Followers

Thursday, June 28, 2012

Sekali lagi

Huhuhu, sekali lagi.



Memang i sedar i tak letak watermark. Tak suka sebenarnya, macam sangat kedekut pulak. I tak kisah if siapa-siapa nak ambil gambar HB i dan letak di blog, or letak di FB, or di mana-mana sahaja sebagai inspirasi. Silakan sayangku! Kalau letak watermark, macam terlalu mem'promosi'kan diri sendiri pula.

Cuma kalau tujuan bisness, ibarat mencuri namanya! 


I pon rasa tak selesa. 

Apa salahnya letak hasil tangan sendiri kan? I percaya tangan-tangan korang pon berseni dan sangat kreatif, ada yang buat dan hasilnya, BOOM! Lagi cantik dan kemas!!

 I dah share tutorial bunga dan pemegangnya sekali. Dah ada dua kelebihan di situ. Boleh try buat dan kalau nak buat bisness, sila kan! Jom cari duit lebih jom.

" Saya tak marah aihhhhhhhhhh, sharing is caring!"



Saturday, June 23, 2012

My Bad: Skin infection


Hai,
Selamat hari Sabtu, ada sesiapa ke kerja hari ni? Wink! I am all alone, husband kerja, so this is my Saturday; woke up late, havin’ lemonade and slice of cake. Nyaman!

This week, I am entering week 28, which is 7 months of pregnancy. Sometimes, rasa cepat sangat masa berlalu. Pejam celik pejam celik, perut dah makin membesar. My baby progress is quite a champion 
(I guessed), berlumba-lumba dengan I membesarkan badan. 


At my 25weeks, baby weight dah 0. 815kg, and at 27weeks, she is approaching 1.15kg, Alhamdulillah!

Tengok jadual ni, terbukti my baby sangat bambam. But no to worry, harap-harap puasa nanti baby normal ikot graft ye sayang. Ibu taknak lah baby besar sangat, nanti susah ibu nak teran, hehehe.



So far, my placenta is on the right position, my baby head is down, air ketuban cukup, and heartbeat seems normal. 

***********************************************

But unfortunately for me, last week was a nightmare. I had this so-called skin infection at my belly, ouch!
Kalau lah boleh diputarkan balik masa, huhuhu. Menyesal tak sudah!

Last Monday, I’m in the rush. A bit late to work, I sangat kelam kabut dan just grab je baju yang ada. But I’m not forgetting to apply my scratch mark lotion (Cocoa Butter Palmer’s), picit punya picit takmo keluar. Dah habis kot. Then I selamber je sapu Johnson Baby Lotion pada perut, and I’m done! 

But it happened bila I balik kerja dan doing some house works kat dapur. (I sangat suka memasak masa pregnant ye, takde alahan bau minyak ke, busuk ke, heheheh). My belly berpeluh dan a bit melekit. I start rasa gatal tapi just ignore je, ingatkan sebab balik kerja dah busuk-busuk. Bila nak mandi, I sangat terkejut tengok perut yang merah ranum, dan berbijik-bijik halus, it rashes! Huhuhu. Then I mandi macam biasa, guna sabun Sebamed and berharap lepas mandi akan okey. Tapi makin teruk plak, bila terkena sabun, terasa miang sangat. Maghrib I terasa sangat panjang dan menyeksakan. So lepas je maghrib, I terus turn on aircond, baring, and sapu bedak Agnesia pada perut. Kasi perut kering sikit. Alhamdulillah gatal dah hilang sikit tapi merah tetap ada.

Dua hari pon tak baik-baik lagi, still kemerahan dan gatal, terutama bila berpeluh dan terkena baju. Membengkak merah ranum, sebijik macam terkena ulat bulu or gegata. I sangat tak tahan and terus pergi DMMC. My gynae sangat terkejut tengok perut i. I ingatkan sebab tersalah makan, but she said kalau salah makan mesti gatal tu satu badan or dekat pelipat mcm ketiak, lengan, celah kangkang etc. Tapi in my case, kat perut sahaja. So ni mesti disebabkan something yang I apply kat luar, samada baju I kotor ke, ada hama ke, or ubat/lotion yang i sapu. Dang! Terus teringat I sapu Johnson Baby Lotion pada perut tu, huhu. My bad!

