Followers

Wednesday, January 12, 2011

GIVEAWAY TIME WOOOOTTTT WOOOOTTTT!



Tiba-tiba rasa nak buat giveaway. Seronok tak dengar? Wwwoooooootttt woooottttt!!

Aritu dah buat sekali tapi dalam fb je. Takde contest ape2 pon just i terasa nak bg giveaway, so i pilih secara random jelah mereka-mereka yang bertuah tu. Tapi takdelah bermaksud yang tak dapat tu tak bertuah, mungkin belom rezeki kalian. Hihihik. I heart you all.
Insyaallah selepas i balik dari korea dan vietnam nanti, i akan buat giveaway lagi. Korang doakan jelah i balik dengan selamat ya. Aminnnn.

Okeylah, for now. I tak tahu lah ini dikira sebagai giveaway ke x. Tak kesah lah kan! I’ve planned nak buat sesuatu yang akan menggembirakan sesiapa yang bercadang nk design wedding card sendiri. I AM WILLING TO DO IT SPECIAL FOR YOU AND IT'S FREE yawwww! Interesting kan? I love something simple & english vintage. Tapi SEBENARNYA korang boleh keluarkan idea korang sendiri dan i akan buat ikot apa yang korang nak ye. Don’t worry honey, FIKIR IDEA CANTIK-CANTIK ye. I will design using photoshop or ai then export it to jpeg so that korang senang nak print out dan tunjuk pada card maker.

Kenapa i buat semua ni?
  1. Sebab i seorang designer. Tapi bukan design kad tau. I design building, so mesti korang dapat agak i kerja ape kan? Hihik. If guna Photoshop and Illustrator tu, memang my expertise la. InsyaAllah i akan gunakan kebolehan i tu untuk design kad korang nanti.
  2. Sebab i nak tambah kenalan bride to be!!! tak kesahlah background korang dari mana, even sabah dan sarawak, sekurang-kurangnya i boleh berkongsi dan bertukar-tukar pendapat dengan korang. So if u read this, sila exchange link juga!
  3. I nak ambil mood kahwin! Sebab i ni kerja busy gila, so this is the easiest way nk release tension he he he. Yela sape tak suka wedding kan?

Cukuplah tiga sebab kot. So sape2 nak i buat kad, silalah buat short entry pasal ni okey. Just untuk spread the words je. I tak limitkan design kad i nanti. Ikot kesesuaian waktu, so maybe ramai yang bertuah kan. Pastu korang post la kt komen entry ini korang punya link. let’s exchange link! Nanti i akan baca ye. Dan i akan contact u balik! Jangan lupa tinggalkan email sekali ya.

Tuesday, January 11, 2011

Make up oh Make up!

Make up sangat penting kot especially untuk bertunang dan bersanding. Tapi nasihat i, kena ikot pada event la. Untuk bertunang, jangan over sangat sampai menenggelamkan kecantikan semulajadi kita. Cantik ke? Semua orang cantik kot, Allah dah jadikan setiap manusia itu cantik dan unik. Kalau boleh gunakan earth color untuk eye shadow dan lipstick pulak, pastel. Xperlu nak merah menyala. Pada i, masa bertunang la ‘sesi perkenalan’ diantara bakal menantu dan keluarga pihak lelaki, jadi untuk mengelakkan bad expression dari diorang, ‘berlakon’ la sikit yang korang ni memang ayu dan cantik. Ha ha ha syhhhh ini rahsia tau. Nak nampak lagi cantik letak blusher pink, macam tersipu-sipu malu gitu.

Macam i, make up masa bertunang memang simple gila. Cukuplah sekadar muka nampak segar dan berseri.i pon tak tetapkan budget yang tinggi untuk make up. Hehe. Dan i dapat rm80 untuk make up, berbaloi tak? Nak dapat harga camni? Kena surveylah. Tu paling penting!! But but but, i still buat trial make  up untuk pilih style make up dan color. Yang ni i bayar rm50.

Kalau bersanding pulak, i support if korang nak melaram macam diva. Nak buat smokey eyes ke, ape ke, memang sesuai lah! Masa ni lah nak make up paling cantik. Sebab i rasa dah susah dah nak make up tebal lagi selepas kawin. Tapi terpulang la pada pendapat individu, ada je yang memang make up ke ofis. I bukan orang cmtu kot, i prefer simple je even i pakai jeans je ke ofis.
So, pilihan ditangan anda!

