Make up sangat penting kot especially untuk bertunang dan bersanding. Tapi nasihat i, kena ikot pada event la. Untuk bertunang, jangan over sangat sampai menenggelamkan kecantikan semulajadi kita. Cantik ke? Semua orang cantik kot, Allah dah jadikan setiap manusia itu cantik dan unik. Kalau boleh gunakan earth color untuk eye shadow dan lipstick pulak, pastel. Xperlu nak merah menyala. Pada i, masa bertunang la ‘sesi perkenalan’ diantara bakal menantu dan keluarga pihak lelaki, jadi untuk mengelakkan bad expression dari diorang, ‘berlakon’ la sikit yang korang ni memang ayu dan cantik. Ha ha ha syhhhh ini rahsia tau. Nak nampak lagi cantik letak blusher pink, macam tersipu-sipu malu gitu.
Macam i, make up masa bertunang memang simple gila. Cukuplah sekadar muka nampak segar dan berseri.i pon tak tetapkan budget yang tinggi untuk make up. Hehe. Dan i dapat rm80 untuk make up, berbaloi tak? Nak dapat harga camni? Kena surveylah. Tu paling penting!! But but but, i still buat trial make up untuk pilih style make up dan color. Yang ni i bayar rm50.
Kalau bersanding pulak, i support if korang nak melaram macam diva. Nak buat smokey eyes ke, ape ke, memang sesuai lah! Masa ni lah nak make up paling cantik. Sebab i rasa dah susah dah nak make up tebal lagi selepas kawin. Tapi terpulang la pada pendapat individu, ada je yang memang make up ke ofis. I bukan orang cmtu kot, i prefer simple je even i pakai jeans je ke ofis.
No comments:
Post a Comment