oh my lama gila x update blog. sangat busy okay.. salahkan i ye. orang lain tak bersalah.
Update from me:
SATU:
Alhamdulillah jualan hijab sangat laris, rekod tak pecah lagi, sold out within a week. Alhamdulillah again. InsyaAllah kalau niat kita baik Allah akan sentiasa bersama kita.
Tips from me: yang penting jangan terlalu nak untung, dan pilih kain ikot citarasa kita, if kita sendiri tak puas hati dengan kain tu, jangan beli. Confirm customer pon tak suka, dan bila customer tak suka, orang serik nak beli hijab kita dah. masa tu buat la promosi ke hape ke, memang orang tak layan dah.
sekarang kena stop sekejap 'customadehijab' sebab kene fokus dengan menda lain. kerja of course my priority, then WEDDING! giloss.
DUA:
WEDDING! perlu ke nak huruf besar? perlu kot.
i am just ordinary person yang sangat tak suka nak hand over kat orang kerja terutama BAB ini. semuanya nak buat sendiri. kalau cantik alhamdulillah dan kalau tak cantik, kena redha lah, itu je. memang nak buat ape2 pon kena take a risk kan. hehe.
after a long discussion with my fiance, we both agreed wedding will be in October. a veerrrrrryyyyy llloooooonnnnngggggg period i though. Even my family nak cepatkan itu dan ini, my FFIL pon tanya why October? we both have our own reason, and i think it will be our secret jelah. Ingat senang ke nak pikul tanggungjawab nak kawin ni, susah. And of course mmg berat je rasa nak pikul tanggungjawab terutama nak jadi wife orang ni. nanti husband ke mane, i ke mane. Kalau boleh nak betul-betul prepare so that marriage akan jadi sesuatu yang diberkati Allah dan ibu bapa, insyaAllah. Marriage bukan semata-mata untuk bersama orang yang kita sayang sahaja, its more and moreeeee ~~ *bukan geli-geli sahaja tau!
Patutnya paling lambat in May ye kawan2. Tapi abaikan May and ingat October. yes October! yesssss!
22 October 2011 - nikah
23 October 2011 - sanding
29 October 2011 - bertandang
31-3 November 2011 - Honeymooooon, weeeee. fly to KotaKinabalu and Krabi insyaAllah~ tiket dah beli masa Airasia fair aritu. yeayyyy!
Related to wedding preparation, i dah beli satu modern wedding dress from Puteris! Pokai mak, takpe demi kepuasan i rela. I am not pink-addicted, i love bloody red much more. My handbag, handfon cover, suma merah. Trust me please. But my wedding concept is pastel colors (pink-lilac-ivory-tiffany blue-green); and here it is, my choose is rusty pink! agak-agak ayu tak masa sanding nanti? hihihihik.
This is the dress. lawa tak? sila angguk! Tak boleh tunjuk full lagi nanti masam. sume orang dh tengok. I love the lace and the detailing so much! no offense. and the beads, sangat kemas. i found this dress via online, and after short chat with Puteris, i had decided to grab this. (khamis, jumpa dress ni, tanya harga. jumaat drive to cheras after work. sabtu drive ke putajaya fitting dress). and its all mine! yezzzzzaaaaaa. (cukup! entry dah terlalu panjang) now tengah pikir samada nak pakai tudung lain or stick dengan tudung heavy beads yang termasuk dalam set baju tu. takpelah banyak masa lagi nak pikir pon.
Untuk majlis bertandang, i prefer simple wedding gown, designed by me of course and diedit dan direalisasikan oleh 3R Boutique. its like empire dress, okay sila google. Thanks Riffai, personal fesyen designer Erra Fazira, demand betol i! yang senangnya boutique ni kat kuantan. senang nak follow up. macam banyak duit, haiiiihhhhh. takpe2. berjimat and kumpul duit ye intan! kalau boleh semua nak guna saving sendiri. barulah puas hati.
Bunga telur dah siap. thanks emak! my mum memang kreatif bab-bab bunga telur ni. So memang kena la dengan taste i, no doubt. Memang kena tema lah. Love u so much! Sekali tengok je pon dah puas hati sampai senyum kambing. hihik. Lepas ni kena fikir wedding favor plak nak kasi apa..errrrrrmmmm~ itu my part plak.
TIGA:
semuanya pasal ABU. my grey kitten. After 4 bulan jaga abu, berat dia dari 0.6kg jadi 2.5kg. Salahkan i lagi. Bagi vitamin, makanan, susu full cream pastu g veterinar, memang terjaga dengan baik. Ececeh perasan aihhhh! Kalau manusia kena jaga camni pon mesti badan naik melambung2, kan?
to be continued~