B2B: Reveal Custom-made Mini Dais

My custom-made mini dais? N the dayangsssss?

Okeylah review satu-satu ya. Untuk mini dais, I habiskan dalam RM21 sahaja. Percaya tak? Itu pon I spend untuk beli bunga kat belakang tu, dan riben, itu sahaja. Sebenarnya background adalah langsir emak lama-lama. Ada 2 lapis, belakang skali langsir offwhite plain, then depan dia ada langsir bercorak jarang. Langsir ni pon I pasang kat curtain track tingkap sediada kat situ. Cemane I hide tingkap cahaya tingkap belakang tu? Ha ha ha ni gelak jahat. I suruh BIL pasang kain hitam dari luar, pon ni ihsan dari emak. Kena amek tangga dan panjat. Sebab adik kesayangan, diorang redha. Thanks abangteh &abangchik.

Pastu berbalik kepada dais, I letakkan bunga DIY sendiri idea pon I sendiri , mula-mula nak letak flower ball tapi sebab nak jimat, I buat camni je. Still nampak oke kot. Bunga beli kat Cowboy rm19.90. Riben tu RM1 kat small garden. Sebab bunga tu ada 18 kuntum, so I divide 3 kuntum untuk setiap ikatan. So ada extra 3 kuntum. I simpan dalam kotak. Untuk decoration I biasanya guna no ganjil, contohnya 3 kuntum bunga, dan 5 jambak bunga. Camtu jugak I apply bila design rumah orang, or buat ID.

Sarung Alas dan bantal? Pinjam dari kawan yeayyyy. Alas tu tilam single yang dilipat dua. Pastu I ambil sejadah merah letak atas alas bagi naik seri. Bantal bentuk silinder I pinkan pada alas supaya tidak bergerak. Oke done explanation custom-made mini dais I! Nak copy, silakan. Lagi baik kalau bagitahu I dulu. Sharing is caring right?

The dayangs? All my nieces, anak kakak-kakak I je. Attire, diorang sendiri. Kebetulan masa wedding anak sedara I, tema kami baby blue. Pastu I rasa macam comel je baby blue n pink. So I kerah dan paksa diorang pakai balik baju tu masa tunang I. Ha ha ha evil. Sampai emak I pon pakai baju yang sama. Tapi kakak-kakak I, nan ado! Semua nak melaram baju baru, tapi still blue color lah!

Abaikan muka i tak duduk diam, nebes!

LOVE INAL

B2B: Reveal Engagement Attire

Untuk engagement attire, I pilih simple kurung moden.

Color? Yang penting I nak nampak ayu n suci untuk majlis tersebut. So i’ve choosed pink+cream color instead or gold. Actually I memang suka pastel color. I beli lace n satin untuk baju tunang di Kamdar masa sale 50%, pastu hantar jahit kat Uji’s Collections which is specialist buat baju pengantin dan upah? Sangat murah dan berbaloi untuk jahitan yang sangat kemas. Baju I tempah RM140 ye. Murah kan? So sesape nak jahit baju ikot badan kat Kuantan ni, I memang akan suggest kak Uji. Tapi nak dapat tempahan tu, I rasa memang susah sangat kot sebab kak Uji ni super duper busy menjahit tempahan baju pengantin orang. He he.

FYI, I seorang yang berangka besar tapi kurus sebenarnya. So untuk menutup ke’kerempeng’an I, I buat kurung moden dengan empire cut di bawah dada. Kain pulak kain duyung. Asalnya ada jahitan satin kat bawah dada tapi rasa macam simple sangat pulak.So I amek hujung lace dan tampal sendiri kat bawah dada tu. Then I beli Kristal pink dan tambah kat situ, hujung lengan n hujung baju. Kasi enchance sikit. Sebenarnya tak perlu pon sebab lace yang I beli tu dah ada beaded tapi sebab excited, I jahit lagi tambah sana sini. Hasilnya okey I puas hati sebab jahit sendiri kan, buruk pon tetap puas hati.

