Followers

Wednesday, November 30, 2011

At Nora Kerel's Wedding

Hye darls,

Last Sunday, we went to Nora Kerel’s wedding. It is such a wonderful event when everything looks so perfect and lovely. I just can’t describe it with words.

I just love every detail about her wedding, full stop.

Congratulationssssss Nora & Kerel!
(rasa nak kawen sekali lagi, aci tak?)

We met Molkhan there (our solemnization OP), and luckily he is being so nice to capture few photos of us.
me and dear husband

Tiba-tiba glowing pulak muka

Ni masa tengah makan, tapi tetap pose bila Mol datang snap. Oh so diva kononnya! Perasan pengantin tengah-tengah makan pon orang nak ambil gambar, uhuk uhuk!

Thanks Mol~

Nak tengok gambar wedding Nora Kerel hasil tembakan Mol, 
boleh klik sini:




HB Aziana


Saje tukar mood background hitam pula. Hehehe.

Tuesday, November 22, 2011

Malaysia Vs Indonesia, Intan Vs HB

Semua orang fokus pada perlawanan semalam, me too~ 

For the first time in my life, i'm watching football alone

Husband dah awal-awal keluar selepas solat maghrib, lepak-ing dan tengok bola dengan skuardron-mate, pity me sebab kena tinggal sorang-sorang kat rumah, sobs. (konon). Padahal bukan sebab tu pon, memang i tak pernah suka bola dan tak faham-kenapa-perlu-jerit-jerit-or terlompat-lompat-bila-tengok-bola, so that better husband tengok kat luar daripada tension apabila sorak/marah/menjerit, tup-tup kena marah dengan isteri. Hehehe.

So life must go on. (ada kaitan ke?). I pon unpack barang-barang, mula lah aktiviti malam Intan Norazam Abdul Latif. Turn on tv dan sambil tengok bola juga, i pon memulakan rutin harian, minggu ni lima HB perlu disiapkan. Dua perlu dipos pada hari selasa (hari ini) dan selebihnya pada hari jumaat.

Bila husband tiada, rumah boleh bersepah sesuka hati depan living hall sampai semut nak lalu pon teragak-agak sebab terlalu bersepah, hahahaha.


ant eye view, kehkeh.

Ini adalah crime scene

Benda wajib adalah planner, laptop, iron, kain kain kain dan kain, felt, felt felt and felt, gunting dan playar, remote astro, handphone, benang, jarum, smarties buttons, coffee and lots of kain perca.

Concentration adalah 160% bila suami tiada, hahaha ampun!

So ini adalah hasil selepas 3 hari. Baru dua HB dapat disiapkan, untuk cik Puan-to-be Nida Razak dan cik Puan-to-be Natasha Sherlyna.


Till then,
Asalammualaikum~

Friday, November 18, 2011

Sleeping at office

....... ........ ........  is NOT COOL at all.

I need more hours in a day! 40hours perhaps. (I wish I have) Huhuhuhu, it looks so pathetic when it happened. Stressed! Malu dengan dengan diri sendiri, uhuk.

I am fatigue. 

And husband, please be generous, (terima kasih tolong jemur kain, basuh kain dan masak sekali sekala). 
I love u even more! TQ for being understanding, hugssss.

p/s: Jangan marah rumah sepah-sepah dengan fabric flower okay! Tak sempat nak kemaskan~

Kepada mereka yang masih email dan bertanya pasal HB, dengan rendah dirinya i bagitahu tempahan dah close tau, lama dulu. Sekarang pon tengah struggle siapkan order yang diambil sebelum my wedding tempohari (2 October).

Terima kasih di atas sokongan yang tidak terhingga. InsyaAllah ada kesempatan, kelebihan waktu; I akan open balik for order. Just give me time to take a break, will ya?


Your truly,
Intanorazam

Entry Penghargaan: rasa nak peluk kuat-kuat!

Januari 2010,
Dulu, tujuan blogging adalah kerana bosan, atau kerana tension. Kadang-kadang merapu di blog dengan harapan dapat meluahkan apa yang terbungkam di hati. Penglibatan di blog pada Januari 2010 hanya sekadar suka-suka. Blog pon dibuka sekali sekala, kadang-kadang dibiarkan berbulan tidak di singgah.

