I know, i know benda ni patutnya dah update lama dulu (7 bulan lepas), huhuhuhu. Tapi baru malam tadi berkesempatan nak ambil gambar kebetulan tengah buat HB untuk customer. Ramai sangat dah tanya dan i rasa ramai dah tertunggu-tunggu. Sorry sorry sorry!
Tutorial ini memang sangat simple sebab i tak sempat nak explain panjang-panjang, so harap-bila tengok gambar pon boleh faham ye. Ni pon curi-curi masa lunch hour untuk update sebab hari ini puasa. So ada masa sikit lah untuk menulis. Enjoy!
*sorry kualiti gambar tak cantik sebab buat kerja sorang-sorang. So sebelah tangan ambil gambar, sebelah tangan lagi pegang polistrin.
Potongkan box polistrin putih mengikut saiz yang dikehendaki. Berkadaran dengan panjang pemegang HB tersebut. I agak-agak je sebab dah biasa potong, so takdelah betul-betul ukur. So i tak dapat nak bagi ukuran kat sini, tapi kalau agak-agak dalam 4.5 x 2 x 2inch kot.
Trim dan bentukkan box polistrin tadi menjadi bentuk silinder. Tak perlu bulat sangat dan perfect sangat sebab nanti akan balut juga. Kena berhati-hati tau sebab kalau tak bertul cara, berlekuk-lekuklah polistrin tersebut. Kalau boleh gunakan pisau/cutter yang tajam tau. Practice makes perfect yawwww!
Ini lah hasilnya, takdelah bulat sangat kan, ignore je. Kita teruskan kepada step seterusnya!
Belah dua silinder tadi, pon kena berhati-hati dan cermat okey!
Hasil ada seperti di atas.
Bentukkan alur/ ongkang di tengah-tengah potongan silinder tadi untuk ruangan batang (dawai) HB yang telah siap dicantumkan. Tak perlu besar sangat, hehehe.
Letakkan batang HB yang dicantum tadi ditengah-tengah dan kepitkan dengan silinder lagi satu seperti gambar di bawah ini.
See, kepit macam ni tau!
Lilitkan polistrin yang dikepit tadi dengan masking tape, lilitkan kemas-kemas supaya HB dalam kedudukan firm dan kukuh.
Akhir sekali, balutkan pemegang dan kain mengikur warna yang anda sukai.
So inilah hasilnya!
Selamat mencuba kawan-kawan. Cheers!
HB Nurul Nadila