Followers

Wednesday, May 14, 2014

Selamat Hari Ibu

Happy mother’s day to me? 

Huhuhu, takde celebration apa-apa pon. Husband outstation di Penang, dah dua minggu dah. So I just ignore jelah sebab takde orang nak celebrate kita pun kan. Huhuhu, no big deal pon sebenarnya.  

To be honest, I sendiri tak tertunggu-tunggu wish dari suami, agaknya busy menguruskan Aisha Amani sorang-sorang, so terlupa. Penat sangat badan ni, bila buat semua tak boleh bergilir-gilir. (Husband, please be home sooonnnnn). Bila Amani dah tidur, mula lah mata ni pon mengantuk, akhirnya tertidur sama. Begitulah rutin I kalau suami tiada. Penat tu memang double lah.

 My mum ada temankan I sekarang, tapi dia pon dah tua, dah 68 tahun. so setakat teman berbual, main dengan amani sikit-sikit tu boleh la. Takleh harapkan semua pada dia. Kang tak pasal-pasal dia pulak sakit. Huhuhu. tak pasal-pasal kakak-kakak I bising plak nanti. Hehehe, tettttt!

Tapi dikala takde orang celebrate kita, apa salahnya kalau kita celebrate orang lain kan?

As I said, my mum ada di rumah I selama dua minggu ni temankan i, so sempena hari ibu ni, I ambil kesempatan hadiahkan sesuatu kepada beliau. Apa hadiahnya, secretlah.

Ada orang cakap, sambut hari ibu ni haram la, apa la. Tapi for me, it’s good. Takyah cakap pasal orang lain la, I cakap pasal diri I sendiri je. Kadang-kadang kan, kekangan kerja, kekangan sibuk dengan family, I terlupa nak appreciate mak I sendiri. Balik kampung tu selalu lah, tapi nak hadiahkan beliau sesuatu yang istimewa, kadang-kadang terlupa or terlepas pandang. Nak tunggu birthday beliau, pon kadang-kadang terlupa. Maklumlah duduk jauh, maka memang selalu termiss detik-detik tu.

So kalau ada yang berpendapat sambut hari ibu tu haram, korang create la 1 hari yang korang sendiri pilih tarikhnya, untuk sambut ‘hari ibu saya seorang’ bersama mak masing-masing. Gitu. Macam I pon, tak tunggu 11 may pon untuk bagi hadiah kat mak, Jumaat lepas (9 may) aritu, I dah celebrate hari ibu, kebetulan beli hadiah hari tu. So terus bagi la. I ni jenis tak mengabar. Hahahaha.

Bagi I kan, bila I sendiri dah jadi ibu kepada seseorang, I lebih menghargai mak I sepenuhnya. Bukanlah bermaksud dulu tak appreciate, tapi kadang-kadang I ter’ambil mudah’. Bila kita sendiri bersusah payah membesarkan anak, memang sering kali terdetik dalam diri, begini lah mak aku dulu membesarkan aku. So dengan cara tu kita akan lebih banyak bersabar melayan karenah anak, dan boleh create banyak aura-aura positif dalam diri, yang mana dulu tak pernah ada pon sebelum bergelar ibu ni. Trust me!

So selamat hari ibu bagi semua ibu-ibu yang hebat di dunia ini. Be strong and be good! We are supermom!


4 comments:

Cik Puan Rara said...

selamat hari ibuu intan.wahhh bestnya mak duduk skali.

Chekgu Azrine said...

Happy mothers day sis..
Akk setuju apa yg sis ckp tuh..
Semua pun haram..
Walhal nk celebrate utk ibu kita sendiri je kot..huhu

Aty_Fared said...

selamat hari ibu intan.. :)

Anonymous said...

I really like it when folks get together and share ideas.
Great website, keep it up!

Feel free to surf to my weblog - Miód Manuka

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...