Followers

Friday, November 7, 2014

A long hiatus and being pregnant

Assalam semua, lama sangat tak update blog. 

Now instagram je menjadi kegemaran. Mungkin ramai yang dah tau, dan mungkin juga ramai tak tahu langsung, I am now 38w pregnant. Mood pregnant kali ni sangat berbeza dengan si kakak dulu. Masa mengandungkan Amani, memang kerap sangat update blog tiap-tiap minggu, tapi kalini kesiannya adik terabai. Mood memang ke laut. 

Blame the hormone. Huhuh, disebabkan kakak Amani dulu I emergency czer, so untuk kali ni memang details sikit la checkup nya. and kali ni, fully checkup kat KK, and few times kat KPJ. And I wish I can deliver secara vbac. Sedihnya masa Amani dulu, dah 5cm dilated baru doctor sedar baby dah lemas, heartbeat tak cantik. Rupenya tali pusat Amani terbelit. Huhuhuhuhuhu. 

Sedihnya bila teringat pengalaman tu, dan rasanya tak sempat pon nak story kat blog pasal birth story amani, sbb ibu still rasa ngeri sampai hari ni. Sampailah dah pregnant balik ni haaaaaa, sorry!

Tapi selepas bersalin tu, I had great experience berpantang secara czer. Perut tak berapa sakit, scar pon lawa dan cepat je baik. Allah duga awal-awal, tapi Allah bagi kemudahan selepas itu. Alhamdulillah. Perancangan Allah tu yang terbaik!

Okeylah, nak cerita sikit lah pasal adik baby. 

I am so ready to be mom of two when Aisha Amani reach 18months old. So so so ready! Rindu nak perut besar, rindu nak breastfeeding, rindu nak bau syurga. Perasaan tu wujud sendiri, and masa tu dah tak terfikir dah pasal scar czer ke, anak rapat ke. or what so ever. And one fine day, i pon bagitahu lah husband. Sebelum ni, I am the one yang sangat la fobia nak beranak lagi. Keep saying, tunggu dulu lah! Cuak lah! Taknak anak rapat-rapat lah! Kang perut pecah la! Macam-macam alasan lagi la.

And on that day, I don’t know, maybe Allah dah bukakan hati I untuk bersedia sekali lagi, and what is important, He knew i am ready mentally and physically, walaupon mulut kata tak. Husband apa lagi, tersangat lah happy! Sengih macam kerang busuk!

So start from that day, kami dah tak plan apa-apa. Ada rezeki terus kami terima. Dan sekali lagi Allah tunjukkan kekuasaanNya, I am positively pregnant one month after. Memula I tak sedar pon I mengandung, tapi bila kawan-kawan mula tegur kenapa muka I nampak sembap and pale, badan pon macam tembam je, I mula rasa pelik. And one day, I demam. And pada masa tu lah baru I perasan yang period I dah terlambat seminggu. And I ask husband to buy pregnancy test huahuahua. Cepat je instinct tu kan. Bila dah test and positive, tiba-tiba air mata ni mengalir. Tak tahu nak describe sedih ke, gembira ke. Keluar toilet terus peluk husband and Amani, and pada masa tu, rasa macam jauh dengan Amani. Rasa macam cukup ke masa I manjakan Amani selama ni, nanti kalau dia dah ada adik macamane? Huhuhu. Macam-macam dalam fikiran ni. Amani pon masa tu muka blur je, kenapa la pulak ibu tiba-tiba menangis ni. Huhuhu, gitu!

Pregnant kali ni mood sangat la berbeza dengan Amani dulu. Mood sentiasa swing. Selalu nak marah, nak emo. All the negative vibes tu ada. Kesian sangat Amani and husband. Bila diorang tersalah sikit je, cepat sangat nak melenting. Huhuhu. Kadang-kadang sampai rasa I am a very bad mom, patutnya masa ni la nak manjakan Amani habis-habisan, tapi sometimes, perasaan tu xleh dikawal terus rasa nak marah je. Amani pon kadang-kadang suka sangat nak menduga, macam-macam perangai baru muncul. Huhuhuh.

Paling worst, apa yang I suka buat sebelum ni, semua jadi tak suka during this pregnancy. Menjahit, no! Memasak, no! Mencuci toilet, no! Gardening, no! Melipat baju, no! And paling teruk, makeup, a big no! Huhuhuhu. Muka memang sangat la pale and sembap. And luckily ada jugak benda yang i suka buat, kemas rumah, kemas dapur, menyapu, mengemop, mengelap sana sini. Phewwwwww! Nasib la yang tu I tak malas, kalau tak memang meroyan la husband I kalau semua benda pon nak malas, kihkih.

Satu je benda yang SAMA adik dan kakak, I have no sickness at all. Masa kakak dulu pon xde, adik pon xde. Tak pecah rekod pernah muntah lagi, loya-loya dan pening kepala. Aktif je, weight pon cepat jela naik sebab semua benda pon boleh makan, semua benda pon teringin (kononnya).

I really hope dalam perut ni berlainan jantina dengan si kakak. And hari-hari I berdoa dapat anak boy. And guess what, insyaallah I am expecting a boy! Doakan ye! We did a few scan with a few gynae, termasuk di kk, and they said, confirm boy. Tapi semua tu kekuasaan Allah kan, kalau la deliver nanti keluarnya girl, I don’t mind. Asalkan semuanya sihat dan sempurna. I cuba untuk tidak terlalu berharap (yeke?), tapi all the preparations semuanya bercirikan boy. Kihkih. Nama pon memang cari untuk boy je, since we already have few names for baby girl. 