Yes, memang I ni kulit jenis over sensitif, tapi tak sangka lah sesensitif ini. I thought lotion untuk baby kan light, so mestilah okey if apply kan, rupanya tak! Erkkkk, for me lah hahaha! Doc bagi ubat sapu dan makan, ambil darah, and I terus minta buat monthly checkup (sepatutnya minggu depan). Bila semuanya selesai, I dapat MC dan terus balik rumah. Taking a very gooooooooodddddddddd rest, tengok tv, duduk dalam air cond, everything back to normal. Wink!

Now I had learnt my lesson. I memang sorok lotion tu jauh-jauh. Taknak tengok dah. Ngeri tau! Punya lah nak jaga perut taknak scratch mark, end up perut merah menyala. I ade gak menggaru sikit-sikit, harap2 takdelah scratch mark yang muncul. Huhu.

So M2B, as a precaution, jangan lah sapu apa-apa lotion yang tak berkaitan pada perut ye. I would suggest Bio-oil, VCO, Olive oil, or any lotion specifically use for pregnant only.

Menyesal kemudian tiada gunanya. If u detect some infections terutama pada belly, cepat-cepat jumpa gynae tau!

Sharing is caring, love!

i n t a n o r a z a m



Monday, June 18, 2012

My Confession Part 2


Hai korang,

Rupenya ramai juga yang berminat dengan entry sebelum ni. Mulanya malu/segan nak share tapi apa salahnya kalau kita berkongsi bersama kan.

I tahu ramai B2B or wives yang agak was-was tentang this things. Ada juga yang memang nak anak cepat-cepat kan.

Situasi kita berbeza,ada perkara yang perlu didahulukan, dan ada pula perkara yang perlu diletak ke tepi. Ikot priority. I got few emails and comments yang memberansangkan, dan ada juga mempertikaikan tindakan I ni. Hehehe, but it took it positively and smile.

Ramai juga yang berterima kasih dan dengan entry I ni, telah membuka hati mereka untuk mendapatkan baby. Wink! Syukur Alhamdulillah.

---------------------------------------------------------------------------------------------------

As for me, ini reason ini atas tindakan I tu.

Masa bujang:
1.       I  anak bongsu dalam keluarga, dan gap dengan kakak yang atas 15tahun. Can u imagine? I dibesarkan dan dimanjakan sorang-sorang sebab my sister study kat MRSM. So kat rumah hanya i, my mum and dad sahaja. So that I sangatlah manja dan sangat dimanjakan. Terasa anak tunggal gitu!

2.       Bila dah rasa anak tunggal, mestilah tak reti buat kerja rumah. My mum plak jenis melayan karenah I, sampai sekarang ni pon (dah berkahwin), if I nak my mum suapkan makan, mesti dapat. Even dulu kawan-kawan I yang datang rumah, selalu my mum suapkan makan nasi sambil kitorang study untuk PMR. Sweet kan my mum? My husband pon kadang-kadang jealous.

3.       I tak reti buat kerja dapur, my mum cakap if I tolong, I macam mengganggu dia je, lebih baik dia buat sorang-sorang, lagi cepat katanya.

4.       I ada ramai anak saudara, dan I suka babies. Cuma bila tengok diorang nangis, I rasa takut dan tak tahu cemana nak handle. So if kena jaga anak saudara yang umur 5-6 tahun tu okeylah, kalau babies, still kurang yakin dengan diri sendiri. Walaupon memang I tak tunjuk yang I ni takut, tapi conflict tu dalam diri je, tak terluah. Sebab I maksu yang kekonon sangat cool. I selalu fikir, kalau ada anak sendiri nanti macamane, boleh ke aku? Capable ke?

      Sebelum kahwin dan sudah bekerja:
1.       Kalau korang kerja bidang construction, mesti korang faham bidang kerja I macamana. Hehehehe. Masa study kat USM dulu pon, life as student Architecture ni memang hectic. Siang kitorg tidur, malam berjaga. Kerja-kerja semua buat malam normally. Ntahlah, sebab kononnya tengah malam tu la masa dapat idea nak design kot. (hahaha). 5 tahun life camtu, memang susah nak tukar rutin tu dah. Orang pukul 8am bergegas nak pergi kelas, kami plak kul 8am tu la baru nak balik balik tidur.