Untuk tudung, I beli rm10 je kat kedai di Kuantan, hujung tudung ada benda shining I tak tahu apa dia. Asalkan simple, I okey je. Untuk Veil pulak, I sewa kat amy bridal rm30, kebetulan ada warna betul2 match dengan baju, Alhamdulillah. Okelah dah habis, sila layan gambar! LOVE~



Tengok I kurus kan, longgar je kat perut tu. Perasan! Haiiiihhhh sebenarnya sila tengok hujung lengan, hujung baju dan bahagian bawah dada yang I DIY tu. Oke ke x?

B2B: Reveal Engagement Favor

Okey now I akan reveal pasal engagement favors. Sesetengah orang rasa tak perlu, tapi I rasa perlu memandangkan rombongan datang dari jauh, mr f berasal dari Muar, Johor dan kebanyakkan family diorang datang dari Johor dan KL. Kalau I sendiri, pergi wedding jauh2 mesti I happy kalau dapat something untuk dibawak balik kan. So that I terus terfikirkan favors untuk rombongan yang datang sebagai souvenir. Lagi satu diorang semua bakal pak-pak dan mak-mak sedara I. Apa salahnya berlebih sedikit? Kenapa pak-pak dan mak-mak? Sebab family mr F sangat besar dan ada almost 14 uncle and aunties. Masa bertunang tu pon dah datang almost 12 cars tanpa anak masing2. Dapat bayangkan tak I nervous sangat nak salam dengan semua yang di atas tu. Tapi I ignore! Abaikan perasaan tu.

Untuk favors, I bagi 2 barang yang pertama makanan dan yang kedua menda yang tak boleh makan. Haha. Boleh ke jawapan camtu? Oleh lah yang makan dululah. I tempah butter choc cake with choc chip dan orange cake with choc chip dengan kak Intan (ha ha sama nama), kek dia sangat sedap dan I dapat price yang sangat murah. Almost 40 sen sebijik kot. I tempah 200 pieces sekali bekas yang cantik dan I decorate lagi dengan ribbon pink on top dan tag sticker.

"today is unfolding..like a blossom with petals curled tightly concealing the beauty within..."


Kedua I bagi decoration plate vintage English dari KK Home Deco Ampang. Kawan I yang belikan tp yang clearance stock, so I dapat dalam 50 pieces sahaja. So I ada tambah lagi plate biasa cari kat kedai di Kuantan sahaja. Okey check this out.

Untuk bekas, I cari di Cowboy Kuantan. This is sssoooo limited yawww! Bersepah-sepah cowboy tu I geledah untuk dapatkan bekas ni, triangle medium paperbag. Harga dalam 7.90 untuk 10 pieces or senang 79 sen sahaja lah. Haha. Quite okelah kot sebab bawah rm1 suma kecik sikitlah sebab I letak kek tu 2 ketul setiap beg. So last kite layan gambar!


Masa bertunang kat letak kat tepi my custom-made mini dais. Nampak berseri sudut tepi sebelah kiri tu kan?


Sebenarnya majlis ni kat kampung, tapi I rasa kalau kita pilih kombinasi color yang betul, insyaAllah majlis akan nampak cantik dan sweet sangat. Love yaaa~

B2B: Reveal Hantaran Tunang

Dulu I dah reveal gambar tunang kat fb. Then aritu I dah delete dah sebab nak ambil mood kawin pulak. Ha ha ha. Tapi kadang-kadang rindula bila tengok balik gambar tu dalam lappy ni. Mana tak nye, itu antara kenangan terindah yang I ada dan lebih happy sebab I ada kawan2 yang selalu memeriahkan keadaan, tu yang buat I lebih happy! Even I buat majlis kat kampung, diorang tetap datang. Sampai sesat2 dalam ladang sawit omaiiiigoooddd korang sangat struggle okey. As u know, I nie sangatla cerewet lebih2 bab baju, decorations etc etc. Boleh dikatakan semualah. So hari ni I nak share beberapa perkara berkenaan majlis bertunang I pada 29 Mei 2010 tempohari.
Hantaran I kepada pihak lelaki adalah:
  1. Sirih junjung
  2. Buah buahan
  3. Cupcakes
  4. Perfume
  5. Kemeja
  6. Cookies famous amos
  7. Sepersalinan baju nikah
  8. Belt dan tie
  9. 2 nashkhah buku agama hardcover
Dan dibalas tujuh oleh mr F:
  1. Sirih junjung
  2. Sebentuk cincin tuning (cincin risik dah diberi sebulan sebelum tu)
  3. Cupcakes
  4. Telekung
  5. Handbag
  6. Ferrero roche
  7. Sepersalinan baju nikah
Alhamdulillah semua hantaran ni kami beli sikit-sikit mengikut budget yang tak seberapa. Untuk gubahan, I pilih Dip Flower warna light pink and cream. Tempah kat kawan tadika i. Ni contoh dia:


