16, 2011

Jom tukar pendapat! Heheh

1. Apa perasaan anda jika anda adalah pengantin tetapi anda seperti 'tiada' hak dalam menentukan perkara-perkara penting semasa majlis tersebut?

Hai semua,
To be honest, soalan ini tiada kaitan dgn i tau, cuma i dah dengar banyak berlaku seperti di atas, i rasa trauma dan takot sangat jika perkara ini terjadi, lebih-lebih perkara yang terutamanya mesti diselesaikan sendiri oleh bakal pengantin. Sama-samalah kita berdoa untuk mendapat redha dan kesejahteraan semua pihak agar majlis kita akan menjadi lebih lancar dan dijauhkan daripada 'perkara' diatas. Aminnnnn~

Forward info: Cincin utk bakal suami

Hai, i forward entry ini dari SINI. Thanks darling for the info! Love! Marilah kita bersama-sama berkongsi maklumat ya.

MAKLUMAT PERTAMA:


Memakai cincin menurut sunnah yang diperbuat daripada perak adalah harus bagi lelaki. Manakala bagi perempuan harus memakai cincin yang diperbuat daripada emas. Rasulullah SAW pernah memakai cincin diperbuat daripada perak sehingga baginda wafat.


jika terbukti emas putih adalah dari jenis yang sama logamnya maka hukumnya adalah sama dengan emas kuning. 



Platinum, ia adalah jenis logam yang berlainan,emas putih bukanlah platinum.

hukum memakai cincin suasa bagi orang lelaki adalah haram kerana ia diperbuat daripada emas yang bercampur dengan logam lain.



MAKLUMAT KEDUA:


Ali bin Abu Talib r.a. berkata:”Rasulullah s.a.w. mengambil sutera, ia letakkan di sebelah kanannya, dan ia mengambil emas kemudian diletakkan di sebelah kirinya, lantas ia berkata: Kedua ini haram buat orang laki-laki dari umatku.”(Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah)

Ibnu Majah menambah: “Halal buat orang-orang perempuan”.Nabi s.a.w. juga pernah melihat seorang laki-laki memakai cincin emas di tangannya, kemudian oleh Nabi dicabutnya cincin itu dan dibuang ke tanah.Kemudian beliau bersabda:”Salah seorang diantara kamu ini sengaja mengambil bara api kemudian ia letakkan di tangannya. Setelah Rasulullah pergi, kepada si laki-laki tersebut dikatakan: ‘Ambillah cincinmu itu dan manfaatkanlah.’ Maka jawabnya: ‘Tidak! Demi Allah, saya tidak mengambil cincin yang telah dibuang oleh Rasulullah.’”(Riwayat Muslim)Dan seperti cincin, menurut apa yang kita saksikan di kalangan orang-orang kaya, yaitu mereka memakai pena emas, jam emas, gelang emas, bekas penghidup rokok emas, gigi emas dan seterusnya adalah haram hukumnya.

Bagaimanapun, bagaimana pula hukum emas putih? Adakah hukumnya sama seperti emas biasa yang berwarna kuning?

Untuk menjawab soalan ini, kita perlu memahami apakah itu emas secara umum.Emas adalah unsur kimia dalam tabel periodik yang memiliki simbol Au (bahasa Latin: ‘aurum’wink dan nomor atom 79. Sebuah logam transisi (trivalen dan univalen) yang lembek, mengkilap, kuning, berat, “malleable”, dan “ductile”. Emas tidak bereaksi dengan zat kimia lainnya tapi terserang oleh klorin, fluorin dan aqua regia. Logam ini banyak terdapat di nugget emas atau serbuk di bebatuan dan di deposit alluvial dan salah satu logam coinage. Kode ISOnya adalah XAU. Emas melebur dalam bentuk cair pada suhu sekitar 1000 derajat celcius.Inilah namanya emas. Sekarang, jika terbukti emas putih adalah dari jenis yang sama logamnya maka hukumnya adalah sama dengan emas kuning.

White Golds: What are they?

What are ‘white golds’? Are they a special form of gold? Do they contain gold? These are typical questions often asked of us. Well, they are not a special form of gold (which is why you cannot get 24 carat white gold). Actually, they are true carat golds, just like yellow or red carat gold jewellery. They are gold alloys that look white rather than yellow. The white colour is achieved by careful choice of the alloying metals, which bleach the deep yellow of pure gold. Juga disebut bahawa :-”White gold is an alloy of gold and at least one white metal, such as silver or palladium. Like yellow gold, white gold is measured in Karats.”

Berdasarkan keterangan dari sumber-sumber yang berwibawa ini, saya kira adalah jelas bahawa emas putih adalah jenis logam yang sama dengan emas kuning cuma ia terdapat campuran logam berwarna putih samada dari perak atau palladium. Justeru, hukumnya adalah sama iaitu HARAM buat orang lelaki dan halal bagi kaum wanita memakainya.

Bagaimana dengan Platinum?