Even bila dah kerja pon, still I buat rutin yang sama. Pergi kerja pon kadang-kadang terbabas. My boss pon admit benda yang sama. Siapa boleh maintain rutin macam student lain memang cool dan hebat! Siapa setuju dengan i?

2.       Bila dah abis study dan kerja, scope kerja plak sangat hectic. Sama macam study dulu. Lebih-lebih kalau handle project. I pernah handle satu fast track project design Automotive College di Pekan, Pahang. Kena siapkan college tu dalam masa 3 bulan, crazy kan? And I am working like no tomorrow. Pagi petang siang malam I di office. Plus kalau site visit, bayangkan habuk, nak kena panjat sana-sini. haihhhhh.

I pernah terfikir nak tukar kerja ke position yang lebih relax dan flexible (such as lecturer ke, tutor ke), tapi bila fikir-fikir balik, tak jadi. This is my dream, my desire. Memang la I ni bukanlah terror sangat, bukan best student pn, tapi to be an architect, tak perlu pon jadi excellent. We are not working and dealing with books and facts, but with human needs. Creativity, productivity, and practicality.  At least I nak practice selama 15 tahun dulu baru settle down, or masuk JKR ke? Boleh balik on time 9 to 5. Wink!

Bayangkan if kerja I memang camni, and I am married and ada baby, nampaknya memang kesian lah siapa yang jadi anak I, tak membesar depan mata. Hehehe. Nak biar anak dengan maid siang malam, tidak!

Dah berkahwin:
1.       Baru nak adapt dengan new life, hehehe. Plus I rasa weird ada orang lelaki dalam rumah i. My siblings semuanya perempuan, so the only man in my house adalah my dad. Dengan ayah sendiri memanglah selesa kan. Ni bila dah kahwin je, I rasa pelik nak kena lipat baju lelaki, terutama part-part yang ‘kecik’ tu, I jadi malu sendiri. Cara lipat baju pon salah. Huhuhuhu. I selalu terkejut bila tiba-tiba ada orang asing dalam rumah. Hahahah. Kalau dating dulu lain cerita, jumpa pon 2 3 jam je, ni bangun tengah-tengah malam tengok ada orang asing kat sebelah, nasib baik takde insiden menjerit terkejut lagi. Hahaha!

So I need time, at least to suit with new environment, to cope with house works yang tiba-tiba kena buat sendiri, to change as better muslimah, and also to maintain as career woman.

---------------------------------------------------------------------------------------------------


So this is it: My reason(s).

Ada yang email I and share, bagitahu diorang kena planning sebab isu PJJ, kesihatan, dan lain-lain.

Thanks for sharing dearie! At least I tahu ramai yang ambil tindakan macam I, dan bukan semua orang sengaja nak ‘elak’ rezeki.

And the most important part is, WHEN WE KNOW THAT WE ARE READY, WE JUST KNOW


Like me, 
punya la panjang alasan berjela-jela, tapi after two months of marriage, I’m ready! 
Yes, Allah knows the best for me, for US!


So lepas ni I kena bertukar jadi supermommy lah! Karier dan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri, mesti seiring. InsyaAllah! Doakan I ye!

Love,

i n t a n o r a z a m






Friday, June 15, 2012

My confession!


Hai,

Selamat Hari Jumaat!

Harini memang malas sangat nak keluar lunch sebab panas kat luar. Plan nak jalan-jalan cuci mata kat mall tapi tak jadilah.

Harini nak share something, heheheh. It’s a bit personal tapi rasa nak share juga.


***********************************

Alhamdulillah, I have been married for 8 months and 2 weeks. Terasa macam baru sangat lagi, kenangan dimakeup cantik-cantik-pakai-baju-lawa-lawa still segar dalam ingatan. Heeeeeeeeeeeeeeeee.

Before married, I selalu cakap yang I taknak bunting pelamin, I taknak baby, I nak honeymoon paling kurang pon half a year. I nak jalan-jalan and enjoy dulu dengan husband sebelum hidup bertiga. Husband (masa tu fiancé) dok layankan aje karenah I, and he said nothing. No comment at all. Dang!

