Followers

Tuesday, July 17, 2012

Reward kepada diri sendiri

Selepas 3 tahun Nokia E72 ni berkhidmat, tibalah masanya ia bersara walaupun keadaannya masih cantik/berfungsi. Memang tak rosak pon, screen pon tak calar, tapi disebabkan excited nak ambil gambar baby banyak-banyak so i me'maksa' diri membeli handphone baru. (paksa tu yang tak tahan tu).

Untuk Nokia E72, i boleh bagi 5 bintang, atas performance dan kelasakannya. Dah terhempas banyak kali atas jalan raya, terpijak, anak saudara campak, sengaja/tak sengaja terjatuh, memang keadaan masih elok. Tak tau lah memang ia jenis tahan lasak ke apa, tapi salah satu faktornya sebab beli yang zitron kot. 

Nokia E72 ni hadiah daripada my boss, sebab performance kerja zaman 'tersebut'. Sekarang, dah tak perform sangat macam zaman anak dara dulu. Dang! I sangat suka E72 tu sebab walaupon 'C'okia, tapi tetap boleh email, whatsapp, facebook, twitter dengan jayanya. Cuma instagram je tak boleh, tapi terpaksa menumpang di phone husband. Stresssssss! So itulah salah satu sebab kepada i berpindah ke handphone baru. Instagram tu penting kot! Addicted sudah!

************************

Masa mula-mula nak usha handphone baru tu, memang dalam kepala nak beli iphone macam husband. Sebab dah terpengaruh dengan dia lah! Tapi bila baca review, dan komen kawan-kawan, android lagi bagus terutamanya dari Samsung. Kebetulan pula S3 baru je keluar di pasaran, memang terpengaruh habislah. So i pon ajak husband usha-usha Samsung booth sebab nak explore sendiri S3 tu. Tapi dari dulu sangat suka Note tapi masa tu tak mampu nak beli sebab mahal ya amat!

Bila sampai kat booth, S3 ke mana, Note yang dituju. Godek-godek, plus tanya salesman, memang Note lah yang terpahat di hati. Husband lagi suka S3 sebab saiz yang lebih kecil dan processor lagi laju, tapi sebab ini phone i, so i tetap nak Note juga. 

Yeay, beli Note!



Balik rumah godek-godek, puas hati! Lepas ni takyah pinjam iphone husband lagi untuk instagram. Semata-mata untuk itu? Hahahahahaha, layankan aje. Just fall in love dengan Samsung Galaxy Note ni walaupun besar gabak. S3, byeee!

Jom follow instragram i ye. Account i as usual lah: intanorazam


Husband pon suka padahal die pakai iphone, siap cakap nak tukar ke android lah sebab iphone sangat tak user friendly. Hehehehehe. 

Silalah beli wahai suami! 

Sebab masa i beli tu dia menyokong tanpa bantahan, so i pun kenalah sokong dia juga!


Love,

i n t a n o r a z a m




Saturday, July 14, 2012

Feeding checklist: OneBabyWorld & 31weeks update

Hye darling!

First time try up entry via phone. Teheeeeee.

Quick update, this week nak completekan feeding checklist and kebetulannya OBW buat sale, so grab lah apa yang patut. Over RM200 dapat free postage! So apa lagi, klik sana klik sini, sekejap je nak cukupkan RM200 tu! Haila nafsu, kenapa rapuh sangat?

Pembelian RM234.80 tapi bila barang sampai dan calculate balik, total RM294+ tau, so rasa berbaloi-baloi! Free postage and dapat voucher RM15, xpenat dan tak perlu drive ke store!
Weeeeeee, tunggu sambil goyang kaki jelah!

Ini antara barang-barang yang dibeli, tak snap semua sebab malas nak simpan balik dalam kotak.


                                        gambar dari instagram


So sekarang tinggal breast pump belum sampai. 


Diaper bag baru order tadi, so isnin sampailah kot. Baju baby dah boleh kemas dah! Baru siap basuh baju baby sabtu lepas, thanks abah Amani sebab tolong basuhkan dikala ibu keluar dengan bff ke Teluk Cempedak gossiping sambil makan McD atas pasir, loike!! Muah!

                                        gambar dari instagram

Sebelum bersalin ni, nak happy je, enjoy pregnancy moments and i hope dapat puasa penuh! Amin!

Love,

i n t a n o r a z a m
31 weeks, and 9 weeks to go


Tuesday, July 10, 2012

30 Weeks Check Up



30 Weeks Check up:

Start from this week, i akan check up dua minggu sebulan. Semakin kerap lah ke DMMC nampaknya, hehe.

