Genap Aisha Amani 5mo, i start introduce her to solid foods sebab tanda-tanda nak makan tu memang sangat la terserlah. Tapi belum full swing lagi la. Paed said mula-mula introduce kena bagi dia 'plain bubur' or puree dahulu. Sebab taknak bagi perut dia terkejut. Kalau nak bagi 'plain bubur', kena betul-betul cair. Kalau puree pula, try bagi apple/pear sebab buah tu la yang paling less allergic dan paling senang di digest. Sebenarnya bagi mana-mana dulu pon boleh, just please dont mix up lagi. Bagi 1 jenis je dulu.
Biasalah orang melayu, makanan ruji kita adalah nasi, so confirmlah bagi bubur. Mat saleh plak tak makan nasi, so diorg bagi puree. As a mother, ikot korang la nak mulakan dengan yang mana satu.
As for me, i nak try bagi puree dulu. Start dengan apple. Tawakal sangat masa mula-mula nak bagi makan tu. Risau pon ada. Alhamdulillah Amani sangatlah gembira dapat makan. I ikot 4 days rules. So empat hari berturut-turut bagi dia apple dan i pantau berak dan badan dia risau kalau-kalau ada allergic kan.
Disebabkan gigi Amani dah tumbuh since 3m3w, so dia lebih suka puree yang lebih pekat. She prefer to chew first before telan. So i kurangkan kuantiti air masa blend dan cuba sesuaikan dengan selera dia. Guess what, Amani sangatlah pemakan orangnya. Every meal, dia makan sebiji epal. Mula-mula i bagi sikit je, tapi dia menangis nak lagi nak lagi. Mula-mula memang tak layan tapi after a week, i tingkatkan portion meal dia sampai la end up sebiji epal. Now she is a happy girl sebab dapat makan dengan kenyang. Lepas tu i bagi dia pear, papaya, mango (harum manis), and banana. Semuanya dia makan dengan syarat kena pekat. Kalau cair-cair mulalah muka macam berkerut like, what is thissss? Hahahaha.
FYI, rutin menyusu Amani langsung tak berubah walaupon dah makan tau. Breastfeeding like usual. Hehehe.
After 3 weeks amani makan puree, baru la i slowly bagi plain bubur. Alhamdulillah dia terima dengan baik. Lepas bagi bubur ni, barulah nampak die lebih kenyang sebab bubur tu sendiri kanji dan menyenyangkan. Hisap susu pon dah kurang. She will skip 1x hisap susu bila dah makan. So i ambil peluang pump out the breastmilk untuk bekalan dia bila i dah mula kerja kembali. 3 days after, i pelbagaikan bubur amani dengan letak carrot, kurma, or raisin. Bagi rasa yang pelbagai untuk dia makan supaya tak jemu.
I start mixed up 2 things in her foods after 5weeks tau. Fuhhhh lama gila bersabar. Itupon bila i rasa betul-betul yakin yang perut dia dah betul-betul bersedia nak terima pelbagai makanan.
Now Amani dah 6mo, Dia dah ada rutin makan yang tersusun. Dah ada menu yang berbeza untuk breakfast, lunch, dinner or snack time. Alhamdulillah i am super duper happy sebab my baby can accept solid foods very well. And bersyukur rezeki untuk breastfeeding masih ada. Perjalanan masih jauh, masih banyak yang perlu dipelajari. InsyaAllah mana yang boleh dikongsi, i akan berkongsi. Semoga tidak disalahertikan seperti sebelum ini.
*************************************
Dikesempatan ini juga, i nak minta maaf kepada one of the blogger, yang i kenal since she is single now dah ada anak seusia Aisha Amani. I am not mention name (you know who you are kan), i langsung takde niat nak memperlekehkan/mengecilkan/memandang rendah pada you or other mommies. Your baby or my baby, i pandang sama je, i know kita sama-sama excited nak bagi anak makan, i feel the same tooooo. Tapi yelah, setiap budak lain-lain penerimaan dia, ada yang okey ada yang tak. Ada yang 4 bulan dah ready makan, ada yang 9 bulan masih bergantung dengan breastmilk sahaja. Bersabar and keep trying the best for the baby. Kadang-kadang kita rasa makanan tu sesuai untuk dia, tapi mungkin sebaliknya. Cuma kesian kat anak tu jela kan, huhuhuhu.
Kalau you rasa komen i sangat mengkritik, i terima seadanya.
Hanya Allah sahaja yang tau niat dihati ini. Srottttttttttt.
Hanya Allah sahaja yang tau niat dihati ini. Srottttttttttt.
Love,
i n t a n o r a z a m