Like 3 months before wedding, I’d goggled some info about family planning etc and I am very sure about ‘this’. I’m kept doing researches and making options. Kaji dan kaji, dan I mcm dah stick dgn decision ni sekeras batu. Hahahah. Bila dah clear dan yakin, I beranikan diri untuk share perkara ni dengan my housemate and besties. Diorang macam gelak je, siap cakap ‘Nanti kalau ko terus tak dapat baby baru padan muka!’. To be honest, I am a bit ‘terpempam’ dan takut jugak lah tapi masa tu I tetap dengan pendirian i. 

So last resort , I minta opinion daripada my childhood friend cum neighbor, Lily. Dia ni pharmacist kat GH. Dia advise I amek Jasmine (J), for 3 months only. Dia kata it’s good untuk betulkan hormon, period cycle, and also for family planning. And the best, less effects mcm kegemukan or tambah selera makan.

I sangat happy! So, I trusted her, and 1 month before wedding, i terus cari J ni kat farmasi. Mula-mula malu sangat nak beli tapi tebalkan aje muka, kena bagi IC dan register for record. I beli untuk stok 3 bulan dan start makan 1 month before my Big day.

Guess what? Masa I ambil J, I memang period on time, takde senggugut dan jerawat pon makin kurang. Period cycle I jadi 28 days, which never happened before. Sebelum ni period I suka-suka je terjah kadang-kadang 32days, kadang-kadang 45days, kadang-kadang as early as 25days. Sesuai dengan I kot. Tepat je 28 hari, I akan period dan no more period pain wooot woooottttt. 

Masa wedding tu pon I period, tapi langsung takde mood swing ke apa, dan nasib baik juga jerawat tak keluar. Hahahah. 

And sampailah 2 months of marriage, I tetap ambil J setiap hari. My husband tak tahu pasal ni, pity him. Takut nak share dgn dia. Confirmlah kena marah kan.

But, itulah orang kata, kuasa Tuhan kan. Bila dah kawin je, naluri nak jadi ibu tu semakin membuak-buak. I macam dah malas nak amek J dan I dah mula rasa baby sangat comel dan tak sabar nak ada anak sendiri. Dalam masa 2 bulan tu, I tetap ambil J tapi pada masa yang sama I nak baby, hohhhhh! Daripada taknak jadi nak. Tak malu betul!

So bila I period je, I nekad nak stop taking J, byeeeee! I berserah pada Allah, dan kalau ada rezeki, insyaAllah I bersedia untuk jadi ibu. I berdoa hari-hari semoga Allah mengampunkan I atas tindakan I sebelum ni dan kurniakan I zuriat, tak kisah la cepat atau lambat, He’s know better!

Tetapi, rutin I masih seperti biasa, takde berubah pon dari sebelumnya. We both masih dalam mood honeymoon dan aktif berholiday setiap weekend. Berjalan sampai ke Perak, Penang, Kedah, Terengganu dll. Kadang-kadang one night trip je, tapi dah katakan honeymoon, semuanya indah belaka. Love!

Bulan yang ke 3, period I lambat seminggu. I terfikir juga samada ni sebab stop amek J ke, or hormon jadi x stabil balik. Or I’m pregnant? Tapi masa tu I cool lagi, sampailah one fine day, I beranikan diri beli pregnancy test kit. Sebab tak sabar, test kat office. Double line uol! And it’s clear. Menggeletar sorang-sorang dalam toilet.

Terus whatsapp husband. Petang tu test lagi sekali, husband belikan test kit yang lagi mahal. Pon sama double line. Heeee. Kalau awal-awal dulu I lah orangnya yang taknak baby, taknak baby. Tapi bila tahu je ada manusia lain dalam rahim ni, I plak orang paling happy. Gosok-gosok perut. Husband, bertambah-tambah happy lah! Terus call bagitahu FMIL. I pon bagitahu my parents. I rasa syukur sangat bila hati i terdetik je nak baby, Allah perkenankan. I stopped taking J and 1 month later, i'm pregnant. Syukur ke hadrat Ilahi!



Masa ni la I terasa kekuasaan Allah, Kunfayakun! 
I rasa sangat kerdil kerana bersikap arrogant sebelum ni, 
taknak baby konon! 
Nauzubillah.


And now, I am happily 27weeks pregnant. Every day is a new day for me, bila perut makin besar, I semakin bahagia. Terutama bila baby dah start kicking, and now if baby diam je, I plak yang rindu dia. Siap kejut dia bangun suruh kick, walaupon kadang-kadang sampai boleh nampak wave kat baju, tapi teruja sangat. Siap kena cover dengan handbag, malu orang nampak.