Namun, sejak bekerja, dan tinggal berjauhan dengan family, blog dijadikan rakan setia. Pada masa itu, masih tiada follower tapi tak mengapa, malu juga kalau mengarut orang baca. Sehinggalah selepas bertunang pada Mei 2010, banyak perkara berkenaan perkahwinan dapat berkongsi di blog (bukan blog sendiri). Boleh imagine tak kalau google je satu masuk blog A, google lagi satu masuk blog B. Baru tau kewujudan B2B blog. Wah! Jahilnya masa itu. Sobs. Shame!

Jadi terfikir di hati, apa salahnya kalau idea perkahwinan sendiri di kongsi di blog walaupon tak seberapa. Namun nak menjadikan blog biasa ke blog B2B, saya masih tidak terlalu serius. Dan 2010 sangat mencemburui saya, kekangan kerja terlalu banyak sehingga blog terabai. 

Pada penghujung 2010, ketika kekangan kerja semakin mengendur, kehidupan semakin selesa dan tenang. Barulah blog berubah sedikit demi sedikit. Dari yang kusam sudah ceria. Background juga sudah berubah dari putih ke bercorak. Bahasa penulisan, panjang karangan juga berubah. Dan akhirnya saya gembira menulis di blog. Follower sudah ada 40, terlalu banyak rasanya. Lebih-lebih ada yang memberi sokongan dan pujian, terasa dihargai walaupun hanya sekadar menempel di tepian.

Sejujurnya,
Impian perkahwinan saya mudah. BUATLAH SEKADAR TERMAMPU. If you want it, ‘really’ work for it. Jangan hangat-hangat tahi ayam. JANGAN CEMBURU dengan orang lain. Kalau nak juga, CUBA buat sendiri. Bukan cemburu secara diam, tanpa ada usaha. Memang sampai bila-bila pon takkan berjaya.


Kalau ada kelebihan kewangan, itu lebih baik. Boleh tempah, just google, insyaAllah apa yang dicari akan berjumpa. Vendor sekarang pon dah canggih, semua nak update di blog, wordpress, website etc.

Terlibat dalam dunia architecture, menjadikan imaginasi saya sentiasa berkembang. Mendapat idea dari A, saya ubah menjadi B. To make my own version; yang penting try an error. InsyaAllah Allah akan mempermudahkan urusan orang yang sentiasa berusaha.

Sehinggalah ke hari ini, apabila semakin ramai mengikuti blog picisan ini, saya semakin berbangga. Dan lebih berbangga jika ada yang sudi menulis mengenai saya. Terasa kehadiran saya di dunia blog semakin dihargai. Terima kasih banyak-banyak kawan!

Ini review dari Puan Bushra Tajuddin:

As-Salam. ello lovelies~!! ♥
I wanted to blog about her ever since I saw her beautiful DIY wedding.
Yes, she's DIY-ing every single item for her wedding.
NO VENDOR AT ALL.. 

I'm very impressed with the outcome.
You're really inspiring.. Intan Norazam.
I ♥ her veil and her handbouquet to the max!
She's DIY-ing them by herself. AWESOME rite?

The handbouquet is made from fabric.
She shared the tutorial to DIY the handbouquet.
So sweet of you!
You may find the review on her DIY veil too. 
The pretty bride with her DIY veil and felt handbouquet.
Spot the fabric ring she wore? Sweet!
Oh, I really ♥ her dress! Tailored by her uncle. 
Lucky you to have such a creative uncle, Intan!

Felt wedding cake? It's very RARE!
Sgt sayang nak makan kann..??
Goshh.. she even DIY-ing the dais!
A very simple dais but still.. it's damn AWESOME!

The main table and the decorations.
I'm speechless. It's too beautiful & perfect!
 
ALL OF THEM!   
She has put her full effort to make her dream wedding comes true.
and YES, you really have your dream wedding, Intan.
  
You are a DIY Queen.
 
Congrats on your wedding!

I am wishing you
a house full of sunshine
heart full of cheers
love that grows deeper each day of the year

and..
Happy Married Life till eternity.

Dan ini pula review dari Puan Atia:

Notice the ring?

I simply love thissssss! OMG!

Tak pernah terfikir yang tanpa memakai wedding ring dan menggantikan dengan this-Large size-rose-accessory di jari, membuatkan outdoor wedding photoshoot membuatkan sangat cantik! OMG!

This is something yang tak pernah lagi i tengok malay wedding yang begini!

Intan, i love your diy-wedding!
I love your diy-veil.
I love your wedding dress.
I love everything about your wedding!
Everything is so fresh.
Everything is just perfect!