He he. Hasilnya sangat superb. Macam Kristal dah. Tapi as semua orang tau, Dip Flower ni sangat mahal ye. So i suruh my friend tu buat sekuntum-sekuntum dan I gubah sendiri. Dia buat 11 bunga besar, 12 bunga sederhana dan 30 bunga kecil dan daun pulak, xtau la berapa kuantiti dia, banyak kot. Then I custom-made buah2 cristal warna pink dan manic bulat warna hijau konon2 bagi naik seri. Bab gubah, I serah pada kakak kesayangan bagi diorang banyak kerja sikit tp I tetap monitor diorang buat. Psiko kan. Haha. End product sangat memuaskan hati I dan yang bestnya, I rasa worth it. Bayar mahal sikit takpe asal kita mampu tersenyum. =) Gambar dekat2 sikit nanti i godek2 dalam lappy. Ni kat ofis ahaks!

Then, untuk belah lelaki, I rasa my mr F sangat bertuah ada pakcik designer. Hantaran diorang dibuat hanya dalam masa 3jam sahaja dan hasilnya? Mampu menenggelamkan hantaran i. Okeyla warna pilihan diorang adalah soft purple. (actually I yg pilih warna ni kihkih). Tapi selit-selit warna cream jugak kan, loike!Sangat cantik. Rasa sayang nak bukak hantaran tu tapi sebabkan I excited sangat nk pakai handbag CR tu, I bukak jugak huh u hu.

Okelah now time to reveal hantaran. Sorrylah kalau korang rasa story I indah kabar dari rupa.


Okeylah I rasa entry akan jadi terlalu panjang, so that I akan divide kepada beberapa part ye. Stay tuned. So untuk entry ni adalah berkenaan hantaran sahaja ye. 
LOVE INAL!

Sunday, January 9, 2011

B2B: Theme Color Reveal, Again!

Ingat tak I pernah post entry ini? Hu hu hu hari ni I akan post pasal entry yang sama tapi lain sikit.

Disebabkan my bridesmaid ni excited terlebih, dan suka nak exchange color untuk bersanding, nikah dan bertandang, I pulak jadi confused which color yang diorang akan pakai untuk setiap event. Hahaha. Takot tersalah faham nanti color kitorang jadi sama plak untuk event tu. kalau boleh I taknak color yang sama dengan bridesmaid. Kiranya baru la I menonjol sikit kat situ.. haha. (gelak evil*). Dah la masing-masing beli lace kat Jakarta lah, Bandung la. Memang mengalahkan pengantin. Tapi I suka ke’excited’an diorang tu. I rasa dihargai hokey. So sekali lagi I reveal color pilihan I untuk attire I sendiri dan bridesmaid. Enjoy!

nikah: pengantin (babycorn) bridesmaid (tiffany blue)

 
bersanding: pengantin (dusty pink) bridesmaid (babycorn)

teaser: inilah baju bersanding I nanti. Persalinan dari Puteris, Putajaya. 
Full set with this kasut, tudung dan veil.
I beli tau, berbaloi-baloi kan? Ingat nak buat sewa lepas I kawin nanti. 
Agak-agak ada orang berminat x?
Boleh la call/pm I ye.

bertandang: pengantin (soft lime / tiffany blue) bridesmaid (offwhite)
The design? i want something like this, a MODERN DRESS! tapi fully covered la  sebelah atas tu kan. 


Untuk bertandang ni susah sikit sebab I dah dapat sponsor design baju dari my future uncle, so that I x sure nak stick dengan my color (tiffany blue) or ikot my uncle yang pilih which is lime. Huhuhu. Hope lepas ni takde ubah-ubah dah. Lace untuk betandang warna tiffany blue tu dah ada present dari my bff, Hana, dia beli kat Bandung aritu. So if I pakai warna tu, I xsure la lace tu nak buat baju apa. Buat baju raya?oh glamor la I nanti kahkahkah.

INAL

My Sweet Little Kelabu



Bila sejuk, inilah jadinya. Berduaan berhibernasi. Ni belom kes berkongsi selimut lagi, haru.
I heart you Abu.

