Haiiiiii~
Sori dah lama tak update blog. Entry pertama sebagai PUAN intan. Hihik~
Hari ni first day bekerja, tapi takde mood sangat. Asyik tengok gambar kat facebook je. Tersenyum sendiri sorang-sorang. To be honest, I am super proud of myself, Alhamdulillah semua DIY menjadi terutama pelamin, bilik dan khemah. Penat lelah terasa berbaloi walaupun sakit pinggang memanjat etc. Nanti I review satu-satu k.
For now nak review pasal nikah dulu. Ramai yang request pasal Veil Nikah. Suka kah?
Veil nikah ni 100% design and beadings by me. Idea pon I sendiri-sendiri je, rasanya semua dah pernah tengok entry INI dan INI. Tapi masa tu tak review semua la kan, nanti basi pula.
Okeylah, veil ni terdiri dari 3 komponen utama sebenarnya iaitu Veil, shawl RM10 dan dua keping lace yang sudah di patch (untuk bahagian muka). Sori gambar takde sebab dah hantar dobi, so korang buat paham-paham sendiri jela ye, ampun!
So first of all, I pakai shawl tu macam biasa aje, pastu lekatkan lace yang di patch tadi dikiri dan kanan bahagian muka dan pinkan kemas-kemas. Kemudian letakkan veil dalam kedudukan selesa dan pinkan. Mudah dan ambil masa 3 minit sahaja, cepat kan.
Selepas siap, baru pakai lipstick, DONE! I’m ready for the Akad, ececeh~
Nak tengok hasilnya?
Okey tak hasilnya,sesuai dengan muka?
Selepas ini makeup nikah, setuju?