Followers

Tuesday, October 25, 2011

Fabric Ring


Kalau nak tukar angin taknak pakai cincin kahwin masa bersanding/bertandang, 
boleh la try fabric ring macam i ni..hehehehe~

Murah dan menonjol. hehehe.


Jangan bosan tengok i tempek gambar kahwin banyak-banyak, still in wedding mood, wink!


Hiatus

As salam,

Sayang-sayang semua, 

Banyak nak kongsi kat sini, tetapi masa terlalu mencemburui. 
Banyak nak share itu dan ini, tapi kekangan kerja tidak mengizinkan.

Maafkan saya ye. 

Nak tunjuk HB untuk cik Puan Aliza Johan (felt& butterfly) tapi kamera tertinggal kat rumah,
malam ini k! 

Last but not lease, meh tengok cik Puan Huda dengan fabric HB (small) ni~

Requested color: Shocking pink & Yellow
(i tambah color orange and peach)

Thursday, October 20, 2011

Reveal: Wedding Cake

Wedding cake, wedding cake!

Hampir-hampir I takde wedding cake sebab lupa nak tempah, cuti kawin dah start seminggu awal, memang tak dapat la nak order since wedding kan kat kampung, huhuhuh, mane la nak dapat fondant cake yang comel-comel-cantik-cantik untuk wedding I nanti, sobs!

Rasa nak meroyan tapi berlagak cool, call Juju lagi, dia kan tempat mengadu masalah, my savior! hehehehe. I cakap kat dia cari jela kek cemane pon designnya asalkan fondant, warna comel dan paling penting, boleh tempah 2 biji untuk majlis potong kek dan hantaran. I just lets juju decide for me since dia tau my taste and theme perfectly.

Akhirnya, one fine day, juju called me and said, kek sudah ditempah! Woweeeee! Suka! Design yang juju pilih memang menepati citarasa I, alhamdulillah~

Inilah kek untuk hantaran:

Ini pula kek untuk majlis potong kek:


Tapi cop! Final product bukan camni tau..i dah DIY felt flower kat kek tu, jadi camni lah hasilnya.


Comel tak?

Tengok expression muka Amira n Mimi, teruja diorang nak usik-usik kek tu, hihihik~


Wednesday, October 19, 2011

Wednesday, October 12, 2011

Monday, October 10, 2011

Reveal MUA: AzieCunz

Hai sayang,

Sorry la tak dapat nak update cepat-cepat. Maklumlah weekend lepas ada family day husband, plus mengemas rumah, memang takde masa nak blogwalking, facebook pon buka jarang-jarang untuk reply komen orang sahaja.

Huhuhuhu, I sangat gembira bila dapat feedback yang baik dan pujian yang menggunung di atas my DIY wedding day, sangat terharu rasa-nak-peluk-korang-kuat-kuat.  Tetapi I sangat sedih juga sebab I tak dapat nak balas email korang-korang semua buat masa sekarang. I harap semua orang bersabar, I sangat busy dengan kerja office yang bertimbun, dan dengan majlis bertandang yang akan berlangsung hujung minggu ini (15hb Oktober 2011), memang I tak menang tangan.  I cuba untuk menjadi yang terbaik di luar, dan di alam maya (internet), insyaAllah.

I akan cuba reply semua okey, I will ! I will! I will!

Kepada mereka-mereka yang tak putus-putus bertanya pasal HB, I rasa sangat sedih untuk bagitau tempahan dah ditutup, I rasa I dah announce lama dulu, sorry okey! 2012 slots pon I tak buka lagi, Harap korang semua faham keadaan I, I bukan wedding planner, I just nak menolong apa yang patut sekadar yang termampu, huhuhuhuhuh.


Okeyla I taknak bermood sedih lama-lama, seperti dijanjikan I nak review pasal my beloved MUA.

I sangat suka dua-dua makeup I, nikah dan bersanding. Dua-dua ada keistimewaannya yang tersendiri. Untuk nikah, I nak makeup yang nampak yang natural dan suci. Sesuci majlis nikah itu sendiri, I didn’t request for any color/style, bagi kebebasan kepada my MUA untuk merias muka I seadaanya.

Paling penting, I taknak cukur kening!

So ini lah hasilnya untuk makeup nikah:

OP: Molkhan

Tengok kening i, tak cukur pon boleh dapat efek camni, alhamdulillah syukur.

Untuk majlis bersanding pula, I nak makeup yang lebih heavy dan menonjol. Hari bersanding agak kelam kabut sedikit since I ade majlis khatam Quran pada sebelah pagi, tapi my MUA berjaya merias wajah I menjadi cantik (perasan) walaupon masa yang sangat terhad. I dah risau makeup I tak sempat siap, memandangkan rombongan lelaki akan sampai pada 1215pm. Cepat kan, maklumlah, majlis di kampung memang mula awal, habis pon awal. So kena la ikot keadaan semasa, Peek hour pukul 1230pm. Tapi alhamdulillah sempat bersiap tepat pada masanya, still under control~

Ini pula makeup sanding:

Sanding takde gambar dari OP lagi, ehsan kamera adik ipar

Apa yang paling I puas hati, product yang kak Azie gunakan mostly from MAC termasuklah fake eyelashes, makeup sangat tahan lama dan flawless walaupon muka I berlubang-lubang ada bekas jerawat. Yang penting dalam gambar nampak cantik dan berseri.