My baby's weight: 1.632 kg ( ikot graf 1.3kg camtu je)
My weight: +2 kg (normal)

Progress:

1. Scan kali ni baby paling aktif sekali sebab dia tengah bangun menggeliat sana-sini!
2. Dapat tengok baby sedu secara live, ternganga-nganga mulut. Baby sedu adalah rutin sekarang, kadang-kadang sampai 3 4x sehari.
3. Progress baby okey, cuma i yang kena diet sikit sebab kandungan gula hari itu yang tinggi. Walaupun sekarang dah back to normal, tapi doc risau gula akan naik balik.
4. So far BP, Urine, HB semuanya okey.
5. Perut dah selalu mengeras, kepala baby dah kebawah. Tapi doc kata perut i masih ada kosong, still ada ruang yang luas di bawah 'B', sebab badan i jenis panjang, so xdelah sendat sangat kat bawah 'B' tu.
6. Semakin kerap kencing, lebih kurang 1st trimester dahulu. Masa 2nd trimester i tak pernah bangun malam untuk kencing.


So jumpa lagi baby dalam 2 minggu ye!



Monday, July 9, 2012

Nama sudah di pilih

Hai,

Monday blues betul lah! Elok-elok dah mandi dan keringkan rambut, masuk bawah comforter balik. Haihhhh dah terlambat masuk office hari ni. Di tambah pulak dengan aircond sepoi-sepot bahasa, lagilah mimpi yang best-best.

Terjaga pukul 915, itupun sebab dalam mimpi kerja kat office belum siap, terus cerah mata bangun. Hahaha (padan muka).  Terus mandi lagi sekali, bersiap ke office. This is my Monday, what's yours?

*******************************

Hujung minggu yang sangat padat dan best. Kepenatan 245% tapi kepuasan 400%, cemane tu?

Kalau nak cerita pasal my weekend mesti korang boring je baca, so kita cakap pasal lain lah.

*******************************

Alhamdulillah nama baby A sudah di pilih. Nak tahu siapa pilihkan?


Ustaz Don Daniyal !


Ceritanya macam ni. Husband and i memang dah shortlisted nama baby, nama lelaki dan nama perempuan. Tapi lebih pada nama perempuan lah sebab dah 4x scan nampak flower. I pon dah start panggil 'baby A'. Dalam entry i sebelum ni pon i ada bagitahu nak namanya baby Amani kan. So depan dia lah yang menjadi big question mark. My FMIL ada nasihatkan kami, dah pilih nama baby, silalah rujuk dengan ustaz nama tu baik ke tidak. Walaupun maksudnya baik, tapi diharapkan biarlah serasi dengan baby.

Awal-awal tu takde lah plan nak tanya Ustaz Don pon, tapi tiba-tiba teringat yang adik Ustaz Don adalah my junior, so why not text dia and try my luck. I pon minta lah this 'another Don' tanyakan Ustaz Don perihal nama baby kami. This another Don namanya Don Ahmad Ashraf. Hehehe. So i pon bagitahu lah 3 nama pilihan bagi baby girl dan 2 untuk baby boy. 

Dua hari selepas itu, dah dapat reply. Weeeeeeeeeeee. Ustaz Don dah pilih! Entah kenapa berdebar-debar pula nak baca. Alhamdulillah Ustaz Don pilih nama combination pilihan i and husband, memang first choice kami lah untuk both nama girl and boy! 

So adil kan, itulah orang kata, first choice tulah paling terbaik. Selama ni memang i je yang pilih nama, tapi ada je yang tak berkenan di mata husband. So bila sama-sama pilih, adil dan saksama.

So kami macam tak teragak-agak lagi nak namakan baby dengan nama tu. So lepas ni boleh tutup buku lah, dah boleh stick dengan nama ini. Hye baby, hang in there! 


Wwwwwwwwweeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!



30 weeks and counting~


Wednesday, July 4, 2012

Hello 3rd trimester

Hello 3rd trimester, 
Please be good to me!

Update:

1. My belly mula membesar dan memenuhi bahagian atas, perut mula nampak penuh dan bulat. But still boleh pakai maternity jeans size M. Ehem!

2. Luckily rashes (skin infection) hari tu dah fully recover dan tak tinggalkan scretch mark, yeay me! But still risau sebab ada 10 minggu lagi, so still berharap dgn Tanamera VCO perut akan kekal cantik.

3. Last checkup (7 months) berat turun 1kg dari previous checkup, tapi unluckily gula naik mendadak sebab belasah 3 biji durian pada malam sebelumnya, dengan dinner carrot susu dan dua pinggan char kueh tiow. So kena further checkup this saturday, ambil darah lagi. Hope kandungan gula akan kembali normal, amin!

4. Baby membesar dengan jayanya, advance sikit tapi still under control kata gynae. Makin kerap menendang secara bertubi-tubi sampai terasa nyilu/nak kencing!