Adapun Platinum, ia adalah jenis logam yang berlainan,”Platinum adalah suatu unsur kimia dalam tabel periodik yang memiliki lambang Pt dan nombor atom 78. Sebuah logam transisi yang berat, “malleable”, “ductile”, berharga, berwarna putih-keabuan. Platinum tahan karat dan terdapa dalam beberapa bijih nikel dan copper. Platinum digunakan dalam perhiasan, peralatan laboratorium, gigi, dan peralatan kontrol emisi mobil.”Jelas dari penjelasan ini, bahawa emas putih bukanlah platinum sebagaimana yang didakwa beberapa pihak sehingga membawa kepada fatwa halal orang lelaki memakai emas putih kerana ia adalah platinum.

Hukum Memakai Cincin Suasa

Apa yang saya ketahui hukum mekai cincin suasa bagi orang lelaki adalah haram kerana ia diperbuat daripada emas yang bercampur dengan logam lain.Samalah seperti haramnya lelaki memakai emas putih seklipun emas putih itu bukan 100% diperbuat daripada emas.
Kata Imam Nawawi dalam kitab Syarah Muslim yg bermaksud: "Emas itu adalah haram atas lelaki memakainya samdaa emasnya sedikit atau banyak.”


Syeikh Abd Qadir Al-Mandili menyebut dalam fatwanya :”Dan adalah suasa itu haramlah bagi kaum lelaki memakainya.”
Untuk mengelakkan jatuh dalam perkara syubhah melalui pendapat ulamak yang mengatakan makruh dan ada yang mengatakan haram. Eloklah dijauhi memakai suasa.

Kesimpulannya, halal bagi lelaki memakai platinum dan haram baginya untuk memakai emas putih. Bagaimanapun yang terpilih tetap perak (Silver) bagi orang lelaki, kerana ia adalah sunnah Nabi SAW jua.
Wallahua’lam..

Tuesday, March 15, 2011

Emak, you are the BEST!

Terima kasih kerana menjadi tulang belakang yang selama ini menyokong samada ketika 
gembira, sedih dan kecewa. 
Terima kasih kerana menjadi seorang ibu yang penyayang dan memahami.
Terima kasih kerana menegur dan menasihat dengan cara terbaik sehingga saya tidak merasa 
sedih atau tersinggung atas segalanya.
Terima kasih kerana memberi saya ruang untuk membuat keputusan sendiri dan 
hidup berdikari dengan cara saya sendiri.
Terima kasih kerana membuat impian saya 'sering' menjadi kenyataan.
Terima kasih di atas segala pengorbanan dan kasih sayang yang melimpah ruah.

Terima kasih untuk segala-galanya!

Tiada siapa mampu menggantikan EMAK dalam hati saya, dan tiada siapa dapat menandingi keperibadian dan kasih sayang yang telah diberikannya kepada saya.
Adik sayang Emak!

Monday, March 14, 2011

Candle Lantern

Hai!

I ada beli half dozen candle lantern kat Korea. I ingat nak sewakan, siapa berminat boleh pm i ye, the rental price as low as RM5 per pieces. Tapi kena jaga elok2 la, sebab i nak guna untuk my wedding bulan Oktober nanti. Takot by the time i pakai lantern tu dah buruk dah. Hu hu hu. Nanti i upload gambar okey. For now i tinggal lantern tu kat kampung, lupa nak tangkap gambar kihkih. Tapi bentuknya lebih kurang camni la, white color, tapi mine kurus sikit la bentuknya~

Sunday, March 13, 2011

Hai sayang-sayang semua!

I sangat sibuk lately. Balik Korea terus kerja, tak sempat nak rest pon, nasib baik tak jetlag, Alhamdulillah. Review pasal Korea minggu depan insyaAllah ye. I’ve enjoyed the trip so much! Thanks dear nana as my personal tourist guide, plus layanan sangat first class you!

Weekend ni sibuk juga sebab kena jadi pengapit my besties Hana,. Hihik and guess what? I pon kena pakai inai sebelah tangan, teruja! Kononnya bila kipas pengantin nampak la inai tu.. professional touch plak tu, rasa taknak basuh tangan dua minggu.

Pon banyak jugak nak review pasal wedding Hana, sebab i heart everything from the henna, the  beautiful dress and the make up artist (aleng tohara), the pelamin, the door gift, the bed decorations, and etc.

Uhuks, banyak betul nak review ni, cramp tangan nak menaip nanti. Doakan semoga i rajin ya! Kena buat list ni, nanti terlepas entry. I KNOW my blog has been ignored more than two weeks kot, cian dia. Memang banyak sangat nak tulis, rasa baru je bagitau wedding ticker dah tukar tujuh kepada 6, pastu now tengok dah 6 bulan 2 minggu. Gosh!

