Followers

Thursday, March 15, 2012

Friday, March 9, 2012

Nursing cover my version

 cara pemakaian


details

Nursing cover my version, teheee! D shape, boleh lock/unlock kat belakang. 

Senang nak pakai terutamanya untuk ibu bertudung. ^^,

I letak kain linen dibahagian tengah header cover tu, (automatik akan melengkung keluar sedikit), boleh intai baby masa menyusu. Pastu i jahit menggunakan 2 jenis kain yang berbeza, kasi lawa sikit.

Bila dah siap, tersenyum tengok hasilnya. 
Harap-harap baby suka walaupon corak berbunga-bunga camni. kalau baby girl takpela, kalau boy?

Takpelah nanti kita buat lagi satu ye baby!




* ignore muka i yang sembab baru bangun tido. Hahahaha!


So how is it, mummies
?



Tuesday, February 21, 2012

Review: Hantaran

Baru perasan i tak review lagi pasal hantaran kan, huhuhuhu. Sebenarnya takde gambar sangat, tu yang terlupa tu. lagipun hantaran i biasa-biasa sahaja, malulah!

Okay, this is the idea. I menggunakan custom-made mirror as my dulang.

"Nanti lepas wedding boleh deco rumah pulak, 
hang banyak2 susun kat dinding. Cun!"

Qoute from my older entry, about the hantaran. Original post, please klik HERE.

Inilah custom-made mirror tersebut sebelum di hias menjadi dulang hantaran.

And ini pula end product, sori ini je gambar yang ada. Lupa nak suruh OP snap penuh gambar hantaran.

Tak ingat dah copy gambar ni dari siapa, huhuhuh. Masa ni hantaran berterabur, tak susun lagi cantik-cantik tepi pelamin. Nampak tak bawah hantaran tu pon bersepah-sepah?  Hahahahahaha


Close up version, nampak tak reflection tu? Kalau ada gambar dari atas sikit mesti lagi best.



Ini pula apa yang berlaku selepas wedding, sudah digantung menjadi deco!!
Yeayyyy! Tak membazir~



With Love,
i  n t a n o r a z a m


Tuesday, February 7, 2012

Ini Tom, kesayangan saya.


Ini Tom, kucing kesayangan saya.

HB Noora Hasan

Fabric S size & Felt L size for cik Noora Hasan

Dan ini pula, HB Atiqah Ahmad:


love,
i n t a n o r a z a m



Thursday, February 2, 2012

HB Aminah Abbas


Hai, i am now feeling better! Alhamdulillah! 

Seminggu sakit badan tak sihat memang dugaan besar. 
Heeeeee, HB sedikit terbengkalai, nasib baik dapat catch up balik dengan orders. 
Kalau tak nanti orang mesti marah punya kan? Heeeeeee.

First time demam disebabkan tonsil memang sangat menyeksakan. Selera terbuka nak makan macam tapi tekak pedih, bengkak dan nyilu. Nak telan air liur pon susah. Nak bernafas pon susah. 

Mula-mula ingat alahan pregnant, rupenya tak. Tak pasal-pasal kena gelak dengan doktor. 
(Hishhh doktor ni nasib baik hensem. Apakah?)


Alhamdulillah i am doing very good during pregnancy. 
No morning sickness, no backpain. Alhamdulillah!


But i am always huuuunnnngggggggrrrrrrryyyyyy. Kalau pergi pasar malam rasa macam nak beli semua benda. Satay macam sedap, apam balik pon. Nasi ayam berempah pon sedap. Ice blended pon tempting. Oh oh! Kalau dapat Prawn Tomyam Black Canyon pon sodap. Ishhhhh. Walaupon makan macam-macam, badan baru naik 1.8kg. Heeeeeeeeee. Bulan depan mesti naik lagi dan lagi.

Baby pon dah nak masuk 8weeks dalam perut ibu. Tak sempat nak gi scan lagi. Nak gi buat buku pon tak sempat. Tapi usha stroller sempat pulak. Hahahahaha. 


Ni gambar masa mula-mula check UPT dulu, jelas double line. Masa tu jantung macam berhenti sekejap sebab kurang yakin betul ke pregnant. Tangan pon menggeletar sebab tak sangka, huhu. Bila check doktor, rupanya dah 5w4d masa tu. Tak sedar, hehehe. 

Terima kasih baby sebab behave dalam ibu, baby jangan nak minta makan pelik-pelik ye.

Tapi ini rezeki Tuhan, saya dan suami terima semuanya dengan hati terbuka. 
Macam tak percaya ada benda hidup dalam perut ni.

Doakan saya baik-baik ajer.

i n t a n o r a z a m 



Thursday, January 26, 2012

Update dari Kota Keriangan Genting Highland


Kota Keriangan Genting Highland 


Peace!

Mula-mula haruslah muka excited, dengan harapan dapat pujuk husband untuk main semua, tapi kalau diri sendiri pon dah tak berapa yakin, simpan dalam hati jela cita-cita nak tawaf satu genting tu, huhuhuhuh. 


Ni masa baru sampai, freshnya muka sebab baru bangun tidur. Woweeeee, Genting pon tak ramai orang lagi, so takyah beratur panjang la nampaknya. Tengok depan i pon takde orang kan?


Dapat main ni, seronoknya! Yang lain pon dapat main juga. Cuma...

Tapi tak dapat main yang bawah ni. Tsk tsk. Dah lama mengidam nak main space shot ni, dulu dah pernah naik sekali, best gila! Kalau takde 'sebab', confirm nak naik 3x. *berangan*


Husband muka happy sebab dapat main roller coaster. I?
Kena tinggal boleh tengok dari jauh je tolong jadi photographer, uhuks.


Whatever it is, i had fun there!
Walaupun tak leh main semua, tapi i puas hati! Yang penting merasa tidur kat First World Hotel yang super duper besar tu. Rate/Star? Biasa-biasa aje rupanya, tak delah best sangat. Maklumlah ambil deluxe je, bukan suite, hehehe.

Cuma terlalu ramai orang, mungkin juga crowded sebab CNY.

Guess, agak-agak berapa ramai staff yang diorang ada untuk run hotel tu?


Ni masa sihat, segar je bergerak ke sana ke mari.

Hari ni, masa 6 weeks 4 days, dah mula loya, kaki cramp, badan lenguh. Huhuhu, muntah je belum cuma cubaan untuk muntah dah 10x.

Ya Allah, permudahkan urusan hambaMu ini. HB sudah banyak terbengkalai, harap-harap diberi kesihatan yang baik sepanjang pregnancy ni.

Mood nak update blog takde, huhuh.


Salam sayang,
i n t a n o r a z a m

Tuesday, January 17, 2012

Hari ni tak dapat nak reply email


Kenapa eh jadi camni?

 Tak dapat nak reply email, dah la semalam busy sangat kat office, huhuhuhuhu. Ingatkan hari ni boleh la nak reply semua, tup-tup jadi camni. Dah try banyak kali pon sama je. Sobs.

Korang ada experience camni tak?
Please SHARE


HB Atiqah Ahmad

Sorry kualiti gambar tak cantik


Saje je try warna terang kasi vibrant. Tiba-tiba jatuh hati pula bila dah siap! 
Congratulations Atiqah! 
Hope you like it~
i n t a n o r a z a m



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...