Followers

Tuesday, June 5, 2012

My Weekend & 4D Scan


Hai,

Warning: entry super panjang. Tak minat baca sila close ya!

***********************************************


Hujung minggu yang sangat padat. Balik kampung, ke KL, ke Shah Alam, berkenduri, ber’open day’ TUDM, serta terselit juga 4D scan & check up, hehehe. Kalau cerita semua mesti boring gila, jadi kita make it short.

Jumaat malam-sabtu:
Balik kampung jumaat petang, nak tengok perkembangan my dad selepas kejadian jatuh bilik air hari tu. Alhamdulillah he’s getting better cuma kepala pening dan tak boleh berdiri lama. Mulut dah mula banyak bercakap dan bercerita, dan selera makan pon dah semakin bertambah. Alhamdulillah syukur!

Sabtu petang:
Ke KL tapi bukan ke expo baby di PWTC, hehe. Ramai yang kata boring dan tak best, jadi kami sepakat just let it go, nak kirim dengan Put, tapi nampaknya takde apa untuk di kirim pon. Sebelum ke KL, mak masak sedap-sedap, jadi double lunch. Nasib baik dua-dua tak mengantuk dalam kereta.

Overnight di Shah Alam dan jumpa baby Zaheen, my ‘cucu saudara’. Geram!

Ahad pagi:
My husband ke Open day TUDM, jaga aircraft. Mula-mula nak ikot tapi dapat bayangkan kepanasan yang melampau kat sana, so I mengelat. Penangannya, my Husband menjadi hitam legam berbelang mata bila tanggal Oakley. Padan muka. Dengan flying suit yang tebal tu, macam hujan dalam baju. Perasan glamer bila ramai amoi-awek hot-makcik nak bergambar, padahal kat dahi tu dah ada tanda ‘I am married.' Lalala! U r not so-hot anymore!!!! Hahaha!

***********************************************



Ni part PALING BEST, disebabkan I mengelat, dan kebetulannya Ahad Jezz ada di Shah Alam, so I try my luck tengok slot dia.

Ada yang paling pagi pukul 940am. And bila tempat di Poliklinik Umra tu, memang menjerit kegembiraan di dalam hati. Terlalu dekat dengan my nephew punya rumah, sebaris je pon. Kalau jalan kaki pon boleh, tapi takkan nak jalan kaki ye tak?

Dan kebetulannya I am already 25weeks dan dah terskip 24weeks checkup, so terus jelah buat kt Umra ni. Plus I belum inject ATT lagi. Teragak-agak nak gi checkup sebab takut kena inject ATT tulah, hahah.

Pagi tu, breakfast dengan Juju, my USMian bff. Sembang dan bercerita sikit-sikit perihal diri masing-masing. Then juju willing nak temankan checkup. Bestnya ada geng. Takdelah sorang sorang je.

Sampai Umra sharp 940am.

Lepas registration, amek bacaan BP, urine test, dan timbang berat. I berjaya gain 3kgs. Huh! Total dah 13kgs, selamber! BP tiba-tiba tinggi sebab asyik bercakap je dengan juju, bersembang tak habis-habis. Nurse suruh buat 3x baru dapat bacaan BP normal, siap pesan ‘jangan bercakap ye puan..’, hahaha.
Urine okey, then now time nak jumpa baby! Jezz ni kecik je orangnya. Comel plak tu.

Sampai-sampai je terus baring and scan. Mula-mula scan 2D nak tengok kedudukan baby, alhamdulillah kepala dah kat bawah. Baby menyorok celah kaki kanan, jezz pujuk-pujuk suruh keluar, tapi baby lagi menyorok. Sampai ibu kena mengiring baru leh intai muka baby. Boleh nampak kat ultrasound tu bila Jezz tepuk-tepuk perut, tangan baby pon bergoyang sekali. Hihik.

Lagi pujuk lagi menyorok. Haihhh. So Jezz buat benda lain dulu, scan kaki baby, tulang belakang, tangan dan lain-lain.

Kaki baby dah sepanjang 4.79cm, tulang belakang pon nampak perfect kata Jezz

Siap scan 2D, baru scan 4D. Allah Maha Besar, sangat kagum dengan ciptaanNya. 

Jezz cakap.. ‘ Baby u tembam la dear..pipi bulat, dagu double chin,..’ Hahaha. Mak dengan anak sama gemuk, lalala. So salahkan baby i naik 3kgs bulan ni. Berat baby 815g. Ini buktinya pipi tembam tu. Kejap menyorok, kejap cebik, kejap nganga mulut. macam-macam expression hehehe. I love every single moments!


