Okey now I akan reveal pasal engagement favors. Sesetengah orang rasa tak perlu, tapi I rasa perlu memandangkan rombongan datang dari jauh, mr f berasal dari Muar, Johor dan kebanyakkan family diorang datang dari Johor dan KL. Kalau I sendiri, pergi wedding jauh2 mesti I happy kalau dapat something untuk dibawak balik kan. So that I terus terfikirkan favors untuk rombongan yang datang sebagai souvenir. Lagi satu diorang semua bakal pak-pak dan mak-mak sedara I. Apa salahnya berlebih sedikit? Kenapa pak-pak dan mak-mak? Sebab family mr F sangat besar dan ada almost 14 uncle and aunties. Masa bertunang tu pon dah datang almost 12 cars tanpa anak masing2. Dapat bayangkan tak I nervous sangat nak salam dengan semua yang di atas tu. Tapi I ignore! Abaikan perasaan tu.
Untuk favors, I bagi 2 barang yang pertama makanan dan yang kedua menda yang tak boleh makan. Haha. Boleh ke jawapan camtu? Oleh lah yang makan dululah. I tempah butter choc cake with choc chip dan orange cake with choc chip dengan kak Intan (ha ha sama nama), kek dia sangat sedap dan I dapat price yang sangat murah. Almost 40 sen sebijik kot. I tempah 200 pieces sekali bekas yang cantik dan I decorate lagi dengan ribbon pink on top dan tag sticker.
"today is unfolding..like a blossom with petals curled tightly concealing the beauty within..."
Kedua I bagi decoration plate vintage English dari KK Home Deco Ampang. Kawan I yang belikan tp yang clearance stock, so I dapat dalam 50 pieces sahaja. So I ada tambah lagi plate biasa cari kat kedai di Kuantan sahaja. Okey check this out.
Untuk bekas, I cari di Cowboy Kuantan. This is sssoooo limited yawww! Bersepah-sepah cowboy tu I geledah untuk dapatkan bekas ni, triangle medium paperbag. Harga dalam 7.90 untuk 10 pieces or senang 79 sen sahaja lah. Haha. Quite okelah kot sebab bawah rm1 suma kecik sikitlah sebab I letak kek tu 2 ketul setiap beg. So last kite layan gambar!
Masa bertunang kat letak kat tepi my custom-made mini dais. Nampak berseri sudut tepi sebelah kiri tu kan?
Sebenarnya majlis ni kat kampung, tapi I rasa kalau kita pilih kombinasi color yang betul, insyaAllah majlis akan nampak cantik dan sweet sangat. Love yaaa~
1 comment:
eeh... mak saye ade lg la kat situ... hehehhehe
Post a Comment