Barang baby I dah beli banyak juga, excited. Kalau tgk pada checklist, almost 80% dah beli. Stroller, carseat, wardrobe, semua dah beli. Baju? Mittens? Botties? Lagi la awal-awal dah cari. 

Tinggal feeding punye checklist banyak yang belum jumpa, and babycot. Itu je. Lain-lain insyaAllah dah complete.

I dah tak sabar nak tunggu baby lahir. Tak sabar nak tenung, cium baby, dan peluk baby tiap-tiap hari. Tanda kasih sayang kami berdua kan. I berdoa kelahiran baby nanti akan menguatkan lagi ikatan kami suami isteri. I sangat enjoy every moments, Alhamdulillah.


***********************************


P/s: this is my confession. Kepada B2B, jangan lah plan macam i. Ambil pengajaran ye. Kalaulah masin mulut macam kawan I cakap tu, merana I sampai ke tua takde anak. Kalau betul-betul nak plan, jangan lah terlalu lama. Pikir yang terbaik. Bila dah tersasul, cepat-cepat doa dan minta ampun kepada Allah, sesungguhnya Dia Maha berkuasa. I doakan semua orang baik-baik ajer, amin!


Ignore my hidung kembang ye! Genetik family memang camtu.Kaki tangan belum bengkak hidung naik dulu, heeeeeeeeeh!


Love,

i n t a n o r a z a m 


Monday, June 11, 2012

I'm so so so sorry!


Hai,

Selamat hari isnin! Selamat berpuasa kepada mereka yang berpuasa ganti, hehe.

Ini entry luahan hati dan geram dengan Nationwide. Masih ingat entry ini? Sedih sangat sebab HB tu tak sempat sampai ke tangan pengantin.

Huhuhu kesian diorang.

I nak marah sangat-sangat pon, Nationwide boleh buat muka tak bersalah dan salahkan delivery sana, kata diorg, Kuantan dah let go parcel tu on time (same day), pihak sana yang deliver lambat. Huhuhuhu, sangat lah lepas tangan. Tapi bila check kat website, betul jugak.  Check in check out check in check out, sampainya tidak. Huh!

Nationwide buat hal, selalunya sehari je, tapi boleh plak pending tak jumpa rumah lah, apa lah. Stress. 
It takes 5 days baru sampai. Padahal Kuantan-KL je. Bukannya Kuantan-Sabah. Satu lagi Kuantan-Kuala Terengganu. Pon tak jauh mana. Huhuhu.

I terpaksa take it as bukan rezeki diorang, dan bukan rezeki I juga. Berhempas pulas I siapkan HB ni, ingatkan sempat la sampai ke tangan pengantin sebelum majlis. Dengan keadaan ayah I sakit hari tu, memang tertekan. Sampai sakit pinggang I mengadap HB ni. Huhuhuh. First time jadi camni selepas berpuluh-puluh HB telah terjual. Takde rezeki baby juga bulan ni, tak dapat nak shopping barang baby. Sobs.

Sedih. Tension. Sakit hati. Geram.


*********************************
Case 1:
I know customer ni a bit disappointed dgn I sebab order dia 28 April, so I have like a month untuk siapkan. Tapi nak buat cemana, I salahkan diri I dan hormon ibu mengandung yang sentiasa tak larat, kuat tidur dan selalu kepenatan. Dalam tempoh tu pon sepanjang weekend I takde kat rumah. So weekdays dan malam je masa yang ada, dengan tolak masa stay back dekat ofis sampai kul 1230am, memang masa sangat limited. Husband pon turut sama temankan I kat ofis. Dugaan tu, dugaan!

I dah berusaha siapkan, tapi postage plak buat hal. Ini buktinya:


Panjang dan detail kan? Huh!!! Sebab detail sangat so boleh detect salah siapa, hahaha.


*********************************

Case 2:
Tarikh booking 26Mei. Masa slot in dalam order tu I tak perasan tarikh booking n tarikh wedding terlalu dekat. One week je. Selalunya tarikh booking-order gap dalam sebulan. So kelam kabutlah mak buyong ni menyiapkan. Siap-siap je terus pos. Pon tak sempat sampai. Nationwide jawab walaupon dekat ke Kuala Terengganu je, tapi parcel tetap kena deliver ke HQ di Shah Alam dulu. Sebab tu lambat. Tapi bila check status parcel, takde Shah Alam pon? What the...