Hats off to this diy-bride!

** Dari cincin je, berubah cerita jadi diy-bride. Hehe. Sebenarnya memang dah lama nak update tentang wedding intan. I suka sangat sangat!



 And also this:









 Dan kepada Jumie Samsudin, nanti i reply your questionaire ye! Tak sempat lagi~

Till then, bye lovelies~


Wednesday, November 16, 2011

Button Like

Selamat petang!

Ada blogger yang request suruh i tambah button LIKE kat my blog, so struggle i cari tutorial bagai, akhirnya berjaya! I dah tambah button LIKE kat bawah setiap entry, kalau suka sila like beramai-ramai ye! Kalau tak suka boleh ignore, hihihihik.

Scrap@perclip by my Besties: Farah Diyana

Hye dear readers~

This is awesome! Please check this out!! Woooottttt woooottttt!


"Welcome to Scrapaperclip !

Welcome to the newly launched website which offers a lot of things from handmade wedding favors, greeting cards, gifts and also digital design to photography !
Start browing and you will be amazed by what we can offer you to make your day special !"

My dearest friend of mine, Farah Diana Azizan would like to share her creativity for being part of your wedding day by doing all this cute-ness thingy!


Do browsing her site and you will be amazed! I am totally proud of you, dear~




"I'd love to hear from you!

Please include your full name, contact and wedding date when inquiring about the packages."
Farah Diyana Azizan
Email : scrapaperclip@gmail.com 

Hopefully I can be part of your event!
Give me your feedbacks ! Thank you for stopping by and Dont forget to spread the word around !!!



And also goodnews to all B2Bs, FIRST GIVEAWAY as a way to promote and launch her artwork/photo blog cum website !!

GIVEAWAY !!!!
Closing this Thursday 12pm Noon.
A Free A5 size wedding guestbook for 2012 wedding !!!!!!
worth RM180 
Winners will be chosen via random.org. on Friday Morning !!!

All you need to do is :
1. Be a follower. 
2. Spread this news in your blog post title Scrapaperclip Giveaway. Simple one will do..No need to write so much. Quick and simple to link your post to mine so that others can participate too.
3. Leave comment here with your link of the post and email address easier for me to notify the winner later.
4. DONE !
5. Only Comments under this particular post will be accepted to join. Other post will be disqualified oke..
Howeverrrrrr
Those who wish to exchange link  by copying my button but dont want to participate (probably because you are and ex-bride or merely not interested) will also get the chance to win

Secret give...
Just copy scrapaperclip button on your right side and paste in your blog and give me your blog link in the comment area with the word Button and email add.
I will go to your blog and visit. Winners will be selected via Random.org.
Sample =  Button : Blog Link: fredyna85@yahoo.com 
If you wanna join both also are welcome...I will check blogs with my buttons , those who have my buttons will be eligible for the Secret Give !
So hurry ! Clock is ticking =D Tick Tock

Farah dear, 
I tak join GA tau, Bagi can kat B2B lain join, this is truly an appreciation for you darl~



Tuesday, November 15, 2011

Review: Dais

Terlupa nak review my wedding dais, sorry ya!

Actually I tak gunakan pelamin ni untuk bersanding ye.
Yes, u heard me. I tak bersanding, just buat pelamin untuk bergambar dan berposing sakan. 

But walaupun tak bersanding, tak semestinya kita takyah ada pelamin kan.

So I just DIY my own pelamin, hehehehe.

Masih ingat entry INI INI dan INI

For this project, 70% adalah barang sendiri, dan 30% lagi sewaan (kerusi, pentas, spotlight etc).Theme adalah ‘bersih suci’. (ada ke tema camni?). haha, its actually english theme kot, entah. Hentam kromo jelah. Dulu pernah berangan nak pelamin ni dari Arma, tapi tak mampu nak hire dia, so pendamkan jela dalam hati, huhu.

jatuh hati pandang pertama dengan pelamin ni, nampak suci je.

So, selepas berkira-kira, i pon nekadkan hati DIY pelamin sendiri. To be honest, tak banyak beza pon harga pelamin sewaan atau pelamin DIY. Mahal juga sebenarnya, cuma barang-barang tu akan jadi hak milik kita sendiri. Boleh la dijadikan kenangan or sebagai hadiah kepada family terdekat. Kalau sewa kat butik, habis beribu dalam sehari je, setuju tak?