5. Perut mula mengeras secara keseluruhan terutama subuh dan maghrib, dan terasa sakit di bahagian ari-ari. Gynae kata its normal sebab baby dah pusing ke bawah dan mula nak engaged. Maybe sebab baby besar, so awal la terasa sakitnya.

6. Hidung memang dah membengkak since 5 months pregnant, jadi please ignore my big nose ya!

7. Kaki tangan masih belum bengkak dan belum rasa kebas-kebas, alhamdulillah!

8. Barang baby hampir complete, tinggal part feeding sahaja. Tengok budget cukup untuk beli Medela FS sebab semua barang-barang mahal dah beli termasuk baby cot, stroller and car seat. Sebelah hati nak beli Medela Swing sahaja sebab kesiankan husband, tapi sebelah hati lagi rasa patut beli FS sebab geram/nafsu!

9. Freezer besar dah beli untuk persediaan stok EBM, and we choose Panasonic; always my favourite brand!

10. Colostrum sudah mula muncul seawal 6 bulan, alhamdulillah! Berharap selepas bersalin pon rezeki baby murah. Sekarang my mum advise supaya selalu bersihkan dan massage supaya saluran clear dan tak tersumbat. So mission untuk fully breastfeed baby sangat berkobar-kobar.

11. Working loads dah semakin kurang, kurang ke site dan meeting, manakala tempahan HB dah hampir sampai ke penghujungnya. Alhamdulillah!

12. Nama dah finalize, but still ada 2 3 options, so ingat nak contact my junior (which is adik Ustaz Don) dan minta Ustaz Don finalize dan pilihkan untuk kami. Amin! harap-harap dapat nama yang terbaik untuk baby.


Lain-lain, semua biasa sahaja macam M2B yang lain. hehehehe.


Love,

i n t a n o r a z a m


Update: HB Nur Afifah

 

Tempahan Afifah dari Kedah

Love the color combination so much!

Teringat HB nikah i yang dah rosak tu.
Cuma bezanya yang ni pemegang dia warna cream, my HB untuk nikah dulu pemegang warna turqoise.

Rindu plak nak kawen lagi sekali, tapi dengan lelaki yang sama lah kan. Wink!



Tuesday, July 3, 2012

Additional baby space

Hai korang,

Disebabkan semalam rajin ambik gambar babycot dan bilik, so terus snap yang ni skali. Additional baby space, tambahan kepada chest drawer baby sebab barang-barang dalam tu dah terlalu penuh. Disebabkan i malas nak lipat baju baby yang kecik-kecik tu, i pon ada idea untuk buat camni, so semua baju boleh la di hanger.

 Sorilah gambar sedikit kuning, sebab lampu bilik kuning, pastu kamera ni over plak effect dia, hehe.

Terutama baju untuk jalan-jalan. So far sekarang tak banyak pon baju jalan-jalan lagi, kebanyakkannya rompers and bodysuit je. Nanti kalau ada jeans ke, skirt ke, blouse comel-comel je, semuanya hanger dalam ni. Dalam drawer letak baju basahan harian or untuk dipakai ke nursery.

So abah dikerah untuk DIY benda alah ni, ibu sebagai mandor. Hehehehe. Cost hanya RM5, beli penyangkut tu kat IKEA. Nasib baik lah abahnya melayan je karenah i yang nak buat itu dan ini, hehehehe. Thanks sayang!

Yang i hanger ni semuanya koleksi rompers baby A, banyak kan? Tak perasan plak rompers dah 30 helai lebih rompers/bodysuit yang ada, asyik sangat mengorder online, inilah hasilnya! Tapi don't worry, i beli dari size newborn - 9months. Paling banyak 6 month and 9 month la, baby kan cepat membesar. Hehehe!

 Photo dari instagram

Antara koleksi baby A yang paling i suka adalah ini, sebab comel sangat. Pastel color yawwww. Yang ni new born size, susah nak cari size camni. Dari Tiny Ted. Ada 6 helai semuanya. Kebanyakannya koleksi baby A i beli online je, kecuali lah untuk sleepwear i prefer Anakku and Disney, and adalah 3 4 helai dari Baby Kiko. Heeeeeeee.


So far koleksi baju dah cukup, abahnya pon dah bising dan tak bagi beli dah, so lepas ni concentrate beli feeding punya checklist. Lain-lain semua dah complete kot, insyaAllah!

Love,

i n t a n o r a z a m


Monday, July 2, 2012

29 Weeks & Mydear Warehouse

Hai,


Monday blues kan hari ni. Malasnya nak bekerja sebab badan lesu dan kepenatan. Sabtu di KL, ahad di kampung. 