Urghhhhh, nak marah pon tak guna dah. Nasib baik la pengantin ni baik orangnya, syukur dapat customer camni. Thanks for your cooperation dear.

*********************************

Bila jadi camni, sedih sangat rasa. Rasa malas sangat nak buat HB dah. Nak buat cepat-cepat sangat, badan ni dah tak larat. Dah semakin berat dan sakit pinggang selalu sangat menyerang. Tapi insyaAllah i akan cuba juga siapkan lagi selagi termampu. Kalau tak dapat siapkan, i minta maaf awal-awal ye!




P/S: Masa I announce order (Nov 2011), I memang dah tulis kat HB ORDER 2012 camni....




Agaknya, inilah salah satu 'aral' yang dimaksudkan. Dengan rendah dirinya, i nak minta maaf secara terbuka kepada mereka berdua. Huhuhuhuhu. Harap-harap perkara seperti ini tidak akan berulang lagi.

Nanti bila i dah dapat balik HB dari diorang, i akan let go kepada mereka yang berminat ya!

Inilah HB nya!


Love,
i n t a n o r a z a m





Tuesday, June 5, 2012

My Weekend & 4D Scan


Hai,

Warning: entry super panjang. Tak minat baca sila close ya!

***********************************************


Hujung minggu yang sangat padat. Balik kampung, ke KL, ke Shah Alam, berkenduri, ber’open day’ TUDM, serta terselit juga 4D scan & check up, hehehe. Kalau cerita semua mesti boring gila, jadi kita make it short.

Jumaat malam-sabtu:
Balik kampung jumaat petang, nak tengok perkembangan my dad selepas kejadian jatuh bilik air hari tu. Alhamdulillah he’s getting better cuma kepala pening dan tak boleh berdiri lama. Mulut dah mula banyak bercakap dan bercerita, dan selera makan pon dah semakin bertambah. Alhamdulillah syukur!

Sabtu petang:
Ke KL tapi bukan ke expo baby di PWTC, hehe. Ramai yang kata boring dan tak best, jadi kami sepakat just let it go, nak kirim dengan Put, tapi nampaknya takde apa untuk di kirim pon. Sebelum ke KL, mak masak sedap-sedap, jadi double lunch. Nasib baik dua-dua tak mengantuk dalam kereta.

Overnight di Shah Alam dan jumpa baby Zaheen, my ‘cucu saudara’. Geram!

Ahad pagi:
My husband ke Open day TUDM, jaga aircraft. Mula-mula nak ikot tapi dapat bayangkan kepanasan yang melampau kat sana, so I mengelat. Penangannya, my Husband menjadi hitam legam berbelang mata bila tanggal Oakley. Padan muka. Dengan flying suit yang tebal tu, macam hujan dalam baju. Perasan glamer bila ramai amoi-awek hot-makcik nak bergambar, padahal kat dahi tu dah ada tanda ‘I am married.' Lalala! U r not so-hot anymore!!!! Hahaha!

***********************************************



Ni part PALING BEST, disebabkan I mengelat, dan kebetulannya Ahad Jezz ada di Shah Alam, so I try my luck tengok slot dia.

Ada yang paling pagi pukul 940am. And bila tempat di Poliklinik Umra tu, memang menjerit kegembiraan di dalam hati. Terlalu dekat dengan my nephew punya rumah, sebaris je pon. Kalau jalan kaki pon boleh, tapi takkan nak jalan kaki ye tak?

Dan kebetulannya I am already 25weeks dan dah terskip 24weeks checkup, so terus jelah buat kt Umra ni. Plus I belum inject ATT lagi. Teragak-agak nak gi checkup sebab takut kena inject ATT tulah, hahah.

Pagi tu, breakfast dengan Juju, my USMian bff. Sembang dan bercerita sikit-sikit perihal diri masing-masing. Then juju willing nak temankan checkup. Bestnya ada geng. Takdelah sorang sorang je.

Sampai Umra sharp 940am.