I sangat happy, plus dapat kongsi tengok baby dgn my bff. Dia pon excited sama tanya macam-macam dengan Jezz. Ambil masa dalam setengah jam untuk check semua termasuk gender. Muka sorok-sorok tapi bila check gender, kaki terkangkang habis. Tak malu betul la baby, tembam plak tu 'flower'nya. 


Lepas habis scan detail and everything, I jumpa doctor kat Umra plak, pon kena baring dan check perut. Pastu inject ATT, tak sakit rupanya. Seram je lebih (berlagak). Total checkup RM120. Settle semua around 1045am. Tunggu husband jemput. 


p/s: maybe ada yang tak setuju kita share ultrasound/scan kat blog sebab baby belum lahir, tapi as for me, this is part of documentation la. If laptop/hard disk crash, at least boleh cari kat blog je gambar tu balik. Kenangan tu~

***********************************************


Pergi kenduri kat PJ, then petang ke IKEA. Makan meatball and chicken wings. Nomnomnom. 

Grab few things for baby. Tambah laundry bucket, beli wardrobe baby from Stuva Series (ada tempat hanger baju baby, 3 bakul, and rack), boleh custom-made dan flexible nak berapa bakul, hanger etc etc. I like design things! And also for me, few things for kitchen appliances, ini wajib. 

Masa nak pick up furniture, dah habis plak. So tukar plan, beli wardrobe lain. Yang tu pending, nanti nak beli tak kira! 

Unplanned chest drawer (Malm Series - Chest of 3 drawers) ni plak berbelah bahagi nak beli sebab takut tak kukuh, tapi bila check ada support besi kat bawah drawer, so okeyla! Proceed. Full height drawer pon sesuai dijadikan changing table, senang nak tukar baju baby sambil berdiri pon boleh. So lepas ni nak jahit quilt untuk letak atas drawer tu. Settle shopping, terus balik Kuantan dengan happynya!

***********************************************

Isnin:
We both bercuti, reorganizing furniture kat rumah supaya ada satu corner untuk baby. It's to early to share tapi sebab excited nak share jugak. Terjumpa frame lebih dalam bilik stor. Ting! Ada idea yeay!!

Nak frame kan gambar-gambar scan baby, progress baby dari 8weeks, 12weeks,16weeks sampai 4D scan (25weeks). Kenangan untuk ibu dan baby (ignore reflection). Lampu tidur hadiah kawen, untuk kegunaan nursing baby tengah-tengah malam nanti. Thanks Sue for the present!



Overall, i am very happy! Weekend yang sangat penat tapi berbaloi.

Till then,

i n t a n o r a z a m
25 weeks and counting ...






15 comments:

leeza said...

intan! bam bam nye anak kamu :D sooo cute! eh! nak curi idea framekan pic baby, nampak u buat tros teringt hadiah frame time kawin haritu tak terusik langsung :p hihi~

erin moshimoshi said...

wow bestnye .. gugurl gituu

Shakina Farhan said...

wah..dah siap frame dah tu..hee..best kan scan 3D/4D..

laskar pelangi said...

tahniah akak:))

Dhya Surya said...

sangat cantik frame tu....=)

mizzy amalina said...

wahhh....seronoknya dpt tgk baby dlm perut!! :)

Miss Ika said...

Ya Allah seronoknya.
Gigirl eh.
Buat tak sabar nak kawen and ada baby. Hehhh

Cikpuan rara said...

rara pon baru je tadi try luck bukak web untuk app jezz,tgk2 saturday ni ada kosong.wahhhhh sabtu ni nk g scan baby lah.so excited!

neway comels sgt baby awak!

S.n.Fariza said...

sweet :)
take care

Fainie said...

waaa bestnye idea frame kn scan baby tu..

ctmah said...

2-2 membulat dgn sehat ek..btw i'm agreed with u.itu terpulang pd diri masing2 samada nak share or not..yg penting kita happy n semua pun happy :)

cikpuanputeri said...

baby amani bambam! hehe. i suke idea pic tu di framekan. tiru!! haha..

adnil linda said...

sonoknye...nk g scan jugak la...hehehe

Cik Emie said...

Intan..i bru jek pas wt 3d4d wif jezz tghari td..n yes die mmg best, dok tegur2 baby jgn sorok muke hihi :)
Baby u n baby i same2 nk seprais kot..tp xmalu tunjuk bahagian bwh hahah ;)

* FAR * said...

wah tahniah..

tp bab scan baby ni sy tak berapa paham nk tengok.. mana muka dia, mana kaki dia.. hahaaa..

dulu masa scan bila doktor tunjuk main angguk je.. ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...