Alhamdulillah, I am now at week 30 (29w 2d), passed my 2nd trimester and say hello to 3rd trimester. Yuhuuuuuuuu! I am a bit nervous but yet tak sabar nak tunggu lil one lahir sebab dah mula rasa badan terlalu berat dan susah bergerak. Perut pon dah selalu mengeras dan mula berasa nyilu dibahagian bawah which is normal kata gynae. Plus my baby a bit bigger, so lagi cepat lah terasa berat.

Last 2 days, I dapat call dari gynae from DMMC, doc bagitau yang kandungan gula I agak tinggi dan kebarangkalian untuk ‘kencing manis semasa pregnant’ adalah tinggi. Hehehe, I memang dapat agak dah sebab masuk je 6 bulan hari tu, I hari-hari nak minum milo ais for breakfast, bandung for lunch, and carrot susu for dinner.

Plus dengan adanya ice blended blender kat rumah ni, lagi la I selalu buat carrot susu. Yummy! Buat pekat-pekat plak tu. Kadang-kadang buat ice blended milo/mocha. Ice cream? Rutin kot nak hari-hari. Paling favourite adalah ice cream crunch. Slurpppppppppp! Kek pulak, teringin je terus bake sendiri. Tak kira dengan durian lagi, dua tiga biji boleh makan seorang. Husband kata dah pokai dah sebab durian kan mahal. Dah la selang beberapa hari mesti nak, asal terbau tepi jalan confirm kena berhenti beli, hahaha.

Mana lah gula tak naik, redha jela intan oi. Doc suruh datang DMMC untuk discuss pasal diet pemakanan. Hehehehehe. Kelakar pulak rasa, tapi seram pon ada. Dibuatnya kencing manis, baby besar, kena bersalin awal/czer, gulppp! Minta dijauhkan, Amin!

******************************************

Okeylah malas nak fikir pasal tu, I nak pasal babycot!

Actually, I memang tertunggu-tunggu Mydear Warehouse sebab nak beli babycot. Dengar plak ada blogger, Mimi dapat beli dengan harga yang murah, lagi lah excited nak beli. Tapi nak datang dari Kuantan ke Puchong semata-mata untuk babycot tu, sangatlah tak berbaloi kan. Alhamdulillah, rezeki I kot, kawan I punya wedding pada minggu yang sama dengan warehouse tu, so dapatlah I ke KL dan singgah ke Puchong. Heeeeeeeeeeee.

Pada I, warehouse kali ni tak best sangat kot. Babycot tak banyak choice pon. Tapi kalau stroller, carseat, walker, memang murah la. Tapi I tak cari pon semua tu sebab dah beli, so focus pada babycot sahaja lah!

Sampai-sampai je terus tuju ke babycot. Niat nak cari yang putih, affordable, solid wood, dan tak terlalu besar. Tilam plak nak Latex/rubber. So I terus usha harga, tak tengok pakej pon sebab memang taknak beli bedding set and mosquito net tu.

Akhirnya we both setuju nak beli yang ni, harga RM259 untuk babycot sahaja. Tilam latex takde, so grab yang rubber, RM122. Total RM381. Okey lah kot! Last expo lagi murah, tapi since kami dah sampai, beli je lah kan.

Ini adalah babycot yang I beli tu. Dah pasang malam tadi and terus letak dalam bilik. Heheheh.


I tak berapa berkenan header kayu atas bed head tu, tapi sebab ini je choice yang ada, so i pejamkan mata jelah. Yang penting murah! Alhamdulillah saiz babycot sesuai dengan tempat yang i plan nak letak. Warna putih tu plak memang match dengan furniture bilik. So boleh lah senyum lebar sampai telinga!


Try letak Quilt World Map yang i DIY tu dalam babycot, size dia exactly sama dan muat-muat je dalam tu. Plus tepi tu boleh dijadikan bumper. Yeayyyy lagi! Sekali lagi, Nasib baik tak beli bedding set Mydear. Hihihik!



Ni plak bila pagar tu diturunkan. Elok-elok je saiz quilt tu dengan paras pagar tu kan. Hehehehe. Tak terlebih, tak terkurang. Puas hati!

Try pulak letak 2nd quilt yang i plan nak guna masa berpantang kat kampung dalam tu, still babycot nampak luas dan sangat comfy! 


Harap-harap baby A suka! Yang penting ibu dan abah suka sangat-sangat dan tak sabar nak letak baby A dalam tu. Kena ajar baby A tidur asing-asing sejak dari awal lagi, senang nanti.

29weeks and counting, harap-harap 3rd trimester ni semudah 1st and 2nd trimester. Semoga Allah mempermudahkan perjalananku. Amin!

Till then,

 i n t a n o r a z a m


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...