Lepas registration, amek bacaan BP, urine test, dan timbang berat. I berjaya gain 3kgs. Huh! Total dah 13kgs, selamber! BP tiba-tiba tinggi sebab asyik bercakap je dengan juju, bersembang tak habis-habis. Nurse suruh buat 3x baru dapat bacaan BP normal, siap pesan ‘jangan bercakap ye puan..’, hahaha.
Urine okey, then now time nak jumpa baby! Jezz ni kecik je orangnya. Comel plak tu.

Sampai-sampai je terus baring and scan. Mula-mula scan 2D nak tengok kedudukan baby, alhamdulillah kepala dah kat bawah. Baby menyorok celah kaki kanan, jezz pujuk-pujuk suruh keluar, tapi baby lagi menyorok. Sampai ibu kena mengiring baru leh intai muka baby. Boleh nampak kat ultrasound tu bila Jezz tepuk-tepuk perut, tangan baby pon bergoyang sekali. Hihik.

Lagi pujuk lagi menyorok. Haihhh. So Jezz buat benda lain dulu, scan kaki baby, tulang belakang, tangan dan lain-lain.

Kaki baby dah sepanjang 4.79cm, tulang belakang pon nampak perfect kata Jezz

Siap scan 2D, baru scan 4D. Allah Maha Besar, sangat kagum dengan ciptaanNya. 

Jezz cakap.. ‘ Baby u tembam la dear..pipi bulat, dagu double chin,..’ Hahaha. Mak dengan anak sama gemuk, lalala. So salahkan baby i naik 3kgs bulan ni. Berat baby 815g. Ini buktinya pipi tembam tu. Kejap menyorok, kejap cebik, kejap nganga mulut. macam-macam expression hehehe. I love every single moments!


I sangat happy, plus dapat kongsi tengok baby dgn my bff. Dia pon excited sama tanya macam-macam dengan Jezz. Ambil masa dalam setengah jam untuk check semua termasuk gender. Muka sorok-sorok tapi bila check gender, kaki terkangkang habis. Tak malu betul la baby, tembam plak tu 'flower'nya. 


Lepas habis scan detail and everything, I jumpa doctor kat Umra plak, pon kena baring dan check perut. Pastu inject ATT, tak sakit rupanya. Seram je lebih (berlagak). Total checkup RM120. Settle semua around 1045am. Tunggu husband jemput. 


p/s: maybe ada yang tak setuju kita share ultrasound/scan kat blog sebab baby belum lahir, tapi as for me, this is part of documentation la. If laptop/hard disk crash, at least boleh cari kat blog je gambar tu balik. Kenangan tu~

***********************************************


Pergi kenduri kat PJ, then petang ke IKEA. Makan meatball and chicken wings. Nomnomnom. 

Grab few things for baby. Tambah laundry bucket, beli wardrobe baby from Stuva Series (ada tempat hanger baju baby, 3 bakul, and rack), boleh custom-made dan flexible nak berapa bakul, hanger etc etc. I like design things! And also for me, few things for kitchen appliances, ini wajib. 

Masa nak pick up furniture, dah habis plak. So tukar plan, beli wardrobe lain. Yang tu pending, nanti nak beli tak kira! 

Unplanned chest drawer (Malm Series - Chest of 3 drawers) ni plak berbelah bahagi nak beli sebab takut tak kukuh, tapi bila check ada support besi kat bawah drawer, so okeyla! Proceed. Full height drawer pon sesuai dijadikan changing table, senang nak tukar baju baby sambil berdiri pon boleh. So lepas ni nak jahit quilt untuk letak atas drawer tu. Settle shopping, terus balik Kuantan dengan happynya!

***********************************************

Isnin:
We both bercuti, reorganizing furniture kat rumah supaya ada satu corner untuk baby. It's to early to share tapi sebab excited nak share jugak. Terjumpa frame lebih dalam bilik stor. Ting! Ada idea yeay!!

Nak frame kan gambar-gambar scan baby, progress baby dari 8weeks, 12weeks,16weeks sampai 4D scan (25weeks). Kenangan untuk ibu dan baby (ignore reflection). Lampu tidur hadiah kawen, untuk kegunaan nursing baby tengah-tengah malam nanti. Thanks Sue for the present!



Overall, i am very happy! Weekend yang sangat penat tapi berbaloi.

Till then,

i n t a n o r a z a m
25 weeks and counting ...






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...