Followers

Wednesday, May 23, 2012

Tutorial Pemegang Fabric Hand Bouquet

I know, i know benda ni patutnya dah update lama dulu (7 bulan lepas), huhuhuhu. Tapi baru malam tadi berkesempatan nak ambil gambar kebetulan tengah buat HB untuk customer. Ramai sangat dah tanya dan i rasa ramai dah tertunggu-tunggu. Sorry sorry sorry!

Tutorial ini memang sangat simple sebab i tak sempat nak explain panjang-panjang, so harap-bila tengok gambar pon boleh faham ye. Ni pon curi-curi masa lunch hour untuk update sebab hari ini puasa. So ada masa sikit lah untuk menulis. Enjoy!

*sorry kualiti gambar tak cantik sebab buat kerja sorang-sorang. So sebelah tangan ambil gambar, sebelah tangan lagi pegang polistrin.

Potongkan box polistrin putih mengikut saiz yang dikehendaki. Berkadaran dengan panjang pemegang HB tersebut. I agak-agak je sebab dah biasa potong, so takdelah betul-betul ukur. So i tak dapat nak bagi ukuran kat sini, tapi kalau agak-agak dalam 4.5 x 2 x 2inch kot.

Trim dan bentukkan box polistrin tadi menjadi bentuk silinder. Tak perlu bulat sangat dan perfect sangat sebab nanti akan balut juga. Kena berhati-hati tau sebab kalau tak bertul cara, berlekuk-lekuklah polistrin tersebut. Kalau boleh gunakan pisau/cutter yang tajam tau. Practice makes perfect yawwww!

Ini lah hasilnya, takdelah bulat sangat kan, ignore je. Kita teruskan kepada step seterusnya!

 Belah dua silinder tadi, pon kena berhati-hati dan cermat okey!

 Hasil ada seperti di atas.

Bentukkan alur/ ongkang di tengah-tengah potongan silinder tadi untuk ruangan batang (dawai) HB yang telah siap dicantumkan. Tak perlu besar sangat, hehehe.

Letakkan batang HB yang dicantum tadi ditengah-tengah dan kepitkan dengan silinder lagi satu seperti gambar di bawah ini.

See, kepit macam ni tau!

Lilitkan polistrin yang dikepit tadi dengan masking tape, lilitkan kemas-kemas supaya HB dalam kedudukan firm dan kukuh.

Akhir sekali, balutkan pemegang dan kain mengikur warna yang anda sukai.

So inilah hasilnya!
Selamat mencuba kawan-kawan. Cheers!
HB Nurul Nadila





19 comments:

Cik Puan Tqah said...

thanks for sharing intan..lovin itt:)

Nurul Ain said...

kreatif n cantik...=)

Miz Sharmia said...

nie.now i know. hehehe.. thanx. :)

http://miasherminah.blogspot.com/

YANEI KHAIRANI SYED AHMAD said...

tqsm mommy gebu yg cantik!~ sgt x kedekut ilmu.. semoga sentiasa di rahmati-NYA. :)

Nursaila Norman said...

ohw,ohw,ohww..tenkiu kak intan :)
love it :))

aNNor said...

OOooo...buat cenggini..baru tau..dulu masa buat HB main cucuk je dekat gabus tu..pastu bila pegang, mula la goyang2...huhuuu

.hasina. said...

kak intan nk tanya yg pemegang atas tu ( bahagian kain net ) tu mcm
mana ya? buat tuto ya. thanks :)

all the best! semua cantik2 HB akak!

aida-myasara said...

oo mcm tu ke?? terima kasih...

kena buat ni...

cik mah said...

tq kak intan sharing....terpikir2 mcm ne nk wat sblm ni... :)

Bushra Tajuddin said...

ok. itu taktik dia rupanya.
hehe! dah lama nak tanye intan tapi asyik lupa je. thanks for sharing intan. lebiu la! ;)

Sheila Salim said...

wahh lawanya. saya punya version sangat hodoh :(

cik chinta said...

igt kena bli kat kedai. kak, nti kt uplod k pic gn hb akk. rmi puji comel. hihiks. bangge.

LILO said...

Saya bertambah sayang dengan awak!!!Muah!!!

hajar hazizi said...

thanks...
mmg dh lama nk ty..
hihihi

xuelia said...

he...comel! thanks jugak intan! kalo beli kt kedai pemegang die mahal gak..rm5 per piece..

Mimin said...

rasa macam nk kawen lg :)

:: Riri-Fatieha ::~ said...

owh dh penat cri tutorial ni tp tak jmpa. thanks kak intan...

nasuha ahmad helmi said...

ooOOo...mcm ni rupenye nak dpt pemegang y gemuk2 tu..hehehe saya perna buat untuk kawan,sbb tak tau mcm mane nak buat pemegang so pakai yg pemegang segera tu aje..thanks for sharing intan. ^____^

ilya maisara said...

Salam.. Kak Intan o Kak Intan..
dalam satu jambangan bunga ni
bajet dalam berapa kuntum bunga ek agak-agak size macam ni...

tq kak Intan..

or anybody yang tahu boleh jgk sharing ye :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...