B2B: Ada sesiapa tahu tak kat mana nak beli belon Helium area Kuantan?

Saturday, January 8, 2011

Telegraphic Transfer Online: yeayyy me.


Anybody experienced getting money for TT online? Remember that I wrote about floating money in my account? The description is ‘TT Online’. Not transfer fund, or cash deposit either. So I’ve goggled ‘what is TT Online Maybank?’, then I got hundredsss of answer and it’s all related to foreign telegraphic transfer, international transfer, trader etc etc. I am still blurred and have no answer about it. Luckily, ‘it’ has been transfer to my account, not from my account right? I don’t think it is false description ke, duit angin ke sebab duit tu dah clear dah. Yeayyyyy! Nak cepat keluarkan lah. Takot takde balik. Hahaha kelakar.

My Best Friday in January!


Alhamdulillah, I am super duper happy today! Got my first 2011’s payment from my outsource project!  Remember this entry? My first payment is from Puan Norlela; a very nice-and-kind UIA medic lecturer, who willing to hire me to design her so-called HOME~ Alhamdulillah again!

It’s only 7days of 2011 and I hope to get more and more ‘rezeki’ soon, but then.. It’s all paid by the hard workssssssssss of course. For the start, I love to stare at this 4 digit cheque, and I am looking forward to get more ‘this’ and ‘those’. Urggggghhhh tired but really worth it. I thought I am really broke this month, renewing my car roadtax and insurance, car service, increasing bills yada yada yada,… oh kenapalah korang datang at the same time? Redha redha redha. Nasib baik dapat 'rezeki' so boleh lah cover sana sini, selebihnya simpan.

So, sebab happy sangat kan, we (I and Mr F) went out for dinner kat tepi pantai. Beach? Yeahh but please do not misunderstood. Bukan yang bentang tikar tepi pantai sambil makan buah and sandwish mcm picnic tu tau, it’s only dined in mcd at teluk Cempedak, the best set for lepak-ing. We’ve grabbed our first Prosperity for this year. After that, we drove to ECM to catch Paranormal Activities 2 (PA2) at 1230am, and we have 1 hour interval, so lari jap pergi Coffee Street lepak-ing lagi and had Hot Choc, White Coffee and toasted bread for supper. PA2 sangat blur and I macam tertunggu-tunggu climax dia kat mana, ended up dada berdebar-debar sebab tunggu sampai habis  scene yang akan buat I scream macam nak gila. Tapi sad, non ado! Pelik. Pastu bila habis, everybody like nak tunggu lagi dan muka masing2 pon mcm “hah dah habis ke?”. Tapi takot tetap takot. Whateverrrr I keluar dulu bye.

Pastu balik rumah.. Sebelum tido check dulu Maybank account sebab nk tengok current balance so that boleh take note bila cheque clear. Then surprisingly once again, ade floating balance RM***.00 dalam account. Muka dah berkerut empat belas sebab tak sure where is the money came from? Rasanya takde plak sapa-sapa bayar hutang ke sebab I pon bukan kaya sangat nak bagi pinjam. Kayap ada lah! Ha ha ha. Check email pon takde any notification from anyone. So I just accept it sebagai another ‘rezeki’ and tunggu reveal dari ‘tuan empunya diri’. Nak kata Maybank salah bagi duit. Sangat tipulah kan.

Rasa entry dah panjang macam karangan SPM, dari English jadi ke BM sebab malas nak pikir ayat buat masa sekarang (3.53am). Lagipon grammar berterabur kot kalau kepala dah weng sebab mengantok. Pssssttt, insyaallah isnin ni dapat lagi satu ‘rezeki’ tapi kali ni takde la cheque; just transfer duit je..yeeeeeaaaayy! Bersyukur lagi! Itu MESTI.

Tu la orang kata, bila niat kita baik nak dirikan masjid dan buat perkara baik, Allah akan luruskan jalan untuk kita dan memberi rezeki lebih. Cuma jangan lupa usaha kerana kejayaan itu tidak datang bergolek. Nak wedding grand, usaha. Nak barang murah dan cantik dan menepati citarasa, survey (usaha jugak tu).  Setuju tak?

Good night everyone! I nak tido dulu. Sweet dream~
3.58am | 8 Januari 2011

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...