For adik baby, we try to be fair with u dear. Semuanya baru untuk persalinan, baju, selimut, bantal, napkin etc. Tapi untuk babycot, pakai yang kakak ye. Kakak pulak convert ke katil terus. Untuk carseat pulak, selamat dah beli yang baru, so adik kakak takkan berebut harapnya . Kalau kakak nak pakai yang baru, adik pakai yang lama, vise versa. Both carseat compatible from nb-4yo. hehehe. 
Caren Carseat from Sweet Cherry, mine in red color of course!

For stroller pulak, memang baru je upgrade stroller amani to Nuna Pepp Luxx, so nanti bila dah besar adik kongsi la dengan kakak k. For first few months ni, I dah belikan Moby design wrap for adik, berbabywearing la kita ye nak! And after that, adik boleh guna ergo organic kakak Amani, insyaallah. Kalau ibu tak larat, ibu tolak dengan stroller kakak Amani je nanti. Hehe.


Stroller : Nuna Pepp Luxx 

For first few months ni, I dah belikan Moby design wrap for adik, berbabywearing la kita ye nak! And after that, adik boleh guna ergo organic kakak Amani, insyaallah. Kalau ibu tak larat, ibu tolak dengan stroller kakak Amani je nanti. Hehe.


Moby Design : Tattoo Noir
Online shop : Tiny Tapir

For breastfeeding, masih mengekalkan medela freestyle. Tapi bukan yang kakak punya. Sedihnya motor fs tu dah terendam masa banjir dulu. So suction tak berapa kuat sangat. So my husband pulak yang beriya nak belikan fs yang baru. Tapi kami beli basic set sahaja for RM999. Bezanya basic set ni, all the pump component (motor, tubing, shield, bottle) ada, just takde tote bag, cooler bag, icepack, dan handsfree. But I don’t mind. Sebab semua tu dah ada yang lama. Masih elok lagi. Charger yang lama pon elok, so I have two charger already. 
Medela freestyle Basic Set
Online shop: Pumponthego (instagram)

Cadangnya motor fs yang lama tu pon nak anta service, dah jmpe contact person yang boleh service, so boleh la jadi backup nanti. Untuk storage pulak, I just add on 4 boxes of bumble bee bottles. So total up lebih kurang 100 bottle available for adik. Yang 60 lagi tu, kakak punya, memang I tak buang pon, I just sterilizekan tiga kali, and reuse balik je. Tapi priority gunalah yang baru dulu. Hehehe.

So for now, I rasa semuanya dah almost complete. And we are ready to have you dearie. Ibu, abah dan kakak Amani tak sabar nak jumpa adik AA. Latest checkup, you are already 3.32kg in my tummy, at 36weeks of pregnancy. Adik jangan besar-besar sangat ye, ibu nak vbac kali ini insyaallah! 

Insyaallah untuk maternity leave, dah approve 4months! 2 bulan bergaji, 2 bulan unpaid! Asalnya nak mintak 6 months, tapi tak approve plak. So terimalah seadaanya. 4months tu pon dah cukup lama dah.



To all my readers, please pray for me and baby ya! Love you all!

Tayang gambar mak buyong 7 bulan, My 2 years old Aisha Amani, and beloved husband.

i n t a n o r a z a m





11 comments:

shura shushi said...

Intan Intan I pun teringin nak pregnant balik, teringin nak perut besar balik, harapnya ada rezeki i nanti :))

InsyaALLAH kalau ada rezeki sepasang sudah anak U, insyaallah :))

Congrats

Sha said...

Alhamdulillah..Bestnya...Hope everything fine..

munakamil99@gmail.com said...

tahniah Intan & suami..

Sheila Salim said...

assalamualaikum kak intan, alhamdullilah syukur. bakal dapat anak kedua, bestnya. semoga dipermudahkan ye...

Chekgu Azrine said...

tahniah once again ye sis comel..
semoga dipermudahkan urusan sis nanti bersalin ye
dan semoga dpat bersalin normal..

Nursaila Norman said...

tahniah kak Intan..puas hati dapat baca entry akak panjang2. dalam IG tak puas, puas tgk pic yg cantik2 tu je lah :) semoga dipermudahkan urusan bersalin :)

Puteri Kayangan?@#$%???? said...

alhamdulilah .. lama dah sis tak update blog .. dulu time umi nak kawin hari2 umi jenguk kat sini .. bila sis dh tak berapa nak update ..jadi sunyi pulak dunia blog ..blog umi pun jadi sunyi ..sebab tak de blog best nak dibaca huhu.

umi pun pregnant lagi mcm sis .. tak tau pregnant ..ingat nak jarak sebab ceaser kan ..tapi tak pedh rezeki .. umi dh nak masuk 6 bulan hihi ..

apapun .. umi doakan segalanya dipermudahkan dan selamat hendaknya ..amin2 ..

Unknown said...

tahniah sis for your 2nd baby... da lama x baca blog sis tetibe arini tergerak hati nk baca.. wp post ni sis wat last year tp sgt2 membantu tuk develop my self confident.. sy pun emergency czer utk 1st baby.. rase agak down coz kwn2 yg lain sume bersalin normal + ade scar lg..huhu nk tambah 2nd baby...oh no..takut + x confident + takut nk mengandung lg..bila terbaca post sis ni sikit sebyk bantu sy utk ubah persepsi yg bkn teruk sgt pun kalo czer.. ^_^

FUZY said...

tahniah sis intan... semoga dipermudahkan semuanya...

Teknik Menaran Dengan betul suapay mudah melahirkan

Kak Vit said...

bestnyaaa maternity keave lama! 4 bulan! take care tau.l

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...