After all the work hard, like akhirnya pelamin berjaya disiapkan dengan bantuan my mum. (yes, kami buat berdua sahaja). My dad tak dapat nak tolong sangat disebabkan tangan beliau sakit, so takdapat la nak tolong, but it's okay dad, no hurt feeling, hehehehe~

"Selepas berpeluh-peluh memanjat, memaku, memasang backdrop, menggubah bunga, 
dan lain-lain akhirnya pelamin DIY sudah siap!


I sangat puas hati, tersenyum sorang-sorang. 
Hasil seperti yang dibayangkan, ALHAMDULILLAH!"

Qoute di atas adalah entry pertama selepas menyiapkan pelamin, walaupun kepenatan, excited gila nak update kat blog. Walaupun masa tu tengah berpeluh dan berbau macam kambing busuk. Hahahahahahahaha.

Pelamin ni memang banyak digunakan semasa akad nikah sahaja. Pada hari besar, kebanyakan gambar di ambil di khemah, tapi tetap banyak juga di pelamin. Itupon dengan kawan-kawan terdekat aje. 

Mari layan gambar pelamin DIY versi Intan Norazam:


Muka husband sebelum nikah: cuak gila

Muka husband sebelum nikah: happy gila

Comel kan expression muka husband, terpampang kecuakan tanpa boleh disorok. 
Bila dah selesai, happy tak terkata.

Muka yang tenang jangan disangka tiada gelora dihati.

Kenal tak yang berbaju songket hijau tu?
cik Damiya aka cik Nur cahaya kita, thanks for coming dear.

I just love my dais so much!

Walaupun tak sama macam Arma, takpelah. janji i puas hati, alhamdulillah~

*p/s: kepada kina yang bertanya kenapa gambar gambar kabur, ni efek free lens la dear. 
Memang nak OP buat efek free lens ni.

Ini baru betul pengantin diy, hahahaha.

 

Tak perasan pon bila OP ambil gambar ni, but it is so nice actually, 
just love it to max!
(Ini bukan berlakon okay! tengah patch lace untuk veil, sempat lagi kan, hihihik)

Si cantik Mawar dan HB

HB daripada my majlis bertandang.
Walaupun warna tak sama, tapi nasib baik Mawar suka~

Tuesday, November 8, 2011

Hari raya saya

Alhamdulillah hari raya lebih bermakna bila ada suami di sisi dan keluarga tersayang, ececeh!



Tema adalah Arab jadi kena pakai jubah walaupun suami tiada jubah, kehkeh. Raya kali ni lebih banyak di dalam kereta, pusing satu Pahang ziarah menziarahi. Plus boleh makan banyak-banyak nom-nooomm-noomm-noooooommmm!

Maaf mata sepet dan tak sempat makeup, truly me.
Kecantikan masa kahwin adalah tipu dan mata tak besar seperti disangka.

Alhamdulillah 'hampir' selesai ziarah family belah i (tinggal satu family je lagi). Nanti nak pusing family belah suami pula. InsyaAllah dalam masa terdekat. Ini gambar semasa lewat petang, perut dah ke depan, jadi perlu menyorok sedikit dibelakang suami.

Roccccckkkkkkkk!

Bak kata orang,  raya tidak bermakna tanpa ketupat dan rendang, tapi my special version is..

“raya tidak bermakna tanpa handbouquetsssss, hehehehe”

Struggle gila menjahit dalam kereta, huhuhuh. Lepas siap jahit kepala pening sebab terlalu fokus menjahit ketika kereta bergerak, jadi harus tidur-good-night-suami-sila-drive-sorang-sorang.

Sampai Kuantan mengadap HB lagi, akhirnya siap.


Dan kesibukan raya i adalah termasuk menyiapkan veil untuk si cantik manis Tira Mis U.



Mungkin selepas ini nak tukar method berkomunikasi di fb, ym dan email sebab dah beberapa kali missunderstood tersalah orang, termiss order. Huhuhuhu. Unread email dah beratus-ratus, ada terlepas pandang, ada yang ter'reply' 3x. (kenapa sebelum kahwin tak macam ni? hurmmmmm)

Ini termasuklah order daripada S N fariza dan Cik Nur Fariza, dua-dua nama sama tapi kesian Cik Nur fariza  sebab i hanya note untuk order S N Fariza sahaja. Ya Allah kenapa nama sama? Kenapa i cuai? Ampunnnnn!


Selamat hari raya semua, semoga hari anda indah-indah belaka!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...