KOREA TRIP (foods, shoppings, culture, wedding deco, )
HANA’S WED (everything)
PERSONAL LIFE

Wednesday, March 2, 2011

Quick Quiz


1. How old are you?
twenty six years old this coming May


2. Are you single?
single but not available, engaged to someone.


3.At what age do you think you'll get married?
26! insyaAllah this year in October


4. Do you think you'll marrying the person you are with now?

yes definitely! but i'm still praying to Allah supaya 'mempertemukan jodoh kami berdua'

5. If not, who do you want to marry?
no one.


6. Who will be your bridesmaid & bestman?
bridesmaid: adilah, ida, anne, anis, sue, ros, and my nieces. total (12 person)

7. Do you want a garden/beach or traditional wedding?
tradisional-but-close-to-english wedding (pastel theme color)


8. Where do you plan to go on honeymoon?
Kota Kinabalu and Krabi (oh romantic!)

9. How many guests do you think you'll invite?
semua yang sudi datang, saya menjemput dengan kedua tangan terbuka dan senyuman manis!

10.Will that include your exes?
i don't have any, wink!


11.How many layers of cake do you want? 

just a simple one, not a fondant cake. (rupa je cantik, tapi manis giler)

12.When do you want to get married, morning or evening?
the solemnization will be in the evening, insyaAllah


13.Name the song/tune you'd like to plat at your wedding:
Selamat Pengantin Baru

14.Do you prefer fine dining or just normal spoon & knife?
bufet jela, senang sikit. boleh ambil banyak-banyak


15.Champagne or red wine?
Di larang sama skali!! hepppppppp!

16.Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
right after the wedding, insyaAllah. tiket dah beli yeahhh.


17.Money or household items?
Money! then belilah apa sahaja.

18.How many kids would you like to have?
four kids (2 boys and 2 girls)

19.Will you record your honeymoon in DVD/CD?
yup definitely!


20. Whose wedding plan would you like to know next?
all B2Bs, and my besties (adilah, ida, anne, anis, sue, ros)


Nak tag orang la! hahahaha~
kina: http://our-wedding-journal.blogspot.com/
malyn: http://myjourneythrougheverythingnice.blogspot.com/
put: http://saniloveana.blogspot.com/
farah: http://jijana.blogspot.com/
juju: http://ezuraevenstar.blogspot.com/

iklan: dah jadi enam!

Tuesday, March 1, 2011

Reveal: my MUA

MUA: makeup artist.

Semua B2B pon tahu kot apa itu MUA. Kalau tak tahu tu kena buka kamus pengantin lah! Kehkeh. Btw, kali ni I nak buat entry pasal my MUA which is akan makeup I untuk majlis nikah dan bersanding my side. Belah fiancĂ©, belum ditentukan lagi. It takes 2-3 months to decide MUA mana yang jadi pilihan hati. Memang diorang sangat talented dalam bidang persolekan that I can’t deny. Just yang tinggal kenalah tengok budget dan kemampuan; disebabkan wedding I akan diadakan di kampung, I kena consider beberapa perkara seperti transportation and accommodation.

Then I ada la shortlisted kan beberapa MUA yang I sangat-sangat berkenan. Plus hari-hari I dok stalk dan belek page diorang, tengok sane tersenyum, tengok sini pon tersenyum. Berangan sorang-sorang nanti nak cantik camtu jugak, haiiiihhhh tinggi betul harapanku! Mulalah sesi meng’email’ semua MUA berkenaan, kena la mintak quotation kan, kena la within my budget of course. Hihik. Selepas ditimbang-timbang, I setujulah nak hire seorang kakak ni, hampir-hampir I nak bayar deposit kat dia, tiba-tiba maybank2u buat hal malam tu, xsempat nak transfer. Esoknya lupa, lusanya busy. Hu hu hu. But, mungkin ada hikmah disebaliknya kot…(kepada kakak yang saya dah janji nak booking tu,.saya minta maaf ye)

…..and one fine day, I sangat-sangat busy kat office. Balik rumah pon dah lenguh satu badan. Memang tak larat dah nak bergerak rasanya. Tapi hati rasa xtenteram rasa macam nak online je. Mula-mula bukak fb tapi takde apa yang menarik, semakin membosankan. Tutup! Then bukak blog, tapi takde mood nak menulis. Tutup! I tak tahu cemane , masa I blogwalking, terjumpalah satu blog MUA ni, I scroll down 15min je, then I klik previous page. Scroll down lagi, terus tersenyum. Inilah yang I cari2! I sangat terberkenan dan terus sms MUA tersebut. Quotation, dah ada dalam blog, just I sms nk tahu extra charges for transportation. Dapat je reply, I terus confirm booking beliau, the same night jugak I transfer duit deposit ke akaun maybank beliau. Kali ni takde masalah plak. 

One hour later, kakak tu reply dan bagi receipt bagi bayaran deposit MUA.
He he he, decision yang I buat dalam tempoh 1-2jam sahaja. Macam tak percaya, 2-3 months I survey sane sini, tak jumpa tapi hari tu, I dapat apa yang I nak. InsyaAllah I berpuas hati dengan keputusan yang I buat ni.
Reveal sikit hasil kerja beliau yang paling I suka.


her link: http://aziecunzmakeup.blogspot.com/

ada soalan? boleh email i k~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...