Walaupon I nangis macam banjir kilat masa nikah, makeup tetap tidak berubah/ rosak. Loike loike loike!
Last but not lease, korang nilai la sendiri ye, I malas nak puji lebih-lebih nanti korang kata I perasan-san-san! Kak Azie memang I recommend two thumbs up! Makeup pon lembut je, tak rasa rimas langsung. Kak Azie memang terbaik!

Plus, kak Azie memang biasa makeup untuk event artists terutama KRU productions ( Sori kak Azie kalau tersilap promote). Tak percaya boleh tengok sendiri kat blog beliau:





Thursday, October 6, 2011

Nikah: Review diy Veil

Haiiiiii~

Sori dah lama tak update blog. Entry pertama sebagai PUAN intan. Hihik~

Hari ni first day bekerja, tapi takde mood sangat. Asyik tengok gambar kat facebook je. Tersenyum sendiri sorang-sorang. To be honest, I am super proud of myself, Alhamdulillah semua DIY menjadi terutama pelamin, bilik dan khemah. Penat lelah terasa berbaloi walaupun sakit pinggang memanjat etc. Nanti I review satu-satu k.

For now nak review pasal nikah dulu. Ramai yang request pasal Veil Nikah. Suka kah?
Veil nikah ni 100% design and beadings by me. Idea pon I sendiri-sendiri je, rasanya semua dah pernah tengok entry INI dan INI. Tapi masa tu tak review semua la kan, nanti basi pula.

Okeylah, veil ni terdiri dari 3 komponen utama sebenarnya iaitu Veil, shawl RM10 dan dua keping lace yang sudah di patch (untuk bahagian muka). Sori gambar takde sebab dah hantar dobi, so korang buat paham-paham sendiri jela ye, ampun!

So first of all, I pakai shawl tu macam biasa aje, pastu lekatkan lace yang di patch tadi dikiri dan kanan bahagian muka dan pinkan kemas-kemas. Kemudian letakkan veil dalam kedudukan selesa dan pinkan. Mudah dan ambil masa 3 minit sahaja, cepat kan.


Selepas siap, baru pakai lipstick, DONE! I’m ready for the Akad, ececeh~
Nak tengok hasilnya?


Okey tak hasilnya,sesuai dengan muka? 

 Selepas ini makeup nikah, setuju?

Sunday, October 2, 2011

Wednesday, September 28, 2011

My so-called Pelamin DIY sudah siap!


Selepas berpeluh-peluh memanjat, memaku, memasang backdrop, menggubah bunga, dan lain-lain akhirnya pelamin DIY sudah siap! Cantik tak?

I sangat puas hati, tersenyum sorang-sorang. Hasil seperti yang dibayangkan, ALHAMDULILLAH!

Tuesday, September 27, 2011

DIY: Vvip centerpiece cum hiasan bilik pengantin


Inilah VVIP centerpiece, takde teaser dah, tunjuk je terus jela. Centerpiece ni letak berderet kat katil dulu, so boleh la jadi hiasan bilik pengantin untuk majlis akad nikah. Esoknya baru keluarkan dan deco kat meja VIP, jimat kan. I tak buat banyak pon, ada 5 je semuanya.

Botol i beli kat Seoul Korea, 2000won harga dia, which is RM6. Tapi masa beli memang tak convert dah, kalau convert mesti rasa mahal, bunga plak guna artificial sahaja, RM5.90 untuk sejambak. Masa beli tak tahu nak buat apa, tapi sekarang rupanya ada guna gak botol comel ni.

Plan i nanti nak letak air kaler green dalam botol tu, which is akan enhance lagi botol tu. Masa beli botol ni bekas die plain je, so i wrap botol dengan ribbon dan ikat juga ribbon kiri dan kanan bekas.

Abaikan katil i yang penuh kotak tu, doorgift belum settle lagi. InsyaAllah lusa baru packaging semua. Badan sangat penat, hanya ada i, ayah dan emak di rumah. Kakak-kakak belum balik, jumaat insyaAllah. Diorang ada tanggungjawab masing-masing, so kenalah faham. Nasib baik ramai jiran datang membantu, alhamdulillah~

So dah nampak kan bilik pengantin sikit2 kan, simple je. Plain backdrop, ada hanging flower sikit, dan ada dua jambak bunga kiri kanan katil. Puas hati sebab buat sendiri, dan yang penting, jimat dan cantik!

To be honest, majlis i sangat la simple. Jemputan pon tak ramai, dalam 800-1000 orang sahaja. Lagipun buat kat kampung je. Memang i tak mampu nak deco semua sampai cantik-cantik, maklumlah i takde vendor pon, huhuhu. Hanya sekadar termampu. Tapi insyaAllah, mane part yang boleh i detailkan, i buat juga sikit-sikit. Kalau tengok real, alahai simple sangat. Tapi itulah taste i, truly me  as INTAN NORAZAM~


3 hari lagi sebelum majlis nikah, wish me luck k. Hugssss n kissessss from me, INAL~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...